Terkini...




0

Hikmah disebalik dugaan banjir di Kuala Langat....Dedikasi utk Wanita Ikram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 Akhawat yang dikasihi dan dirahmati Allah...

Segala puji tertentu bagi Allah Rabbul alamin.Selawat dan salam ke atas yang dirindui ar Rasul SAW ,para sahabat serta seluruh pejuang risalah ila yaumil qiyamah..

Ana mewakili Wanita IKRAM Kuala Langat ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada seluruh akhawat dari serata pelusuk daerah di negeri Selangor yang sudi menziarahi serta menyumbang masa, wang ringgit dan tenaga secara langsung atau tidak langsung di RTB Bkt Changgang  sepanjang tiga minggu yang lalu.Kesudian akhawat semua berkongsi tanggungjawab untuk menyantuni mangsa banjir di daerah ini amat kami hargai.

Agenda terakhir hari ini ialah Gotong Royong  Perdana yang mana Wanita IKRAM diberi amanah untuk membersihkan rumah warga emas yang uzur. Ternyata bantuan antunna dapat meringankan bebanan fizikal dan emosi mereka.Alhamdulillah..

Sepanjang mereka berada di pusat pemindahan ini anak-anak dan kaum wanita dihidangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Dari riak wajah masing-masing jelas mereka terhibur dan mendapat manfaat di celah-celah kerisauan yang bersarang di hati. Sewaktu Dr Fauziah Hasan (IKRAM Health) berkongsi tips kesihatan, sambutan para ibu di luar jangkaan.Banyak persoalan kesihatan yang dapat dirungkai dalam suasana santai dan ceria namun begitu informatif.

Begitu juga setiap kali aktiviti aulad dijalankan..Anak-anak asyik bertanya.."Bila makcik nak datang lagi..? MasyaAllah..banyaknya ruang dan peluang amal  dakwah yang Allah berikan kepada kita di sebalik dugaan ini. Secara tidak langsung suasana ukhuwwah antara kita yang berlainan daerah juga semakin erat terjalin.

Di sebalik segala yang tersurat dan tersirat, kami juga memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan..terutamanya menikmati makan tengah hari dengan hidangan mangsa banjir. Sebenarnya itu adalah atas permintaan penduduk sendiri. Mereka berbesar hati andainya kita sudi makan hidangan yang sama dengan mereka. 

Tidak ketinggalan juga terima kasih  kepada Dr Roohaida Othman, Prof Madya Pauziah Arshad, Dr Azizah (CUCMS) yang membantu dari segi penyelarasan  program,Tidak dilupakan  Ukhti Sharifah Mazlina yang sentiasa menemani Ai-fadhil YDP Selangor dan ramai lagi yang tak mampu disebutkan di sini.

Sesungguhnya Hanya Allah jua yang Mampu Membalas jasa baik antum. Semoga Dia terus memberi kekuatan untuk kita beristiqomah sehingga saat dijemput kembali. Amin...

Ukhtukum fillah,
Nor Aishah Baharin
KW IKRAM Kuala Langat

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top