Terkini...




0

Slot Wanita & Palestine sempena Program Penghayatan Ramadan Wanita Masjid Ar-Raudhah Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor.


 
Assalamualaikum, Ramadan Kareem.

Alhamdulillah pada 4 Ogos 2012 telah berlangsung program berkenaan yang merupakan anjuran bersama  JKK Kg Sg Kelambu dan Biro Wanita Masjid Ar-Raudah Kg Sg Kelambu serta IKRAM & Aqsa Syarif Kuala Langat,. Program yang dihadiri lebih 70 orang ini dimulakan dengan solat Dhuha dan Hajat, kemudian peserta dibahagikan kepada kumpulan tadarus dan majlis khatam al-Quran.

Pengisian Wanita & Palestine kemudiannya disampaikan lebih 1jam oleh Ukhti Norhasyimah Ismail, Pegawai Pojek Aqsa Syarif Pusat berjaya menarik minat peserta dengan perkongsian kisah dan pengalaman yang dilalui sendiri semasa menyertai misi AG2G yang lalu. Paparan gambar-gambar serta video yang diambil sendiri, benar-benar memberikan kesan kepada jiwa hadirin. 

Seusai ceramah, peserta mengerumuni pameran dan gerai AQSA SYARIF yang disediakan. Seorang peserta asyik membelek-belek hasil kfar@ sarung bantal hasilan tangan wanita Palestine yang berharga RM200, "Makcik tak ada duit la, boleh tak minta izin nak cium sarung bantal ni...sekurang-kurangnya dapat mencium bau tangan wanita Palestine yang hebat dan tabah tu...." itulah antara bait kata yang menyentuh hati petugas. 

Memang diakui, cenderamata yang dibawa khas dari Palestine memang cantik dan menarik tetapi harganya agak mahal, yang paling murah ialah key chain berharga RM15 menyebabkan peserta yang kebanyakannya suri rumah dan bekerja kebun hanya membelek-belek sahaja cenderamata berkenaan. Walau bagaimanapun jumlah derma yang berjaya dikutip melalui program ini amat menggalakkan iaitu berjumlah RM1170.00 berbanding jualan hanya berjumlah RM299.00 sahaja. 

Cikgu Yusri
Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Langat
019-3866570

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top