Terkini...




0

LAWATAN ISTERI ASSYAHID DR AZIZ RANTISI

01 Feb 2013, Kuala Langat

Alhamdullah Aqsa Syarif Kuala Langat telah dipelawa oleh YB Yunus Hairi ADUN Sijangkang untuk membuka booth pameran dan gerai jualan semasa kunjungan Ummu Muhammad. Saya sempat  bersolat maghrib berjamaah bersebelahan beliau dan Ukhtie Roha Hassan yg mengiringinya. 

Intipati ucapan beliau sama seperti ucapan-ucapan beliau yg lalu dengan menekankan tentang peranan  umat Islam dalam memastikan syariat terus ditegakkan. 
Beliau juga menekankan peranan yg perlu dimainkan oleh pemuda dan wanita. Golongan muda diingatkan supaya tidak menghabiskan masa dengan sia-sia, bersengkang mata hingga jauh malam dengan internet. Golongan wanita juga disaran berperanan di dalam dan luar rumah untuk membangun ummah.

Selesai sahaja ucapan Ummu Muhammad, tayangan slaid dikendalikan oleh wakil Mapim dan Salima.
Program dihadiri lebihkurang 100 ahli kariah Masjid Kg Medan ini bermula seawal 8 malam dan berakhir jam 10 malam.

Noor Alistri Ismail
AHLI J/KUASA
AQSA SYARIF KUALA LANGAT

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top