Terkini...




0

Amanat Pertama Syeikh Mohd Badi'e

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Inilah risalah pertama yang ingin saya sampaikan kepada kamu, dari kedudukan yang mana kamu telah memberikan amanah kepada saya, yang pada hakikatnya telah  memberikan kepada saya bebanan yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakar ra dengan penuh tawadhu' :
 
"Aku diberi amanah, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kamu, taatlah kepadaku selama mana aku penitahkan kamu untuk taat kepada Allah dalam diri kamu" ..
 
Dan yang kami harapkan pada itu semua adalah doa kamu. Semoga dengan keberkatan-Nya kita boleh menjadi orang yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi saw :
 
"Sebaik-sebaik pemimpin kamu adalah yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan untuk kamu".
 
Bahwasanya :
 
a.      Syura.
 
b.      Struktur.
 
c.      Tsiqah.
 
merupakan komponen dan wasilah ujian 'rabbani' yang paling tepat dalam jiwa para ikhwah dan akhawat di semua tingkatan dan peringkatnya.
 
Syura bagi kami merupakan :
 
1.      Salah satu surah dalam Al-Qur'an.
 
2.      Salah satu kewajiban Islam.
 
3.      Salah satu akhlak dan perilaku yang memerlukan adanya perlaksanaan dan penerapan di semua tingkatan dan peringkat.
 
4.      Sebagai mekanisma terbaru yang digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pemilihan dalam mengganti posisi pemimpin dan pemikul tanggungjawab.
 
Dan kamu telah menyaksikan keteladanan yang telah ditunjukkan oleh Mursyid Am ketujuh; Ustaz Muhammad Mahdi Akif, yang kesemuanya telah tersimpul dalam sikapnya yang mendalam terhadap konsep-konsep dan nilai-nilai, dan membantah segala kebohongan dan fitnah yang diarahkan kepadanya serta ke atas jamaah kita yang penuh berkat ini.
 
Dan kami tidak membantah kepada mereka yang mengatakan bahwa Ikhwanul Muslimin menuntut adanya demokrasi, sebagaimana kami tidak membantah adanya berbagai pandangan dan kenyataan negatif terhadap kami; kerana kami para aktivis yang sentiasa bekerja, dan jika berada pada satu sikap seperti itu maka nescaya Allah akan melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.
 
Sungguh, kita telah melalui masa-masa yang memiliki berbagai kehendak, berbagai peristiwa yang telah berlalu tidak akan menggoncangkan asas jamaah atau merobohkan bangunannya dan mereka membuat tekaan ke atas kami dengan berbagai andaian yang buruk.
 
Namun Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dengan adanya :
 
a.      Rukun 'tsiqah' terhadap qiyadah.
 
b.      Keyakinan terhadap janji Allah.
 
c.      Perasaan adanya naungan Allah ke atas jamaah ini.
 
d.      Manhajnya yang bersih.
 
e.      Tatacara dan peraturannya yang murni.
 
di mana kesemua perkara-perkara di atas mampu memberikan perlindungan (berkat kurnia Allah) ke atas jamaah ini serta selamat dari unsur-unsur berikut :
 
1.      Berbagai fitnah.
 
2.      Meluruskan berbagai kesalahan dan kekeliruan.
 
3.      Menyempurnakan yang kurang dengan berlandaskan cinta dan kasih kerana Allah.
 
4.      Tiada pergeseran dan sikap berpuak yang boleh mendorong berlakunya penentangan dan pertikaian yang tercela melalui sikap fanatik atau ingin menang sendiri atau mengikuti hawa nafsu belaka.
 
Jika ini yang kamu saksikan di peringkat 'qiyadah' (pimpinan) dalam sesuatu urusan, maka ianya adalah satu perkara yang sangat bersejarah dan sangat penting yang berlaku dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan sekaligus ia adalah merupakan pencapaian yang patut dibanggakan dan oleh kerana itu wajib bagi kita untuk menerapkan unsur ini pada semua tingkatan dan peringkatnya.
 
Dalam pertemuan yang terbatas antara ikhwah dalam usrah-usrah mereka, 'syura' menjadi salah satu rukun dalam membangun keperibadian Islam yang tersendiri dan bebas terutama dalam mengungkapkan pendapat dan idea serta memberikan nasihat dengan harapan untuk mencapai keridhaan Allah swt.
 
Orang yang tidak memiliki kebebasan dalam menyampaikan pendapat tidak akan mampu membebaskan negeri mereka sendiri; kerana terbebasnya suatu negeri dari berbagai kekuasaan tentera, politik, ekonomi atau ideologi merupakan salah satu misi utama Ikhwan.
 
Sebuah kemerdekaan tidak akan mampu diraih kecuali dengan mengangkat (pertama sekali) kebebasan jiwa setiap insan dari berbagai belenggu.
 
Oleh sebab itu, marilah kita mulai dari diri kita masing-masing dan marilah berusaha untuk menerapkan 'syura' di semua tingkatan dan peringkatnya; kerana perkara tersebut memerlukan latihan dan kesabaran untuk :
 
a.      Mendengar pendapat dan saranan orang lain.
 
b.      Menyemak nasihat yang merupakan inti agama.
 
Malah 'syura' juga merupakan milik para pemimpin sebelum umat Islam secara umum.
 
Marilah kita wujudkan pembaharuan ini dengan melatih para pemimpin dan meningkatkan keupayaannya bagi meneruskan usaha-usaha kamu yang memiliki cita-cita dan visi, mulakan dengan saf pertama, kemudian saf kedua, kemudian saf ketiga dan seterusnya sehingga tiga saf tadi bersedia untuk menjadi 'qiyadah'.
 
Ini adalah kerana mempersiapkan pelopor yang berkelayakan secara syar'ie dan khusus sangat digalakkan dalam ibadah solat, sekalipun belum diberikan 'taklif' (bebanan) namun mempersiapkan pemimpin dalam ibadah merupakan misi yang mesti dilalui dengan berbagai proses.
 
Ini sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Imam Hasan Al-Banna :
 
"Jadilah kamu hamba Allah (ahli ibadah) sebelum kamu menjadi qiyadah (pemimpin), sehingga dengan ibadah akan menyampaikan kamu pada qiyadah yang lebih baik"
 
Ada sesetengah kalangan yang beranggapan bahwa kestabilan tidak akan mampu diwujudkan kecuali berpada dengan sifat jumud dan tidak adanya perubahan.
 
Tapi seharusnya kita sedar bahwa tubuh yang sihat dan kuat adalah tubuh yang darahnya sentiasa mengalir dan terus memperbaharui sel-sel yang ada di dalamnya.
 
Namun, ketika aliran darah terhenti dan sel-selnya kosong dari melakukan aktiviti; maka yang demikian itu bukan dianggap sebagai kestabilan bahkan ianya adalah sebagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian, Naudzubillahi min zaalik.
 
Inilah jamaah kamu yang berkat kurniaan Allah swt yang mampu tampil dengan penuh :
 
1.      Bertenaga.
 
2.      Kekuatan.
 
3.      Azam tinggi.
 
untuk bergerak pada :
 
a.      Jalan yang lurus.
 
b.     'Tsawabit' (unsur-unsur tetap) yang sama.
 
c.      Nilai-nilai yang sama.
 
yang telah dirintis oleh pengasasnya Imam Syahid Hasan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) dengan bersandarkan pada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan begitu pula yang telah dijalani oleh para mursyid am (pemimpin) terdahulu, serta pengorbanan orang-orang yang sabar samada laki-laki mahupun wanita dari anggota jamaah ini dengan apa yang mereka miliki; untuk dapat mempertahankan dakwah Allah supaya tetap tinggi panji-panjinya, memiliki kewibawaan dan kekuatan sehingga kebaikan mampu tersebar  di berbagai pelosok negeri.
 
"Dan hanya milik Allah kekuatan dan kemuliaan dan juga milik Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman". (QS Al-Munafiqun : 8)
 
Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik-Nya.
 
Ya Allah, satukanlah hati kami sehingga kami dapat berdiri kukuh di atas jalanMu yang lurus ini. Jauhkanlah hati kami dari dirasuki oleh sifat dengki dan keinginan untuk mendapatkan amanah kepemimpinan kerana sesungguhnya amanah kepemimpinan itu cukup berat dan akan menjadi penyesalan di akhirat bagi mereka yang mengingininya.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
http://tinta-perjalananku.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top