Terkini...

Program Tautan Ukhuwah Wanita IKRAM Kuala Langat.

25/12/2013.

Program Tautan Ukhuwah Wanita IKRAM Kuala Langat.

0

Sekitar Program IKRAM Kuala Langat

Alhamdullilah IKRAM Kuala Langat berjaya melaksanakan beberapa aktiviti di tempat dan waktu yang sama (9pg-12.30tgh)spt pemeriksaan kesihatan percuma drpd 2 Doktor ahli IKRAM, tazkirah dprd Ust TnHj Norhisham, pameran Aqsa Syarif, permainan pinball utk kanak2 bawah 12 thn,kemuncaknya penyerahan bantuan barangan kpd 35 asnaf & 15 anak yatim & OKU serta bantuan Barangan Back To School kpd anak2 asnaf.Kehadiran Ketua Operasi Lembaga Zakat daerah Kuala Langat-ust mohd nurfadhili, YDP Kuala Langat Cikgu Kamaludin telah memeriahkan majlis.

Wslm.
Hj Anuar Mohd Nor
JKKM K.Langat

0

Program Cemerlang di Usia Baligh

10/11/2013. Alhamdulillah, kedatangan kami ke SK Labuhan Dagang disambut dgn cuaca mendung dan hujan renyai. Program Cemerlang di usia baligh tetap ceria dan menyegarkn utk semua.

0

Program 'Pretty Girls' anjuran IKRAM Teens Kuala Langat

0

Pertandingan Futsal Persahabatan Berkain Pelikat

0

Mahligai Kasih 2013

0

Program Mahligai Kasih

0

Qurban di Tempat yang Memerlukan

0

Kenyataan Media IKRAM Berkaitan Isu Minyak

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

3 September 2013 bersamaan 26 Syawal 1434 H

Kenaikan Harga Minyak Petanda Kerajaan Tidak Peka Kesempitan Hidup Rakyat

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa kempen PRU 13 dulu! Sebab utama kenaikan adalah untuk merasionalisasi subsidi yang diberikan kepada rakyat. Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa 3 September 2013 dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban. Alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi Negara yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.

Jaminan kerajaan untuk mempastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat. Kerajaan juga harus menilai kembali beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus kepada amalan pembaziran.

Pengisytiharan beberapa projek segera sepanjang pilihanraya kecil serta pemberian-pemberian yang mewah yang berupa sogokan seperti diumumkan semasa Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut sebagai beberapa contoh yang dilihat seolah-olah kerajaan tidak pernah merancang dengan berhemah perbelanjaan negara dan akhirnya bila ekonomi negara mengalami kesempitan, ianya dibebankan kembali kepada rakyat.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya: Kerajaan di sepanjang masa menunjukkan keseriusan dalam berjimat cermat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa. Kerajaan menurunkan harga cukai kenderaan yang tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai altenatif mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.

Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat. Rakyat mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan. Sifat berbelanja secara sederhana, berhemat dan berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan berhutang hendaklah diamalkan. Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik. Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Solidariti Bersama Rakyat Mesir

Sent from Yahoo! Mail on Android

0

Buletin Mesir Kini

0

Imam Muda Gaza Berkunjung ke Rumah Pengerusi Aqsa Syarif Kuala Langat

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486

Back to Top