Terkini...




0

Street Dakwah - Kuala Langat

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah menjadi sebahgian dari team street dakwah di Kuala Langat walau sekadar yang menyelaras dan mempersiapkan persenjataan di medan. Sampai di Surau Al-Falah, Pekan Banting jam 10.32 pagi dari RTB bukit Changgang meraikan DERU  yang berkunjung utk gotong royong perdana sejak jam 8.30pg.

Selepas taklimat ringkas, team Street Dakwah kami susun dalam 6 kumpulan. Kump1 Akh Muhd Hasanudin & akh Faiz Kamaludin. Kump2 Akh Mohd Faizal & Ilham. Kump3 Akh Mohd Afiq & Ajmal. Kum4 Ukhti Yusafiqah & Ida Madiha. Kump5 Ukhti NorAisah & Suhaizan. Kump6 Ukhti Mee Ling (Dari Perak baru setahun 2bulan menjadi saudara baru) & Maimunah. Kesemua ahli team Street Dakwah ini merupakan kali pertama turun ke medan.

Selepas hampir 2 jam bergerak ke kedai-kedai/pasaraya sekitar pekan Banting kami telah menemui lebih 200 responden sepertimana bilangan yang disasarkan, walau bagaimanapun hanya  57 responden yang bersedia memberikan maklum balas dalam borang yang disediakan. 

Pemerhatian awal untuk dikongsi bersama, kebanyakan responden menolak untuk ditemubual. Sebahgian besar responden selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada beg cenderamata dicadangkan MOTOnya yang dicetak lebih besar bukannya LOGO, sesetengah responden keberatan menerima cenderamata yang dihulur.

Mudah-mudahan usaha kecil kami yang tidak seberapa ini diterima sebagai amal soleh. InsyaAllah kami akan turun lagi pada 1 Dis 2012 (sabtu depan) dengan azam untuk menyempurnakan sasaran yang ditetapkan. Mohon doa semua.

Sekian, wasalam.
Cikgu Yusri
Penyelaras Street Dakwah Kuala Langat 2012. 
0

Laporan Keadaan Banjir serta Bantuan Khidmat Masyarakat Di Sekitar Kawasan Kuala Langat

Laporan Keadaan Banjir  serta Bantuan Khidmat Masyarakat Di Sekitar Kawasan Kuala Langat. 
(Mulai 9hb Nov 2012-25hb Nov 2012)

Disediakan oleh:  
Hj Anuar Mohd Nor
JK Khidmat Masyarakat
IKRAM Kuala Langat, Selangor

Foto berkaitan sila ke:
http://twitter.com/ikramklangat
www.ikram-klangat.org

1.Latarbelakang:
Banyak  rumah di beberapa  kampung terutamanya di RTB Bt Changgang telah  terjejas teruk hingga banyak kediaman dinaiki air hingga keparas pinggang akibat dilanda banjir mulai 4hb Nov 2012 (Ahad). Proses pemindahan penduduk yang terjejas bermula pada Isnin 5hb Nov 2012 selepas banjir  bermula Sabtu tidak menunjukan tanda-tanda akan surut. Kebanyakan mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana limpahan air dari sungai berlaku terlalu pantas serta berlarutan. Setelah surut seketika pada hari sabtu 10hb Nov 2012 ramai mangsa pulang ke kediaman untuk pembersihan dan terjejas semula apabila berlakunya gelombang ke2 pada hari Ahad 11hb Nov 2012.

Kebanyakan mangsa banjir disekitar yang terjejas ditempatkan di 4 kawasan penempatan terutamanya di Sek Ren RTB Bt Canggang yang menempatkan sejumlah 831 mangsa membabitkan 209 keluarga.  Jumlah mangsa berkurangan kepada 782 orang  pada ketika air mulai  surut pada 17hb Nov 2012(Sabtu)  & Pusat Penempatan Mangsa banjir di tutup sepenuhnya pada 20hb Nov 2012 (Selasa). Kesan daripada banjir  sehingga melebihi 14 hari  menyebabkan banyak harta benda musnah dan kediaman penduduk rosak teruk.

Pihak agensi-agensi  kerajaan seperti Bomba, JKKP, Polis, Kementerian Kesihatan,Jabatan Kebajikan Masyarakat  dsb  telah menempatkan anggota-angotanya utk melakukan bantuan segera seperti yang di peruntukan dari proses pemindahan hingga kepada keperluan tempat perlindungan, makanan dan penjagaan kesihatan mulai 6hb Nov 2012 sehari selepas laporan bahaya banjir di keluarkan oleh jabatan berkaitan.

Pihak Ikram Kuala Langat mulai melakukan tinjauan kekawasan bencana mulai 8hb Nov 2012 dan berterusan dihari berikutnya untuk merencana pelan tindakan bantuan Khidmat Masyarakat pada penduduk atau tempat-tempat yang terjejas.

Pada 10hb Nov 2012-Sabtu Pihak Ikram Kuala Langat (30pax) diketuai oleh YDP Cikgu Kamarudin  telah berjaya melaksanakan program setengah hari gotong royong di Sek Ren KAFA dikawasan Rancangan Tanah Belia-RTB Bt Canggang  dengan  melakukan  pembersihan bilik-bilik darjah, surau serta sekitar kawasan yang terjejas akibat banjir sebelumnya. RM1000 bantuan kewangan telah diserahkan oleh YDPN –Ust Hasanudin kepada Gurubesar- Ustazah Asni disaksikan oleh wakil wakil daripada pihak DPN-Bendahari-Ahk Kamal, JKN Masyarakat -Prof Nazari unit Amal, Pelajar Perubatan UPM,Ketua2 Kampung, Penghulu Mukim En Ehzam, kakitangan Sek KAFA serta penduduk sekitar.

Tetapi 11hb Nov 2012-Ahad   banjir 'Gelombang ke2' berlaku pada  sedalam 0.45m telah menjejaskan semula sekitaran sekolah tersebut. RM2000 tambahan bantuan kecemasan telah dimasukan olek pihak JKN KM-Prof Nazari ke akaun BIMB Ikram K Langat.

Pada 12hb Nov 2012- Isnin Satu Mesyuarat Khas  bersama JKN-Kidmat Masyarakat di Pengerusikan oleh  Prof Dr Nazari utk merangka aktiviti serta bantuan dari daerah-daerah lain  lain.

Pada 13hb Nov 2012-Selasa (Cuti Hari Deepavali) Pihak Ikram Kuala Langat (2pax) dgn dibantu wakil ajk DERU Ulu Selangor (1pax) –Akh Ibnu Khalid Jurait-IKJ@ CikguK serta rombongan Ikram Kajang (8pax) diketuai oleh Prof Kamal serta Akh Noorshahly-ajk DERU kajang telah melakukan tinjauan di sekitar Penempatan Mangsa Banjir di Sek Ren RTB Bt Canggang dan di Dewan Orang Ramai Bt Canggang. Secara umumnya banjir masih melimpahi beberapa kawasan serta menyukarkan kenderaan ringan untuk melalui beberapa jalan menuju ke kawasan Penempatan terutamanya di RTB Bt Canggang.

Pada 14hb Nov 2012 -Rabu Pihak Ikram Kajang serta Pusat Perubatan Pakar AnNur mengambil initiatif untuk menyantuni mangsa banjir di Penempatan Sek Ren Bt Canggang. Berapa aktiviti melibatkan kanak-kanak seperti permainan,lukisan dipimpin oleh Pn Norsham-AnNur,Ceramah kaunseling/kesihatan keluarga 0leh Dr Azizah-AnNur oleh serta ceramah motivasi/bersembahyang jemaah di kawasan terbuka yang dipimpin oleh Ust Akif-AnNur. Kehadiran YDP Ikram Selangor Ust Hasanuddin untuk meluangkan masa dan membantu menceriakan  suasana sangat membantu untuk sekurang-kurangnya meringankan beban kerisauan setiap penghuni pusat penempatan sementara tersebut.

15hb Nov 2012-Khamis (Cuti Awal Muharam). Dengan kesempatan cuti umum telah dimanafaatkan oleh ahli ikram daripada perbagai daerah untuk turut membantu menyumbang tenaga,kepakaran serta kaunseling. Bantuan asas perubatan,ceramah kesihatan keluarga  oleh Dr Fauziah Hassan, Perubatan Pakar Annur dibantu oleh Dr Fuziah. Didalam masa ynag sama berapa aktivi telah berlangsung dengan baik serta berjaya diantaranya:
·         Permainan Kanak2/Aulad  Oleh IKRAMSiswa , Akhawat Shah Alam (4pax)& Kuala Langat(10pax)
·         13 Pelajar Cyberjaya Univ College & MMU  -Remaja
·         Tazkirah Maal Hijrah-Ust Asmadi

Kehadiran YDPN Ustaz Hasanuddin,Tim JK Khidmat Masyarakat/Ketua Wanita Shah Alam Hjh Pauziah & Dr Jamalul-lail memeriahkan lagi suasa ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.

16hb Nov 2012- Jumaat. Pihak Ikram -Sepang (akh Hj Zubair) telah berjaya mengelolakan satu persembahan nasyeed oleh 2 kumpulan yg terdiri daripada Hira's Alummi & The Voice/Soul daripada IPTA. Juruhebah Nash-Ikram Sepang berjaya mengajak penonton terlibat bersama terutamanya dalam permainan silap matanya.   Kehadiran sejumlah penonton untuk melihat sendiri persembahan 'live' dapat melegakan serta menceriakan suasana. Setakat ini initiatif  Persembahan nasyeed dikawasan penghuni penempatan banjir mungkin julung-julung kali diadakan oleh pihak ikram.

17hb Nov 2012- Sabtu. Sekali lagi operasi Gotong Royong pembersihan di Sek Ren KAFA setelah kali 2 dilanda banjir . Kali ini Ikram K Langat (10pax)  telah dibantu Ikram Belia- Shah Alam (6pax), Pelajar CUCMS (11pax) serta pembersihan sebuah rumah penduduk yg terjejas teruk. Kehadiran SU Ikram Selangor -Akh Hj Riduan turut membantu. Aktiviti melibatkan keceriaan kanak-kanak di santuni oleh akhawat Kuala Langat & Shah Alam
Di sebelah malamnya satu Ceramah Kerohanian/Kuliah Maghrib kendalian Ikram-Ulu Langat (akh Faridz)  di Masjid RTB Bt Canggang telah di sampaikan oleh Ustaz Zamri- Ikram Hulu Langat. Kehadiran beliau sangat dialu-alukan oleh Nazir serta AJK masjid. Pihak Masjid telah memberi 'lampu hijau' untuk pihak ikram terutama para ustaz @ ustazah untuk memberi kuliah/ceramah dimasa akan datang.
 
18hb Nov 2012-Ahad  Lawatan Menteri Besar Selangor ke Sek Ren Bt Canggang utk menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir.YDP  Ust Hasanuddin hadir menjadi  tetamu khas pihak Pej Daerah K Langat serta  dapat menfaatkan masa bersama MB semasa makan tengahari.  Dimasa yang sama aktiviti Gotong Royong berlangsung bersama  Kumpulan Superbike Skooter  (25 pax) ) diketuai oleh IKJ- Ulu Selangor . Ikram Belia Kuala Selangor (5 pax) . Serta Pelajar2 Farmasi  daripada CUCMS (13pax)  dan PTPL/MSU (16pax)
1.Pembersihan Balairaya/JKKK
2.Sek Ren KAFA

Akhawat Ikram K Langat (8pax) serta Shah Alam (4pax)  melakukan aktiviti dan menyantuni kanak-kanak.
25hb Nov 2012 -Ahad  Pihak Ikram Selangor -telah di jemput untuk menyertai Satu Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan masyarakat kampung,JKKK,JKR,Majlis Daerah & AJK Masjid RTB. Terdapat 4 buah lori besar & lori jangkaut dari JKR disediakan untuk memudahkan pembuangan barangan yang rosak akibat banjir.

Beberapa ahli-ahli Ikram di sekitar daerah Selangor melalui JK Khidmat Masyarakat/DERU  seperti Sepang (11pax),Ulu Selangor (13pax),Klang(2pax),PJ(1pax), K.Selangor(1pax) ,Putrajaya(1pax) ,pelajar perubatan th2 CUCMS (28pax)  telah berjaya hadir untuk sama-sama meraikan &  membantu Ikram K Langat (11pax)  dan penduduk Kg RTB Bt Canggang untuk menjayakan program gotong royong tersebut.Kehadiran dan Komitment daripada semua daerah terlibat sangat tinggi serta dihargai walaupun terdapat beberapa aktiviti yang berlangsung disekitar daerah termasuk K Langat spt Street Dakwah, Kepimpinan Ikram Teen/Remaja.
Program setengah hari bersama masyarakat kampung mulai 9pg hingga ke 12.30tengahari telah berjaya dimanafaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli ikram serta pelajar CUCMS  dalam pembahagian tugas yang telah diamanahkan seperti:
1.Pembersihan beberapa Lorong/Jalan sekitar kampung.
2.Pembersihan 5 Rumah org kampong  (Tumpuan: Ibu tua tunggal, Org Tua & Kurang Upaya)
3.Pembersihan menyeluruh sekitar kawasan,bilik darjah & tandas Sek Ren KAFA.
4.Pembersihan sekitar & Kolah Masjid RTB
5.Pembersihan menyeluruh Balairaya JKKK serta sekitar.

Pihak AJK Masjid yang diketuai oleh Nazir Tn Hj Jamaludin juga mewakili Ketua Kampung/JKKK merakamkan jutaan terima kasih dan terhutang budi  terutamanya kepada pihak Ikram, rakan NGOnya,Pelajar2 CUCMS & IPTA/S yang telah meluangkan banyak masa,tenaga serta wang ringgit untuk membantu masyarakat Kg RTB Bt Canggang. Beliau juga mengalu-ngalukan sebarang bentuk kerjasama bersama Ikram dimasa terdekat dan akan datang dalam mengimarahkan Masjid RTB serta program bersama masyarakat Kg RTB Bukit Canggang.

Dimasa yang sama kami Pihak Ikram Kuala Langat merakamkan jaza'Allah serta jutaan terima kasih atas segala pertolongan dan bantuan yang telah dan sedang di terima atau dijalankan oleh ahli-ahli Ikram  dari lain-lain daerah dan juga rakan-rakan lain  yang begitu perhatin serta teruja untuk membantu dengan rasa keiklasan untuk meraih keredhaan & pahala Allah SWT.

Kami juga meminta jutaan ampun & maaf jika terdapat kekurangan serta kesilapan dalam apa bentuk keadaan yang mana mungkin menyingung mana-mana pihak secara langsung atau tak langsung.
 
end/.....
0

Hikmah disebalik dugaan banjir di Kuala Langat....Dedikasi utk Wanita Ikram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 Akhawat yang dikasihi dan dirahmati Allah...

Segala puji tertentu bagi Allah Rabbul alamin.Selawat dan salam ke atas yang dirindui ar Rasul SAW ,para sahabat serta seluruh pejuang risalah ila yaumil qiyamah..

Ana mewakili Wanita IKRAM Kuala Langat ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada seluruh akhawat dari serata pelusuk daerah di negeri Selangor yang sudi menziarahi serta menyumbang masa, wang ringgit dan tenaga secara langsung atau tidak langsung di RTB Bkt Changgang  sepanjang tiga minggu yang lalu.Kesudian akhawat semua berkongsi tanggungjawab untuk menyantuni mangsa banjir di daerah ini amat kami hargai.

Agenda terakhir hari ini ialah Gotong Royong  Perdana yang mana Wanita IKRAM diberi amanah untuk membersihkan rumah warga emas yang uzur. Ternyata bantuan antunna dapat meringankan bebanan fizikal dan emosi mereka.Alhamdulillah..

Sepanjang mereka berada di pusat pemindahan ini anak-anak dan kaum wanita dihidangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Dari riak wajah masing-masing jelas mereka terhibur dan mendapat manfaat di celah-celah kerisauan yang bersarang di hati. Sewaktu Dr Fauziah Hasan (IKRAM Health) berkongsi tips kesihatan, sambutan para ibu di luar jangkaan.Banyak persoalan kesihatan yang dapat dirungkai dalam suasana santai dan ceria namun begitu informatif.

Begitu juga setiap kali aktiviti aulad dijalankan..Anak-anak asyik bertanya.."Bila makcik nak datang lagi..? MasyaAllah..banyaknya ruang dan peluang amal  dakwah yang Allah berikan kepada kita di sebalik dugaan ini. Secara tidak langsung suasana ukhuwwah antara kita yang berlainan daerah juga semakin erat terjalin.

Di sebalik segala yang tersurat dan tersirat, kami juga memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan..terutamanya menikmati makan tengah hari dengan hidangan mangsa banjir. Sebenarnya itu adalah atas permintaan penduduk sendiri. Mereka berbesar hati andainya kita sudi makan hidangan yang sama dengan mereka. 

Tidak ketinggalan juga terima kasih  kepada Dr Roohaida Othman, Prof Madya Pauziah Arshad, Dr Azizah (CUCMS) yang membantu dari segi penyelarasan  program,Tidak dilupakan  Ukhti Sharifah Mazlina yang sentiasa menemani Ai-fadhil YDP Selangor dan ramai lagi yang tak mampu disebutkan di sini.

Sesungguhnya Hanya Allah jua yang Mampu Membalas jasa baik antum. Semoga Dia terus memberi kekuatan untuk kita beristiqomah sehingga saat dijemput kembali. Amin...

Ukhtukum fillah,
Nor Aishah Baharin
KW IKRAM Kuala Langat
0

Kemenangan Yang Dinantikan

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Negeri Syam adalah negeri yang memiliki 'fadhilah' (keutamaan) dibandingkan negeri-negeri lainnya.
Di negeri inilah :
  1. Risalah-risalah kenabian banyak diturunkan.
  2. Para rasul ramai yang diutuskan ke sini.
  3. Menjadi tempat hijrah para Nabi Allah.
  4. Terdapat kiblat pertama kaum muslimin.
  5. Di-isra' kannya Nabi Muhammad saw.
  6. Dajjal akan binasa di tangan Nabi Isa as.
  7. Ya'juj dan Ma'juj akan dibinasakan.
  8. Yahudi akan binasa.
Allah swt telah memberkati negeri Syam di dalam Al Qur'an di dalam 5 ayat berikut: 
AYAT 1 :
"Dan kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang kami telah memberkatinya untuk sekalian manusia." (QS Al-Anbiyaa' : 71) 
AYAT 2 :
"Dan (telah kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. dan adalah kami Maha mengetahui segala sesuatu." (QS Al-Anbiyaa' : 81) 
AYAT 3 :
"Dan kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah kami beri berkat padanya. dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. dan kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka." (QS Al-A'raaf : 137) 
AYAT 4 :     
"Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman." (QS Sabaa` : 18) 
AYAT 5 :
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah kami berkati sekelilingnya." (QS al-Israa` : 1) 
Semua ayat-ayat di atas menunjukkan akan keutamaan dan keberkatan negeri Syam dan tidak diketahui adanya perselisihan para ulama' tafsir tentangnya.
Namun negeri itu kini dirampas dan dijajah oleh bangsa terburuk di muka bumi ini dan pada hakikatnya penjajahan mereka ke atas bumi Palestin dan Syam adalah penggalian kuburan bagi mereka sendiri.
'ATH THA'IFAH AL-MANSHURAH' ADALAH PEMBEBAS NEGERI SYAM AL MUQADDASAH
Nabi Muhammad saw yang mulia telah meyakinkan kita bahwa dari negeri ini akan bangkit 'Ath-Tha`ifah al-Manshurah' (golongan yang mendapat pertolongan) yang akan membinasakan bangsa Yahudi dan membebaskan negeri Syam dari kekuasaan mereka serta menegakkan Islam sebagai agama yang haq.
Hadits-hadits berikut menjelaskannya secara terperinci : 
PERTAMA : Hadits 'Imran bin Hushain ra :
"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku, yang berperang di atas kebenaran, yang menampakkan (kebenaran) terhadap orang-orang yang mencela mereka, hingga terbunuhnya orang yang terakhir dari mereka, iaitu al-Masih ad-Dajjal." (HR Abu Dawud, Ahmad & Al Hakim)
KEDUA : Hadits Salamah bin Nufail ra :
"Saat ini akan tiba masa berperang, akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (kebenaran) di hadapan manusia, Allah mengangkat hati-hati suatu kaum, mereka akan memeranginya dan Allah Azza wa Jalla menganugerahkan kepada mereka (kemenangan), dan mereka tetap dalam keadaan demikian, ketahuilah bahwa pusat negeri kaum mukminin itu berada di Syam, dan ikatan tali itu tertambat di punuk kebaikan hingga datangnya hari kiamat." (HR Ahmad, An-Nasa`ie & Ibnu Hibban)
KETIGA : Hadits Qurrah ra :
"Apabila penduduk negeri Syam telah rusak, maka tidak ada lagi kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang mendapatkan pertolongan, tidaklah membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi mereka hingga datangnya hari kiamat." (HR at-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban & Al Hakim)
KEEMPAT : Hadits Sa'ad bin Abi Waqqash ra yang memiliki dua lafaz yang berbeza, iaitu :
Pertama : Baginda berkata, bersabda Rasulullah saw :
"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (diri) di atas kebenaran, yang sentiasa perkasa hingga hari kiamat." (HR Al-Lalika`i)
Kedua : Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw :
"Akan sentiasa penduduk Maghrib (barat) menampakkan kebenaran hingga datangnya hari kiamat." (HR Muslim, Abu Nu'aim & As-Sahmi)
Sebahagian ulama' memberi komentar :
"Ya, Rasulullah saw telah menjelaskan negeri 'Al-Firqah An-Najiyah' dengan penjelasan yang terang yang tidak ada lagi keraguan padanya, dan baginda mengkhabarkan bahwa negeri itu adalah Syam yang diberkati dan penuh kebaikan."
Ianya disokong oleh penjelasan berikut :
Hadits Mu'az bin Jabal ra yang diriwayatkan oleh 'Umair dari Malik bin Yakhamir, Mu'az berkata : "Dan mereka ini (Ath-Tha`ifah Al-Manshurah) berada di Syam."
Ucapan ini dihukumkan sebagai marfu' kerana tidaklah diucapkan dengan 'ra'yu' (pendapat) dan 'ijtihad'.
Tentang lafaz kedua iaitu berdasarkan Hadits Sa'ad di atas : "Akan sentiasa penduduk Maghrib (barat) menampakkan kebenaran hingga datangnya hari kiamat.", Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ra menukilkan dalam kitabnya 'Manaqib asy-Syam wa Ahluhu' tentang ucapan Imam Ahmad bin Hanbal : "Penduduk Maghrib, mereka adalah penduduk Syam."
Mereka juga sepakat dengan memberi dua alasan :
PERTAMA :
Bahwa  seluruh hadits-hadits di atas menjelaskan bahwa mereka adalah penduduk Syam.
KEDUA :
"Bahasa Nabi saw dan penduduk Madinah tentang "penduduk Maghrib (barat)" maksudnya adalah penduduk Syam, kerana mereka (penduduk Maghrib) berada di barat mereka (Rasulullah dan para sahabatnya), sebagaimana bahasa mereka tentang "penduduk Masyriq (timur)" adalah penduduk Nejad dan Iraq kerana 'Maghrib' (barat) dan 'Masyriq' (timur) adalah perkara yang nisbi (relatif). Seluruh negeri yang memiliki barat maka boleh jadi merupakan bahagian timur bagi negeri lainnya dan sebaliknya. Dan yang menjadi pertimbangan di dalam ucapan Nabi saw ini tentang barat dan timur adalah  tempat baginda mengucapkan hadits ini, iaitu Madinah."
Dari penjelasan di atas, boleh dibuat kesimpulan bahwa Negeri Syam adalah negeri 'Ath-Tha`ifah Al-Manshurah' yang akan menampakkan kebenaran, tidaklah akan membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi dan mencela mereka, mereka akan mendapatkan kemenangan dari Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian sampai datangnya hari kiamat.
'Ath-Tha'ifah Al-Manshurah' inilah yang akan memenangkan Islam dan membebaskan negeri Syam dari belenggu penjajahan bangsa Yahudi yang terlaknat dan merekalah yang akan membinasakan bangsa Yahudi terlaknat ini.
KUNCI UNTUK MENDAPATKAN PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN TERHADAP MUSUH ALLAH 
Sungguh, semenjak lebih dari setengah abad yang lalu, umat ini telah ditimpa oleh bencana yang membinasakan dan kebanyakan musibah yang tertimpa ini adalah disebabkan oleh kelalaian kaum muslimin dari sebab-sebab bencana dan malapetaka ini.
Allah Azza wa Jalla berfirman :
"Katakanlah, (musibah) itu adalah dari diri kamu sendiri"
Firmnnya lagi :
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."
Seandainya umat Islam, pemimpin dan rakyatnya, mentadabbur Kitabullah, mengamalkan hukum-hukum dan hikmahnya, niscaya mereka akan mampu mengambil sebab-sebab pertolongan dari Allah terhadap musuh-musuh mereka dan mereka akan mengetahui 'sunnatullah' atas makhlukNya yang tidak akan berubah dan berganti seiring dengan perubahan waktu dan penggiliran zaman.
Usaha untuk mendapatkan pertolongan terhadap musuh-musuh Allah sebagaimana yang terdapat di dalam 'Kitabullah' adalah banyak sekali.
Di antaranya adalah :
PERTAMA : TAUHID, IMAN DAN AMAL SOLEH
Ini sebagaimana dalam firman Allah swt :
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. "
KEDUA : BARANGSIAPA YANG MENOLONG AGAMA ALLAH NISCAYA ALLAH AKAN MENOLONGNYA
Menolong agama Allah adalah dengan cara :
  1. Menegakkan syariat-syariatNya.
  2. 'Ittiba' (meneladani) petunjuk Nabi Muhammad saw.
  3. Mewujudkan 'ubudiyah' hanyalah milik Allah.
  4. Menghidupkan sunnah-sunnah Nabi saw.
  5. Mematikan serta menumpas bid'ah-bid'ah dengan cara 'amar ma'ruf nahi munkar' .
  6. Jihad melawan musuh-musuh Allah di manapun mereka berada.
  7. Mentaati Allah dan RasulNya.
  8. Melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah dan RasulNya.
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Dan barangsiapa yang diberi pertolongan oleh Allah, maka tiada seorangpun yang dapat mengalahkannya."
KETIGA : KESABARAN DAN KETAQWAAN MERUPAKAN SEBAB BAGI PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN DARI ALLAH
Allah telah berjanji kepada orang yang bersabar dan bertaqwa dengan pertolongan, kemantapan dan kemenangan serta mengalahkan tipu muslihat musuh-musuhnya.
Allah swt berfirman :
"Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda. Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu."
FirmanNya lagi :
"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
Rasulullah saw bersabda :
"Ketahuilah, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, dan pertolongan itu bersama kesabaran, dan bersama kesulitan itu ada kemudahan."
KEEMPAT : SETIAP ORANG YANG TERANIAYA DIJANJIKAN PERTOLONGAN OLEH ALLAH, APALAGI JIKA IA SEORANG MUKMIN BERTAQWA
Dan demikianlah, bahwa kezaliman itu adalah kegelapan dan Allah telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Ia jadikan haram pula atas makhlukNya.
Ia perintahkan untuk menolong orang yang 'mazhlum' (teraniaya) dan Ia jadikan doanya 'mustajab' yang tidak ada antara dirinya dan  Allah 'hijab' (pembatas).
Allah swt berfirman :
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu"
Firman Allah lagi :
"Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah ia derita kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya."
Telah 'warid' (datang) melalui lidah rasulnya saw bahwasanya, sesungguhnya Allah pada hari kiamat mengqishash kambing bertanduk yang menanduk kambing tidak bertanduk.
KELIMA : PARA PENGANUT AGAMA YANG HAQ DIJANJIKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH
Allah swt berfirman :
"Dialah yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq agar dimenangkanNya terhadap semua agama walaupun orang musyrik benci".
Rasulullah saw bersabda :
"Sungguh urusan ini akan benar-benar mencapai apa yang dicapai siang dan malam. Dan tidaklah tersisa sebuah rumahpun di desa atau di dusun terpencil melainkan Allah masukkan agama ini ke dalamnya, memuliakan yang mulia dan menghinakan yang hina, mulia dengan kemulian Islam dan hina dengan kehinaan kekufuran."
Dan janji ini termaktub di dalam 'Kitabullah' dan di atas lisan Rasulullah saw, janji Allah tidak akan meleset kerana Allah tidak akan menyelisihi janjiNya.
KEENAM : PERSELISIHAN MERUPAKAN SEBAB KELEMAHAN DAN KEHINAAN
Seandainya umat ini :
  1. Bersatu di atas kalimah tauhid dan mempersatukan kalimahnya.
  2. Berpegang teguh dengan tali (agama) Allah.
  3. Berjihad memerangi musuh-musuhnya dalam rangka meninggikan kalimah Allah.
  4. Menegakkan tauhid hanya semata-mata untuk Allah serta menjauhi kesyirikan.
Niscaya, Allah swt pasti menolong mereka.
Firman Allah swt :
"Janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
KETUJUH : PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERANGAN SECARA 'MADDIYYAH' (MATERIAL) DAN 'MA'NAWIYYAH' (KEROHANIAN)
Sesungguhnya, mengambil sebab-sebab merupakan sunnah nabawiyah di mana para Nabi mensunnahkannya di samping kejujuran dan tawakkal mereka yang amat tinggi.
Nabi saw menampakkan antara kedua baju perangnya pada salah satu pertempurannya dan baginda ketika itu memakai topi besi dan sebahagian sahabat baginda menggunakan baju perang yang lengkap dan semua ini tidaklah menafikan tawakkal kepada Allah swt.
Allah swt berfirman :
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang."
Nabi saw telah mentafsirkan ayat di atas dengan sabdanya :
"Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar tombak, ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar tombak"
PEPERANGAN ISLAM
Sesungguhnya peperangan yang berlaku antara bangsa Arab dan Yahudi bukanlah peperangan yang berdasarkan semangat perkauman atau berasaskan bangsa semata-mata, bahkan ia merupakan :
  1. Peperangan 'Islamiyah'.
  2. Peperangan antara kekufuran dan keimanan.
  3. Peperangan antara 'Al-Haq' dan Al Bathil'.
  4. Peperangan antara kaum muslimin dengan bangsa Yahudi.
Permusuhan Yahudi terhadap kaum muslimin di tanah air dan pusat negeri mereka adalah sesuatu yang telah 'ma'lum' (diketahui) dan 'masyhur'(dikenali).
Maka wajib bagi setiap muslim di setiap tempat untuk menolong saudara-saudara mereka yang teraniaya dan berdiri sama di barisan mereka serta membantu mereka di dalam mengembalikan hak mereka yang dirampas oleh kaum yang menganiaya dan menzalimi mereka dengan segala kemampuan yang dimiliki samada dari :
  1. Jiwa.
  2. Kehormatan.
  3. Peralatan.
  4. Harta benda.
Semuanya menurut kesanggupan dan kemampuan yang dimilikinya sebagaimana firman Allah swt :  
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, Maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (QS Al-Anfal : 72) 
Sikap Yahudi di dalam memusuhi Islam dan umatnya adalah suatu perkara yang 'ma'lum' dan 'masyhur' di mana sejarah telah mencatatnya dan begitu pula para periwayat berita sejarah saling menukilkannya.
Bahkan, Kitab Al Qur'an yang diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji menjadi saksi ke atasnya :
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendita-pendita dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (QS al-Maa`idah : 82) 
Allah Azza wa Jalla menegaskan di dalam ayat yang mulia ini bahwa Yahudi dan orang-orang musyrik itu adalah kaum yang paling keras permusuhannya terhadap kaum mukminin.
BERSEGERA MENYAHUT SERUAN JIHAD
Allah swt berfirman :  
"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?  (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.  Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (QS ash-Shaff : 10-13) 
Allah swt telah menjelaskan di dalam ayat ini keutamaan jihad dan akibatnya yang terpuji bagi orang-orang yang beriman iaitu berupa pertolongan dan kemenangan yang dekat (di  dunia) beserta syurga dan keridhaan dari Allah swt serta kedudukan yang tinggi di akhirat.
Selain itu, ada banyak keutamaan lain yang dihasilkan oleh jihad kaum muslimin berupa :
  1. Kemuliaan diri.
  2. Kebaikan.
  3. Keagungan.
  4. Ganjaran yang besar.
  5. Ketinggian kalimah Allah.
  6. Terpeliharanya keadaan umat, agama dan keamanan.
Terlalu banyak penjelasan di dalam 'Al-Qur'an Al-Karim' tentang keutamaan jihad dan dorongan untuk berjihad seperti :
  1. Janji kemenangan bagi orang-orang mukmin dan kehancuran kaum kafir.
  2. Semangat, kekuatan, obsesi dan kejujuran untuk turun di medan jihad yang memenuhi hati seorang mukmin.
  3. Keberanian di dalam menyokong 'Al-Haq' untuk memenuhi janji Allah.
  4. Keimanan akan pertolonganNya.
  5. Harapan akan ganjaran di antara dua kebaikan, iaitu kemenangan dan 'ghanimah' (harta rampasan perang) atau 'syahid' di jalan kebenaran.  
KEUTAMAAN PARA MUJAHIDIN DI SISI ALLAH
Para mujahidin dari kalangan salafus soleh, mereka sesungguhnya telah banyak bersabar dan berjihad dalam waktu yang panjang, maka Allah swt :
  1. Membukakan ke atas mereka negeri-negeri.
  2. Memberi petunjuk kepada hamba-hamba Allah melalui perantaraan mereka.
  3. Mengukuhkan kaki mereka di atas muka bumi.
  4. Menganugerahkan kepada mereka kekuasaan dan kepemimpinan.
Semua kurniaan tersebut diperolehi hasil dari :
  1. Keimanan mereka yang agung.
  2. Keikhlasan mereka kepada pelindung mereka Yang Maha Mulia.
  3. Kesabaran mereka di dalam medan pertempuran.
  4. Mereka lebih mendahulukan Allah dan negeri akhirat berbanding dunia dan segala perhiasannya yang menipu.
Maka, bagi para mujahidin di medan pertempuran dan di mana sahaja mereka berada terutama di bumi Syam yang diberkati, mereka hendaklah :
  1. Bersabar dan kuatkan kesabaran mereka di dalam jihad terhadap jiwa mereka di dalam ketaatan kepada Allah dan menahan diri dari apa yang diharamkan oleh Allah.
  2. Berjihad terhadap jiwa mereka di dalam memerangi musuh dan menyerang sekutu-sekutu mereka.
  3. Bersabar di dalam memikul kesulitan-kesulitan di tengah medan pertempuran dengan ketenangan di bawah kelebatan pesawat-pesawat tempur dan suara-suara yang memekikkan.
Semoga Allah meridhai mereka semua serta siapa sahaja dari para pengikut mereka dari mujahidin yang jujur di mana pada mereka ada tauladan untuk kita dan pada mereka terdapat pelajaran dan pengajaran.
Firman Allah swt :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS At-Taubah : 111) 
Rasulullah saw telah bersabda :
"Ribath (berjaga-jaga di perbatasan perang) sehari di jalan Allah itu lebih mulia daripada dunia dan seisinya, suatu tempat bahagian salah seorang di antara kamu di syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan perginya seorang hamba di petang atau pagi hari di jalan Allah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya."
Sabda baginda lagi :
"Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah (dan Allahlah yang lebih tahu siapakah yang berjihad di jalanNya) adalah sebagaimana orang yang berpuasa dengan berdiri, dan Allah menanggung bagi seorang mujahid di jalanNya apabila Ia mewafatkannya maka Ia masukkan dirinya ke dalam syurga atau Ia kembalikan ia dalam keadaan selamat dengan pahala dan harta rampasan perang."
MENANG ATAU SYAHID
Wahai mujahid Palestin dan Syam! Engkau sesungguhnya sedang berada dalam peperangan yang dahsyat bersama musuh yang memiliki kedengkian yang luar biasa terhadap Islam dan pemeluknya.
Maka mantapkanlah dirimu di dalam berjihad dan bersabarlah serta tetaplah di dalam kesabaran.
Ikhlaskanlah amalmu hanya untuk Allah dan mintalah pertolongan hanya kepadaNya semata-mata dan bergembiralah dengan salah satu dari dua kebaikan apabila engkau benar dengan hal yang demikian, iaitu samada :
  1. Kemenangan, 'ghanimah' dan akibat yang terpuji di dunia dan akhirat.
  2. 'Syahid', tempat yang penuh kenikmatan, istana yang megah, sungai-sungai yang mengalir dan bidadari yang cantik jelita di syurga yang mulia.
Wahai bangsa Arab, janganlah Engkau menyangka bahwa pertolonganmu kepada mujahidin Palestin dan Syam terhadap musuhmu berkait dengan semangat Arabmu, namun sesungguhnya pertolongan itu sepatutnya berkait kerana :
  1. Keimananmu kepada Allah.
  2. Kesabaranmu di medan pertempuran.
  3. Keistiqamahanmu di dalam kebenaran.
  4. Taubatmu dari dosa-dosamu yang terdahulu.
  5. Keikhlasanmu kepada Allah pada seluruh amal-amalmu.
Maka berisitiqamahlah dengan penuh keikhlasan dan berpegang teguhlah dengan Islam yang benar di atas syariat-syariatNya dan meniti petunjuk Rasulmu, Muhammad saw samada di dalam peperangan, perdamaian ataupun pada setiap keadaan.
"Katakanlah: "Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan, dan kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan kepadamu azab (yang besar) dari sisiNya. Sebab itu tunggulah, Sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu." (QS at-Taubah : 52) 
Allah swt berfirman :  
"Wahai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS Muhammad : 7) 
Firman Allah lagi :
"Jika kamu memperolehi kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. jika kamu bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan" (QS Ali Imran : 120) 
Di dalam ayat-ayat di atas, terdapat penjelasan yang terang dari Allah Azza wa Jalla akan janjiNya kepada hamba-hambaNya berupa pertolongan dari musuh-musuh mereka dan keselamatan dari tipu daya mereka walau sebesar apapun kekuatan mereka dan sebanyak manapun jumlah mereka.
Ini adalah kerana sesungguhnya Allah Azza wa Jalla lebih kuat dari segala kekuatan yang ada dan lebih mengetahui akan akibat dari segala urusan dan Dia berkemampuan atasnya serta Ia Maha Mengetahui seluruh amal-amal mereka.
Namun, Allah swt mensyaratkan janjiNya ini dengan syarat-syarat yang besar, iaitu :
  1. Kewajiban beriman kepadaNya.
  2. Menolong agamaNya.
  3. Beristiqamah di atasnya dengan kesabaran.
  4. Kekuatan di dalam bersabar.
Barangsiapa yang melaksanakan syarat-syarat ini niscaya Allah akan memenuhi janjiNya kepada mereka dan Dia adalah jujur di dalam janjiNya :  
"Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah Telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjiNya." (QS Az-Zumar : 20) 
Sebaliknya, barangsiapa yang meremehkan syarat-syarat ini atau tidak mahu mengangkat kepalanya (untuk memenuhi syarat-syarat ini), maka dia tidaklah menghinakan melainkan dirinya sendiri.
Sesungguhnya di dalam ayat-ayat di atas terdapat suatu kalimat yang agung dan janji yang benar dari Yang Maha Menguasai, Maha Berkehendak dan Maha Mulia apabila kita bersabar di dalam memerangi musuh kita dan berjihad untuk menghinakan mereka dengan tetap menegakkan taqwa kepada Allah Azza wa Jalla, iaitu dengan :
  1. MengagungkanNya.
  2. Mengikhlaskan (semua amal) hanya untukNya.
  3. MentaatiNya dan RasulNya.
  4. Berhati-hati dari perkara-perkara yang dilarang olehNya dan RasulNya.
Maka, inilah hakikat taqwa dan bersabar di dalam jihad 'An-Nafs' (melawan hawa nafsu) dan terus bersabar di dalam jihad terhadap musuh-musuh (Allah) adalah merupakan sebahagian dari taqwa itu sendiri.
Sesungguhnya, peristiwa yang berlaku di bumi Palestin dan Syam memberi kita suatu kesimpulan bahwa :
 
  1. Permasalahan Palestin dengan Yahudi bukanlah permasalahan tanah atau batas politik semata-mata, namun ianya adalah permasalahan aqidah dan agama.
  2. Peperangan di Palestin kelak akan menjadi peperangan Islami dan ini adalah sesuatu yang pasti berlaku dan bangsa Yahudi ketika ini sedang membangun kuburan mereka sendiri di ladang pembantaian mereka.
  3. Masalah Palestin tidak akan dapat diselesaikan dengan seruan perdamaian kerana Allah telah menetapkan selain itu, yakni dengan jihad dan perang.
  4. Segala bentuk kehinaan dan musibah yang menimpa umat Islam ketika ini pada hakikatnya adalah disebabkan jauhnya umat dari agama dan kefahaman Islam yang sebenar.
  5. Yang akan menguasai dan membebaskan bumi Palestin dan Syam serta lainnya adalah 'Ath-Tha`ifah Al-Manshurah', di mana mereka akan muncul dari negeri Syam.
  6. Penyelesaian untuk merebut kembali tanah 'muqaddasah' (Palestin) dan negeri lainnya yang terjajah adalah dengan jihad 'syar'ie' dan jihad tidak akan terlaksana tanpa berasaskan ilmu. Oleh kerana itu, menuntut ilmu adalah kewajiban yang  utama sebelum turun ke medan jihad.
  7. Jihad 'syar'ie' memiliki persiapan 'syar'ie' yang perlu dipenuhi. Ada dua jenis persiapan, iaitu :
Pertama : Persiapan dengan pembinaan keimanan umat dengan cara menegakkan hakikat peribadatan hanya kepada Allah swt semata-mata, membina jiwa mereka dengan kitabullah, mensucikan mereka dengan sunnah Nabinya dan menolong agama Allah dan syariat-syariatNya.
"Allah benar-benar akan menolong hambaNya yang menolong agamaNya."
Kedua : Persiapan fizikal, iaitu mempersiapkan sejumlah kelengkapan dan alat-alat perang untuk melawan dan memerangi musuh-musuh Allah.
"Dan persiapkanlah bagi mereka apa-apa yang kamu sanggupi, dari kekuatan dan kuda yang ditambat yang akan menggentarkan musuh Allah dan musuh-musuh kamu."
Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa pertolongan dan kemenangan itu datang dengan izin Engkau kerana ia adalah milik orang-orang yang bertaqwa kepadaMu, mengikuti petunjukMu, berjihad melawan nafsunya di jalanMu serta melawan musuhMu dengan segala kekuatan yang disanggupi. Sesungguhnya kami yakin bahwa syurga yang luasnya seluas langit dan bumi telah dipersiapkan untuk para muttaqin, mujahidin dan shobirin.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top