Terkini...




0

KEMENAGAN PALESTIN SEMAKIN HAMPIR

Sedang berlangsung sessi "KEMENANGAN PALESTIN SEMAKIN HAMPIR" @ Masjid At-Taqwa, Banting


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0

Kemenangan PALESTIN Semakin Hampir...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0

Program Aulad - Tahsin Solat

Program Aulad - Tahsin Solat

Tarikh. :  25 Dis 2012 (Selasa)
Masa   :  8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat:  Tingkat Atas
Klinik Fuziah
No. 1, Jalan SD1 1/1
Taman Seri Dagang
Bukit Changgang
Banting
 
Pendaftaran: RM2.00
Sasaran peserta : Kanak-kanak berumur 6-12 Thn

Aktiviti Menarik menanti anda seperti:
ice breaking, tayangan multimedia , praktikal solat dan permainan.

Hubungi: Azimah Muhammad Ali
         . Jk Aulad Ikram Kuala Langat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0

Ekspedisi Jugra IKRAM Teens Kuala Langat 11 Dis 2012

Salam. 

Ekspedisi mendaki Bukit Jugra pada 11/12/12 telah dijayakan oleh 7 orang Belia dan 60 remaja (lelaki+ perempuan) dan ikhwah serta akhawat. Pendakian diketuai oleh Ketua Komandan pendakian Muhammad Diaulhaq Nor Zaman.

Cuaca pagi yang nyaman dan redup memudahkan kami untuk menawan puncak Jugra. Keindahan alam ciptaan Allah dinikmati dalam suasana ceria dan mesra. Alhamdulillah amat bermakna dan luas kehidupan ini dapat bersama sahabat dan anak-anak demi iman dan islam.

Selepas 30 minit berlepas untuk pendakian, seorang peserta perempuan mengangkat bendera putih kerana keletihan dan mohon untik berpatah balik. Jazakallah Cikgu Yusri dan Cikgu Nor Aisah dapat memberikan khidmat rescue 999 dengan kasih sayang kepada anak jiran sekampungnya dari Kanchong Darat.

Kehadiran di puncak disyukuri dengan aktiviti solat dhuha dan tazkirah.
Ahmad Zahin Zulkipli menyampaikan tazkirah untuk remaja lelaki manakala untuk remaja perempuan disampaikan oleh ahli Belia Ikram Sepang, Ukhty Syafikah yag berasal dari Kampung Labuhan Dagang Banting.

Kegembiraan dan kepuasan dalam pendakian jelas ditunjukkan oleh wajah-wajah ceria ketika bersalaman. Harapan kami dari AJK IkramTeens Kuala Langat agar  halaqah mingguan remaja yang sedia ada perlu diteruskan secara istiqamah kerana tarbiah dalaman amat penting dan tidak boleh dilengahkan.

Aktiviti luaran yang pelbagai tidak dapat digerakkan jika aktiviti usrah dan tarbiah masih dialpakan.

Semoga bertemu lagi pada malam ISK 30/12 sebelum remaja sekelian bertolak ke Masjid Negeri Shah Alam untuk program himpunan seribu jiwa.

Sekian.


Dr Fuziah Osman
AJK IKRAM Teens
Kuala Langat 

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top