Terkini...




0

1 Januari 2015 : Misi ke 2 i-Bantu IKRAM Daerah Kuala Langat telah bertolak ke Temerloh pada jam 10.30 pagi. Misi ini telah disertai oleh 20 sukarelawan i-Bantu dengan sebuah lori 1 tan, sebuah lori 3 tan dan 4 unit kereta pacuan 4 roda yang membawa barang-barang sumbangan. Barangan telah diterima oleh YDP IKRAM Temerloh, akhi Badrulhisham. Sukarelawan juga sempat menghulurkan bantuan ke Pusat Tahfiz Al-Fakeh di Temerloh. Proses pengagihan barangan bantuan telah dihulurkan sendiri oleh sukarelawan kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan ubat-ubatan juga telah disampaikan oleh Dr Adib di pejabat kesihatan tempatan. Dalam misi ini, sukarelawan telah berdepan dengan beberapa dugaan ketika meredah banjir di laluan utama, namun Allah telah memudahkan urusan mereka. Misi berakhir pada jam 7 malam dengan tazkirah penutup oleh YDP IKRAM Temerloh dan doa oleh imam Masjid Nurul Huda Olak Lempit.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top