
Antara persembahan ialah nasyid dari Kumpulan Saff One, Huffaz dll serta 2 Clown bersama belon-belon untuk anak-anak yang kita cintai merasa gembira menyambut hari bahagia selepas berpuasa di bulan Ramadhan.
Pihak Penganjur juga menyediakan Menu asas seperti nasi himpit, lodeh, rendang, sate, soto, kueh mueh, minuman sejuk dan panas dll serta menu yang ditunggu-tunggu kambing golek! Pihak IKRAM Daerah di seluruh Selangor juga akan menyumbang menu tambahan mengikut kesesuaian dan persediaan masing-masing.
Lokasi ini amat unik kerana berhadapan dengan Tasik yang indah serta angin yang berhembus begitu nyaman! Disamping ada taman permainan dan pondok untuk keluarga berehat dan bermain bersama anak-anak. Jika perlu bawa tikar sendiri. Surau dan Bilik air disediakan.
Semoga kehadiran antum semua akan mengeratkan ikatan silaturrahim dan meningkatkan kasih sayang dan perpaduan ummah dan masyarakat. Jika ada Tabung untuk kemanusiaan mahupun tawaran sumbangan Lot sedeqah untuk wakaf Kompleks IKRAM sila bawa cek anda/tunai!
Mohon sebarkan pada semua ahli dan rakan!
Sebarang pertanyaan: Ibu Pejabat IKRAM: Cik Masayu : 03-89453666 (waktu pejabat) SU Sel: Hj Ridzuan: 0192347101
0 comments:
Post a Comment