Terkini...




0

LAPORAN PROGRAM BERSAMA DR DANIAL DI KUALA LANGAT

Assalamualikum wbt.

Kunjungan Dr Danial ke Kuala Langat pada minggu lepas, kami telah susun dengan program yang agak padat. Bermula dengan ceramah SEMARAK RAMADAN di SM Sains Banting pada 29 Jun diikuti Kuliah subuh keesokannya di Masjid At-Taqwa Banting. Alhamdulillah sambutan kuliah subuh sungguh menggalakkan dimana jemaah yang hadir seramai program Kuliah umum yang biasanya diadakan selepas maghrib.  Jemaah masjid mohon kepada kami agar membawa lagi Dr Danial pada masa depan untuk siri ceramah umum yang lebih panjang masanya. Ceramah seterusnya ialah bersama-sama pelajar Kolej matrikulasi selangor dengan kehadirannya melebihi 2000 orang yang memenuhi surau kolej berkenaan. Dalam siri ceramah Dr Danial ini, isu Palestine dan Syria turut disentuh. Kami memeriahkan program di Sekolah menegah sains Banting dan Kolej Matrikulasi Selangor ini dengan booth Pameran Palestien dan Ikram for Syria. Kami berjaya mengutip derma keseluruhan untuk kedua-dua tabung ini sebanyak RM4619.25.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top