Terkini...




0

Laporan Keadaan Banjir serta Bantuan Khidmat Masyarakat Di Sekitar Kawasan Kuala Langat

Laporan Keadaan Banjir  serta Bantuan Khidmat Masyarakat Di Sekitar Kawasan Kuala Langat. 
(Mulai 9hb Nov 2012-25hb Nov 2012)

Disediakan oleh:  
Hj Anuar Mohd Nor
JK Khidmat Masyarakat
IKRAM Kuala Langat, Selangor

Foto berkaitan sila ke:
http://twitter.com/ikramklangat
www.ikram-klangat.org

1.Latarbelakang:
Banyak  rumah di beberapa  kampung terutamanya di RTB Bt Changgang telah  terjejas teruk hingga banyak kediaman dinaiki air hingga keparas pinggang akibat dilanda banjir mulai 4hb Nov 2012 (Ahad). Proses pemindahan penduduk yang terjejas bermula pada Isnin 5hb Nov 2012 selepas banjir  bermula Sabtu tidak menunjukan tanda-tanda akan surut. Kebanyakan mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana limpahan air dari sungai berlaku terlalu pantas serta berlarutan. Setelah surut seketika pada hari sabtu 10hb Nov 2012 ramai mangsa pulang ke kediaman untuk pembersihan dan terjejas semula apabila berlakunya gelombang ke2 pada hari Ahad 11hb Nov 2012.

Kebanyakan mangsa banjir disekitar yang terjejas ditempatkan di 4 kawasan penempatan terutamanya di Sek Ren RTB Bt Canggang yang menempatkan sejumlah 831 mangsa membabitkan 209 keluarga.  Jumlah mangsa berkurangan kepada 782 orang  pada ketika air mulai  surut pada 17hb Nov 2012(Sabtu)  & Pusat Penempatan Mangsa banjir di tutup sepenuhnya pada 20hb Nov 2012 (Selasa). Kesan daripada banjir  sehingga melebihi 14 hari  menyebabkan banyak harta benda musnah dan kediaman penduduk rosak teruk.

Pihak agensi-agensi  kerajaan seperti Bomba, JKKP, Polis, Kementerian Kesihatan,Jabatan Kebajikan Masyarakat  dsb  telah menempatkan anggota-angotanya utk melakukan bantuan segera seperti yang di peruntukan dari proses pemindahan hingga kepada keperluan tempat perlindungan, makanan dan penjagaan kesihatan mulai 6hb Nov 2012 sehari selepas laporan bahaya banjir di keluarkan oleh jabatan berkaitan.

Pihak Ikram Kuala Langat mulai melakukan tinjauan kekawasan bencana mulai 8hb Nov 2012 dan berterusan dihari berikutnya untuk merencana pelan tindakan bantuan Khidmat Masyarakat pada penduduk atau tempat-tempat yang terjejas.

Pada 10hb Nov 2012-Sabtu Pihak Ikram Kuala Langat (30pax) diketuai oleh YDP Cikgu Kamarudin  telah berjaya melaksanakan program setengah hari gotong royong di Sek Ren KAFA dikawasan Rancangan Tanah Belia-RTB Bt Canggang  dengan  melakukan  pembersihan bilik-bilik darjah, surau serta sekitar kawasan yang terjejas akibat banjir sebelumnya. RM1000 bantuan kewangan telah diserahkan oleh YDPN –Ust Hasanudin kepada Gurubesar- Ustazah Asni disaksikan oleh wakil wakil daripada pihak DPN-Bendahari-Ahk Kamal, JKN Masyarakat -Prof Nazari unit Amal, Pelajar Perubatan UPM,Ketua2 Kampung, Penghulu Mukim En Ehzam, kakitangan Sek KAFA serta penduduk sekitar.

Tetapi 11hb Nov 2012-Ahad   banjir 'Gelombang ke2' berlaku pada  sedalam 0.45m telah menjejaskan semula sekitaran sekolah tersebut. RM2000 tambahan bantuan kecemasan telah dimasukan olek pihak JKN KM-Prof Nazari ke akaun BIMB Ikram K Langat.

Pada 12hb Nov 2012- Isnin Satu Mesyuarat Khas  bersama JKN-Kidmat Masyarakat di Pengerusikan oleh  Prof Dr Nazari utk merangka aktiviti serta bantuan dari daerah-daerah lain  lain.

Pada 13hb Nov 2012-Selasa (Cuti Hari Deepavali) Pihak Ikram Kuala Langat (2pax) dgn dibantu wakil ajk DERU Ulu Selangor (1pax) –Akh Ibnu Khalid Jurait-IKJ@ CikguK serta rombongan Ikram Kajang (8pax) diketuai oleh Prof Kamal serta Akh Noorshahly-ajk DERU kajang telah melakukan tinjauan di sekitar Penempatan Mangsa Banjir di Sek Ren RTB Bt Canggang dan di Dewan Orang Ramai Bt Canggang. Secara umumnya banjir masih melimpahi beberapa kawasan serta menyukarkan kenderaan ringan untuk melalui beberapa jalan menuju ke kawasan Penempatan terutamanya di RTB Bt Canggang.

Pada 14hb Nov 2012 -Rabu Pihak Ikram Kajang serta Pusat Perubatan Pakar AnNur mengambil initiatif untuk menyantuni mangsa banjir di Penempatan Sek Ren Bt Canggang. Berapa aktiviti melibatkan kanak-kanak seperti permainan,lukisan dipimpin oleh Pn Norsham-AnNur,Ceramah kaunseling/kesihatan keluarga 0leh Dr Azizah-AnNur oleh serta ceramah motivasi/bersembahyang jemaah di kawasan terbuka yang dipimpin oleh Ust Akif-AnNur. Kehadiran YDP Ikram Selangor Ust Hasanuddin untuk meluangkan masa dan membantu menceriakan  suasana sangat membantu untuk sekurang-kurangnya meringankan beban kerisauan setiap penghuni pusat penempatan sementara tersebut.

15hb Nov 2012-Khamis (Cuti Awal Muharam). Dengan kesempatan cuti umum telah dimanafaatkan oleh ahli ikram daripada perbagai daerah untuk turut membantu menyumbang tenaga,kepakaran serta kaunseling. Bantuan asas perubatan,ceramah kesihatan keluarga  oleh Dr Fauziah Hassan, Perubatan Pakar Annur dibantu oleh Dr Fuziah. Didalam masa ynag sama berapa aktivi telah berlangsung dengan baik serta berjaya diantaranya:
·         Permainan Kanak2/Aulad  Oleh IKRAMSiswa , Akhawat Shah Alam (4pax)& Kuala Langat(10pax)
·         13 Pelajar Cyberjaya Univ College & MMU  -Remaja
·         Tazkirah Maal Hijrah-Ust Asmadi

Kehadiran YDPN Ustaz Hasanuddin,Tim JK Khidmat Masyarakat/Ketua Wanita Shah Alam Hjh Pauziah & Dr Jamalul-lail memeriahkan lagi suasa ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.

16hb Nov 2012- Jumaat. Pihak Ikram -Sepang (akh Hj Zubair) telah berjaya mengelolakan satu persembahan nasyeed oleh 2 kumpulan yg terdiri daripada Hira's Alummi & The Voice/Soul daripada IPTA. Juruhebah Nash-Ikram Sepang berjaya mengajak penonton terlibat bersama terutamanya dalam permainan silap matanya.   Kehadiran sejumlah penonton untuk melihat sendiri persembahan 'live' dapat melegakan serta menceriakan suasana. Setakat ini initiatif  Persembahan nasyeed dikawasan penghuni penempatan banjir mungkin julung-julung kali diadakan oleh pihak ikram.

17hb Nov 2012- Sabtu. Sekali lagi operasi Gotong Royong pembersihan di Sek Ren KAFA setelah kali 2 dilanda banjir . Kali ini Ikram K Langat (10pax)  telah dibantu Ikram Belia- Shah Alam (6pax), Pelajar CUCMS (11pax) serta pembersihan sebuah rumah penduduk yg terjejas teruk. Kehadiran SU Ikram Selangor -Akh Hj Riduan turut membantu. Aktiviti melibatkan keceriaan kanak-kanak di santuni oleh akhawat Kuala Langat & Shah Alam
Di sebelah malamnya satu Ceramah Kerohanian/Kuliah Maghrib kendalian Ikram-Ulu Langat (akh Faridz)  di Masjid RTB Bt Canggang telah di sampaikan oleh Ustaz Zamri- Ikram Hulu Langat. Kehadiran beliau sangat dialu-alukan oleh Nazir serta AJK masjid. Pihak Masjid telah memberi 'lampu hijau' untuk pihak ikram terutama para ustaz @ ustazah untuk memberi kuliah/ceramah dimasa akan datang.
 
18hb Nov 2012-Ahad  Lawatan Menteri Besar Selangor ke Sek Ren Bt Canggang utk menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir.YDP  Ust Hasanuddin hadir menjadi  tetamu khas pihak Pej Daerah K Langat serta  dapat menfaatkan masa bersama MB semasa makan tengahari.  Dimasa yang sama aktiviti Gotong Royong berlangsung bersama  Kumpulan Superbike Skooter  (25 pax) ) diketuai oleh IKJ- Ulu Selangor . Ikram Belia Kuala Selangor (5 pax) . Serta Pelajar2 Farmasi  daripada CUCMS (13pax)  dan PTPL/MSU (16pax)
1.Pembersihan Balairaya/JKKK
2.Sek Ren KAFA

Akhawat Ikram K Langat (8pax) serta Shah Alam (4pax)  melakukan aktiviti dan menyantuni kanak-kanak.
25hb Nov 2012 -Ahad  Pihak Ikram Selangor -telah di jemput untuk menyertai Satu Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan masyarakat kampung,JKKK,JKR,Majlis Daerah & AJK Masjid RTB. Terdapat 4 buah lori besar & lori jangkaut dari JKR disediakan untuk memudahkan pembuangan barangan yang rosak akibat banjir.

Beberapa ahli-ahli Ikram di sekitar daerah Selangor melalui JK Khidmat Masyarakat/DERU  seperti Sepang (11pax),Ulu Selangor (13pax),Klang(2pax),PJ(1pax), K.Selangor(1pax) ,Putrajaya(1pax) ,pelajar perubatan th2 CUCMS (28pax)  telah berjaya hadir untuk sama-sama meraikan &  membantu Ikram K Langat (11pax)  dan penduduk Kg RTB Bt Canggang untuk menjayakan program gotong royong tersebut.Kehadiran dan Komitment daripada semua daerah terlibat sangat tinggi serta dihargai walaupun terdapat beberapa aktiviti yang berlangsung disekitar daerah termasuk K Langat spt Street Dakwah, Kepimpinan Ikram Teen/Remaja.
Program setengah hari bersama masyarakat kampung mulai 9pg hingga ke 12.30tengahari telah berjaya dimanafaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli ikram serta pelajar CUCMS  dalam pembahagian tugas yang telah diamanahkan seperti:
1.Pembersihan beberapa Lorong/Jalan sekitar kampung.
2.Pembersihan 5 Rumah org kampong  (Tumpuan: Ibu tua tunggal, Org Tua & Kurang Upaya)
3.Pembersihan menyeluruh sekitar kawasan,bilik darjah & tandas Sek Ren KAFA.
4.Pembersihan sekitar & Kolah Masjid RTB
5.Pembersihan menyeluruh Balairaya JKKK serta sekitar.

Pihak AJK Masjid yang diketuai oleh Nazir Tn Hj Jamaludin juga mewakili Ketua Kampung/JKKK merakamkan jutaan terima kasih dan terhutang budi  terutamanya kepada pihak Ikram, rakan NGOnya,Pelajar2 CUCMS & IPTA/S yang telah meluangkan banyak masa,tenaga serta wang ringgit untuk membantu masyarakat Kg RTB Bt Canggang. Beliau juga mengalu-ngalukan sebarang bentuk kerjasama bersama Ikram dimasa terdekat dan akan datang dalam mengimarahkan Masjid RTB serta program bersama masyarakat Kg RTB Bukit Canggang.

Dimasa yang sama kami Pihak Ikram Kuala Langat merakamkan jaza'Allah serta jutaan terima kasih atas segala pertolongan dan bantuan yang telah dan sedang di terima atau dijalankan oleh ahli-ahli Ikram  dari lain-lain daerah dan juga rakan-rakan lain  yang begitu perhatin serta teruja untuk membantu dengan rasa keiklasan untuk meraih keredhaan & pahala Allah SWT.

Kami juga meminta jutaan ampun & maaf jika terdapat kekurangan serta kesilapan dalam apa bentuk keadaan yang mana mungkin menyingung mana-mana pihak secara langsung atau tak langsung.
 
end/.....

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top