Terkini...




0

Program Bersama Palestin Masjid Ar-Rahimiah

Alhamdhulillah..

Program ceramah Isu Palestin terkini sebelum solat Jumaat tadi bersama Utz Hajar Oper.  Beliau menekankan kepentingan berinfaq untuk Palestin. 

Harapan Imam2 Muda Palestin yang datang semasa Ramadhan lepas ialah:
1. Doa kekuatan rakyat Palestin mendepani Israil
2. Infaq semampu yang boleh untuk membantu saudara2 di Palestin yang miskin.

Mereka tak mengharapkan kehadiran fizikal kita di sana kerana kita mungkin tidak sekuat warga Palestin yang berterusan ditindas Israel.

Firman Allah.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan 
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai ; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha 
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".  
Al-Baqarah ayat  261

Tertarik bila Utz Hajar sentuh kait janji Allah dalam Al-Quran infak RM1 diganjar hingga 700x ganda iaitu kisah Syaidina Ali yang kesukaran mencari buah delima untuk zaujahnya yang mengandung tiada dijual di pasar hinggalah seorang sahabat
menyuruh beliau mencari di kebunnya. Takdir Allah dapat sebiji sahaja delima yg masak dari satu kebun yg di cari. Di perjalanan pulang  bertemu sahabat yang juga mencarikan delima untuk ibunya. Kemurahan Syaidina Ali memberikan separuh dari delima kepada sahabat tadi. Beliau terus pulang dan bertemu dengan sekumpulan kanak2 yang juga inginkan delima yang dibawa maka diberinya sedikit seorang hingga tak sedar tiada yang tinggal. 

Apabila sampai di rumah ditanya maka diterangkan akan infaqnya kepada Fatimah ra yang tinggal hanya kulit shj. Fatimah sebagai isteri yang solehah redha dengan apa yg belaku malah gembira dengan banyaknya pahala yang diterima suaminya. Tiba2 pintu rumah diketuk dan muncul seorang sahabat yang membawa 1 bakul delima. MasyaALlah Allah ganjar berlipat kali ganda dan bila dikira ada 6 biji delima semuanya.  Syaidina Ali dengan keyakinannya pada Ayat Allah yang mengatakan setiap infaq itu akan diganjar
7 kali ganda bertanya kepada sahabat tadi dia yakin buah delima itu ada 7 biji lalu diberitahu oleh sahabat tadi yang 1 biji lagi telah dimakannya.

Utz beritahu orang Arab makan buah delima untuk dapat anak hensem. Anyway malam ni selepas maghrib ada lagi sessi ceramah berselang seli dgan tayangan multimedia bersama Dr T.  Selain jualan akan juga ditayangkan vedeo Palestine untuk anak2 organize by Nordin. Kutipan solat Jumaat tadi akan disumbangkan terus kepada AQSA Syariff.

ALhamdhulillah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top