Terkini...




0

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)


KENYATAAN MEDIA
 
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)
 
Basyar Assad Terdesak, Sanggup Lakukan Apa Sahaja
 
 
7 FEBRUARI 2013 / 26 RABI'UL AWWAL 1434H

Gabungan Selamatkan Syria menganggap serangan Israel terhadap Syria pada 30 Januari lalu sebagai satu tindakbalas terhadap provokasi oleh Basyar Assad untuk mengheret Negara serantau terhadap peperangan yang baru dalam usaha beliau mempertahankan kekuasaan beliau di Syria. 
 
Serangan udara Israel di sebuah pusat penyelidikan di Jamraya, berhampiran ibukota Damsyik menyebabkan kematian 2 orang rakyat Syria dan 5 lagi cedera. Pihak Amerika mengandaikan serangan tersebut adalah untuk mengelakkan penyeludupan senjata antipesawat canggih ke Lubnan untuk kegunaan pejuang Hezbollah.
 
Namun, hakikatnya serangan ini adalah merupakan satu tindakbalas Israel atas 2 faktor besar yang berlaku di Syria:
 
1.     Sejak 3 November 2012, 3 buah kereta kebal Syria memasuki Bukit Golan sehingga menimbulkan kemarahan pihak Israel. Ini merupakan kali pertama sejak peperangan Yom Kippur 1973.
 
2.     Kekuatiran pihak Israel terhadap senjata kimia Syria jatuh ke tangan Hezbollah atau Al Qaeda.
 
Strategi ini merupakan satu usaha Basyar Assad untuk mengalih tumpuan dunia terhadap isu kezaliman dan pembunuhan di Syria dengan memprovokasi pihak Israel sehingga mengundang serangan Israel terhadap Syria. Ini menimbulkan ketegangan antara kedua buah Negara dan mengheret Negara serantau untuk masuk campur. Perkara ini telah disuarakan oleh Iran, dan meminta sidang OIC yang akan berlangsung di Mesir melakukan sesuatu yang lebih daripada mengutuk serangan tersebut.
 
Tidak dinafikan juga serangan rejim Israel merupakan serangan ke atas wilayah-wilayah negara berdaulat dan pelanggaran Israel ke atas Piagam PBB, undang-undang antarabangsa, Terputus Perjanjian Angkatan 1974 dan resolusi yang berkaitan UNSC. Keganasan ini wajar dikutuk dan dihentikan.
 
Selain itu, provokasi ini telah berlaku juga pada 3 Oktober lalu, seramai lima orang Turki maut dalam serangan mortar oleh Syria di Akcakale, wilayah Hatay. Tentera Turki turut membalas serangan ke beberapa sasaran di Syria. Peristiwa ini juga menjadikan hubungan kedua buah Negara menjadi tegang sehingga timbul spekulasi Perang Turki-Syria. Namun, ianya berjaya dibendung dan Turki berjaya mendapatkan kerjasama NATO bagi menempatkan peluru berpandu Patriot di sempadan mereka.
 
Sehubungan itu, Gabungan Selamatkan Syria menegaskan bahawa serangan Israel terhadap Syria merupakan satu tindakbalas terhadap provokasi oleh Basyar Assad untuk mengheret Negara serantau terhadap peperangan yang baru dalam usaha beliau mempertahankan kekuasaan beliau di Syria setelah melakukan pembunuhan seramai 65,000 orang rakyatnya sendiri. 

Naim Jusri
Pengerusi
Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top