Terkini...




0

Tahniah... Iftar Jamai' IKRAM Kuala Langat 1433H

Salam,

Tahniah atas kehadiran ke majlis iftar Ikram K Langat semalam di Baitun Nur. Kehadiran yang ramai khususnya anak2 muda menjanjikan sinar masa depan yang gemilang untuk dakwah di Kuala langat, InshaAllah.

Jzzk kepada Tuan Rumah, Akhi Abdullah Sani, KW dan team akhawat yang menyediakan juadah istimewa , Ustaz Asmadi yang memberikan tazkirah, anak2 muda yang bergilir2 mengimami solat Terawih, dan semua ikhwah akhawah dan keluarga masing2 yang hadir bersama.

Kita juga mendoakan anakanda kepada akh Dr Adib yg terluka di dahinya cpat sembuh.
Semoga usaha kita memburu Lailatul Qadar akan terus diperhebat lagi...

Hj Mohamad Kamaludin
YDP IKRAM Kuala Langat
0

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADAN 1433H IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA-SAMA MASYARAKAT ASLI DAN MUALLAF PULAU CAREY


Salam,

Di sertakan sebahagian gambar2 yang sempat ana ambil... cuma x berapa clear. Pimpinan Ikram Kuala Langat dan Ikhwah & akhawat sedang menyantuni
masyarakat orang asli setempat.  

Sempat bermuayasyah dgan revert yang sudah bersama Islam lebih 20 tahun Nor Aliah Abdullah kalau x silap namanya. Masuk Islam ketika berumur 23 tahun.
Berkahwin dengan seorang jejaka melayu dari Pahang semasa bertugas jadi cleaner. Masuk Islam setelah sembuh dari penyakit bila diberi kawan muslimnya minum air yasiin yang didoakan. Mulanya tak percaya tapi dengan kehendak Allah sembuh dan terus berazam untuk masuk Islam. Pergi ke Pejabat agama diShah Alam
untuk mohon masuk Islam. Keluarga mak ayah tak suka dan x benarkan balik rumah. Dia x berani balik rumah selepas Islam. Alhamdhulillah selepas beberapa 
waktu ibunya sendiri cari dia supaya pulang semula ke rumah. Sebelum ini tinggal di perkampungan Asli Bukit Bangkung Sepang baru 6 bulan pulang semula 
ke Pulau Carey selepas ibunya minta balik kampung.  Suaminya x dapat datang sebab kerja shift malam. 

Pengalaman sebelum islam, persepsi massyarakat asli di sini jadi orang melayu ni susah ( bukan jadi orang islam ) kena sembahyang, puasa x boleh makan,banyak pantang larang susah.....jadi orang asli non muslim senang semua boleh buat x ada pantang larang. 

Perkongsian selepas islam katanya hatinya rasa tenang, ada matlamat hidup,lebih teratur kehidupan,tidak terburu-buru - sabar (kebiasaan orang asli ni agak gelojoh/x sabar terutama bila dapat makanan @ bantuan - contohnya macam jamuan berbuka puasa ni. Perasan dia ni sebab beratur ambil makanan last sekali dan pinggan pun dah habis, cuma sempat ambil makanan untuk anaknya sahaja.  

Ada 3 orang anak yang sulung perempuan sudah berumur 20 tahun. Ada 3 orang adik beradik yang lain masih belum Islam. Pernah juga ajak mereka tapi mereka tak mahu masuk Islam.  Ana dan Akh Anuar ajak dia dakwah pada emak dan keluarganya. Hari raya nanti ajak keluarganya datang rumah jamuan raya, tunjuk akhlak yang baik. Banyak doa mudah2an emak & kelurganya dapat masuk Islam dan sama-sama masuk syurga. Rasanya x pandai nak dakwah emaknya tapi bila ingatkan dia macammana masuk Islam dulu dia teringat kena ajar ucap syahadah. Dia azam nak dakwah emaknya.

Sebelah ana ada seorang lagi yang memang islam sejak lahir sebab emak ayahnya dah masuk Islam berkahwin ada 6 orang anak,  suaminya orang Pakistan x hadir majlis. Sempat ingatkan didik anak solat, tutup aurat dan banyak sabar walaupun cabaran besar sebab mejoriti Sg Judah ni orang Asli yang non muslim..

Wallahua'lam
Jamal
0

Slot Wanita & Palestine sempena Program Penghayatan Ramadan Wanita Masjid Ar-Raudhah Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor.


 
Assalamualaikum, Ramadan Kareem.

Alhamdulillah pada 4 Ogos 2012 telah berlangsung program berkenaan yang merupakan anjuran bersama  JKK Kg Sg Kelambu dan Biro Wanita Masjid Ar-Raudah Kg Sg Kelambu serta IKRAM & Aqsa Syarif Kuala Langat,. Program yang dihadiri lebih 70 orang ini dimulakan dengan solat Dhuha dan Hajat, kemudian peserta dibahagikan kepada kumpulan tadarus dan majlis khatam al-Quran.

Pengisian Wanita & Palestine kemudiannya disampaikan lebih 1jam oleh Ukhti Norhasyimah Ismail, Pegawai Pojek Aqsa Syarif Pusat berjaya menarik minat peserta dengan perkongsian kisah dan pengalaman yang dilalui sendiri semasa menyertai misi AG2G yang lalu. Paparan gambar-gambar serta video yang diambil sendiri, benar-benar memberikan kesan kepada jiwa hadirin. 

Seusai ceramah, peserta mengerumuni pameran dan gerai AQSA SYARIF yang disediakan. Seorang peserta asyik membelek-belek hasil kfar@ sarung bantal hasilan tangan wanita Palestine yang berharga RM200, "Makcik tak ada duit la, boleh tak minta izin nak cium sarung bantal ni...sekurang-kurangnya dapat mencium bau tangan wanita Palestine yang hebat dan tabah tu...." itulah antara bait kata yang menyentuh hati petugas. 

Memang diakui, cenderamata yang dibawa khas dari Palestine memang cantik dan menarik tetapi harganya agak mahal, yang paling murah ialah key chain berharga RM15 menyebabkan peserta yang kebanyakannya suri rumah dan bekerja kebun hanya membelek-belek sahaja cenderamata berkenaan. Walau bagaimanapun jumlah derma yang berjaya dikutip melalui program ini amat menggalakkan iaitu berjumlah RM1170.00 berbanding jualan hanya berjumlah RM299.00 sahaja. 

Cikgu Yusri
Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Langat
019-3866570
0

HALAQAH & IFTAR IKRAMTEENS SMK BANDAR BANTING

Alhamdulillah, Khamis 9 Ogos 2012, saya dan ukhti Nor Aisah telah mengendalikan halaqah IkramTeens SMKBB. Program dihadiri seramai 11 putra dan 13 putri. Program dimulakan dengan Tazkerah diikuti dengan tilawah hingga waktu iftar diikuti dengan solat maghrib berjemaah.

Program berakhir selepas makan malam. InsyaAllah program susulan akan dibuat selepas ini dengan meletakkan target untuk mengadakan qiam bersama di 10ramadan terakhir.

Sekian, wasalam.
0

Perjuangan Mendapatkan Taqwa


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Ada satu perkataan yang sangat penting dalam Al Qur'an. Perkataan itu adalah taqwa.

Mengapa?

Ini adalah kerana taqwa merupakan :
  1. Tujuan dari diturunkannya Al Qur'an.
  2. Tujuan dari diutusnya Rasulullah saw.
  3. Pra-syarat meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (QS Al Baqarah : 197)

Sesungguh, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila dalam khutbah Jumaat, khatib sentiasa mengajak jamaah untuk bertaqwa.

Salah satunya yang tersebut dalam ayat berikut :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (QS Ali Imran : 102)

Tidak kurang dari 15 kali perkataan taqwa berulang dalam Al Qur'an. Perintah bertaqwa (ittaqu) pula berulang sebanyak 69 kali sedangkan perkataan 'muttaquun' atau (orang-orang yang bertaqwa--jamak) sebanyak 6 kali dan 'muttaqiin' (orang bertaqwa--tunggal) sebanyak 43 kali.

Perkataan 'taqwa' diambil dari akar kata 'waqaa-yaqii' yang bermakna menjaga (melindungi) dari bencana atau sesuatu yang menyakitkan.

Pendapat lain menyatakan bahwa perkataan ini diambil dari akar kata 'waqwaa', kemudian huruf 'wau' pada awalnya diganti dengan 'ta'' sehingga berbunyi 'taqwa', yang ertinya terhalang.

Ada ungkapan yang dinilai sebagai berasal dari Rasulullah saw yang menyatakan 'al-taqii muljam' bahwa orang bertaqwa itu terkawal lidahnya.

Ungkapan ini bermakna sikap berhati-hati. Demikianlah huraian Dr Quraish Shihab tentang makna taqwa dalam bukunya 'Secercah Cahaya Ilahi'.

TAQWA BUKAN SEKADAR RITUAL

Persamaan perkataan taqwa dengan sikap berhati-hati terungkap dalam percakapan antara Umar bin Al Khatthab dengan Ubay bin Ka'ab.

Ketika itu, Ubay bertanya kepada Umar tentang makna taqwa.

Khalifah yang kedua ini kemudiannya bertanya balik, "Pernahkah engkau berjalan di tempat yang penuh duri?

Ya pernah, ungkap Ubay.

Apa yang engkau lakukan? tanya Umar kembali.

Tentu aku sangat berhati-hati melaluinya!"  jawab Ubay.

"Itulah yang dinamakan taqwa", tegas Umar.

Jadi, orang yang bertaqwa adalah orang yang berhati-hati dalam bersikap di mana segalanya penuh perhitungan manakala kefahaman, emosi dan gerakan fizikalnya benar-benar dipandu oleh peraturan Ilahi agar seiring dan sejalan.
  1. Mereka tidak mahu menerima wang, kecuali wang tersebut didapati dengan cara yang dibenarkan.
  2. Mereka tidak mahu makan, kecuali makanan yang terjamin kehalalannya, baik zatnya atau cara mendapatkannya.
  3. Mereka tidak mahu berbicara, kecuali pembicaraannya benar dan tidak menyakiti.
  4. Mereka tidak mahu berniaga, kecuali perniagaannya tidak merugikan orang, barang yang dijual terjamin kehalalannya, tidak melanggar undang-undang dan tidak tersentuh unsur riba.
Intipatinya, dalam perkara apa pun, orang yang bertaqwa sentiasa menyertakan sikap berhati-hati yang bersumber dari keinginan untuk menyelaraskan diri dengan peraturan Allah swt.

Dalam bahasa pengurusan, orang yang bertaqwa adalah orang yang 'pro-aktif'.

Ertinya, ia mampu :

"Memanfaatkan ruang antara stimuli (rangsangan) dan respons (tindakan) untuk berfikir sesuai dengan prinsip."

Secara mudahnya, orang yang bertaqwa itu sentiasa melibatkan fikiran dalam setiap tindakannya sehingga tindakan yang dihasilkan dapat dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat kerana selalunya berasaskan kepada prinsip-prinsip Ilahiyah.

Contohnya, seorang pegawai di pejabat menerima sampul surat berisi wang dua ribu ringgit. Ini merupakan satu stimuli.

Apakah respons pegawai ini?

Jika ia seorang 'muttaqin', maka ia tidak akan menerima sampul surat tersebut begitu sahaja.

Ia akan bertanya :
  1. Sampul surat ini dari siapa?
  2. Untuk apa?
  3. Apakah sesuai dengan prosedur yang sedia ada?
  4. Apakah ianya halal untuk diambil?
  5. Apakah tidak menyalahi nilai-nilai kejujuran dalam agama?
Jika memang sampul surat itu hak dirinya serta terjamin kehalalannya, maka ia terima. Namun jika tidak, ia menolak walaupun dipaksa.

Itulah respons yang didahului oleh proses berhenti sejenak untuk berfikir dan menyesuaikan diri dengan prinsip-prinsip Ilahi.

Dalam apa perkara pun, tidak semestinya yang hanya berkaitan dengan wang, malah tindakan dan ucapannya juga benar-benar terkawal dan penuh dengan sikap berhati-hati.

Sebenarnya, sikap berhati-hati dan mengawal diri akan menjamin keselamatan seseorang di dunia dan akhirat di samping ianya sebagai sebab bagi mengundang datangnya pertolongan Allah.

Firman Allah swt :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya." (QS At Thalaq : 2-5)

Sebaliknya, sikap suka menceroboh dan tidak mengawal diri akan membuatkan seseorang binasa.

Hampir semua masalah bermula dari tidak adanya sifat taqwa (kecerobohan, kurang perhitungan, kurang kawalan).
  1. Perkelahian boleh berlaku kerana tidak berhati-hati menjaga lidah.
  2. Terjerumusnya seseorang ke lembah hitam boleh bermula dari sikap kurang berhati-hati memilih pergaulan.
Maka jelaslah, taqwa itu tidak hanya sekadar diukur dengan jumlah ibadah-ibadah ritual semata-mata bahkan ianya mesti wujud dalam kehidupan seharian.

Benarlah firman Allah swt di awal tadi agar kita menjadikan taqwa sebagai bekalan.

RAMADHAN DAN SIKAP BERHATI-HATI

Ramadhan yang sedang kita jalani sekarang ini sebenarnya menjadi momentum yang tepat untuk menumbuhkan sikap berhati-hati.

Selama satu bulan penuh kita :
  1. Dilatih untuk tidak berkata kecuali yang baik, benar lagi sesuai dengan keadaannya.
  2. Dilatih mengendalikan perut untuk tidak makan makanan haram bahkan makanan halal secara berlebihan.
  3. Dilatih mengendalikan mata bukan sahaja dari memandang yang haram dipandang, tapi juga dari memandang hal-hal yang membawa kepada pembaziran.
  4. Dilatih menjaga panca indera lain dan perasaan agar semuanya terkawal.
Intipatinya, Ramadhan melatih kita menjadi manusia yang sentiasa berhati-hati.

Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (QS Al Baqarah : 183)

PUASA MEMBUAHKAN TAQWA

Bagaimana caranya supaya puasa kita mampu mencapai darjat taqwa yang hakiki?

Dalam banyak penulisan Imam Al-Ghazali dan Imam Al-Qusyairi, kedua-duanya sangat menyarankan untuk berpuasa dalam tingkatan hakikat, namun tingkatan hakikat ini tidak dapat diraih dengan begitu mudah bahkan ianya perlu bertahap dari fasa 'syariat' ke fasa 'thariqat' dan akhirnya menuju ke destinasi 'hakikat'.

Pada fasa syariat ini, seorang muslim perlu memahami dalil-dalil syari'e dan hukum sah dan batalnya puasa.
Kemudian ia diseru untuk meningkatkan puasanya ke tahap selanjutnya, iaitu thariqat di mana selain puasa secara lahiriah (syariat), ia juga mesti berpuasa dari aspek batinnya seperti :

1.      Mencela.
2.      Memaki.
3.      Bohong.
4.      Bertengkar.
5.      Berfikir tentang yang perkara-perkara yang boleh menaikkan hawa nafsunya.
6.      Melakukan perkara-perkara buruk yang boleh membuatkan rusaknya nilai puasa.
7.      Meninggalkan ibadah-ibadah wajib dan sunah yang rutin dikerjakan.

Jadi pada fasa thariqat, seorang muslim dituntut untuk lebih kreatif dan produktif dengan semakin meningkatkan amalan-amalan lainnya. Apabila seorang muslim tersebut tetap istiqamah dalam kedua fasa tersebut maka ia sedang menuju tangga hakikat.

Oleh kerana itu, ia mesti mampu merasakan dengan kesedaran penuh bahwa dengan puasa ia sebenarnya sedang berhubungan dengan Allah swt sehingga apapun yang kita kerjakan dan lakukan, samada ketika berpuasa ataupun saat di luar ibadah puasa, ia sentiasa merasa dijaga dan diawasi serta berada dalam aturan nash-nash dan semata-mata lillahi ta`ala.

Inilah yang dimaksudkan berada dalam tingkatan hakikat.

Pendekata :

a.       Puasa secara syariat adalah 'khidmatullah' (Ubudiyah kepada Allah).
b.      Puasa secara thariqat adalah 'qurbatullah' (Mendekatkan diri kepada Allah).
c.       Puasa secara hakikat ialah 'maiyyatullah' (Merasakan kehadiran Allah dalam setiap keadaan).

Akhirnya, puasa di bulan Ramadhan bukan hanya melaksanakan syariat, tetapi juga untuk mengembalikan kita pada fitrah dan kesucian.

Maka, bagi mereka yang membersihkan diri (tazkiyatun nafs), adalah sayugia untuk sampai kepada 'idul fitri'.

Yang jelas bahwa dengan melaksanakan peraturan Allah dengan penuh keikhlasan akan memudahkan kita menuju menjadi manusia yang sempurna iaitu manusia yang tidak lagi bergantung kepada sesuatu yang lain samada kebendaan ataupun jawatan kerana segala keperluaannya telah dipenuhi dan dijamin oleh Yang Maha Sempurna.

Bukankah Allah swt berfirman :

"Dia telah memberikan kepadamu segala keperluan dari apa-apa yang kamu mohonkan. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah maka tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan ingkar" (QS Ibrahim : 34)

Jadi, benarlah yang diceritakan di atas bahwa kita yang mempunyai mata, telinga, mulut, tangan dan segala panca indera atau diberi akal dan hati tetapi sangat jarang bersyukur kapada Tuhan.

Padahal kalau kita renungkan bahwa dengan matalah, kita dapat melihat dan berpengetahuan, namun ketika kita mengetahui segala sesuatu yang terlihat dengan mata itu, kita jarang memikirkan kenapa mata dapat melihat dan siapakah yang menciptakannya.

Maka dengan melaksanakan puasa secara sesungguhnya, kita sedang dibina untuk menjadi manusia yang bertaqwa.

Untuk menjadi manusia yang bertaqwa, tentunya dilakukan dengan proses yang panjang. Ia diwajibkan berakhlak mulia, taat dan patuh terhadap perintah dan larangan agama dan hal ini termasuk melaksanakan puasa.

Apabila seorang muslim melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, maka ia dianggap sebagai orang yang bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Inilah sebabnya puasa Ramadhan diakhiri dengan idul fitri iaitu perayaan di atas kemenangan umat Islam yang berhasil mensucikan dan membersihkan dirinya dari perkara-perkara yang nista dan kotoran-kotoran jiwa.

Sebenarnya, kesucian dan kebersihan itu dipertahankan atau dijadikan "benteng" dari terpaan-terpaan negatif di bulan-bulan lain sehingga wajarlah apabila Rasulullah saw merasa sedih bila berada di penghujung hari-hari Ramadhan kerana khuatir takut nanti jiwa yang bersih dan suci itu akan dikotori oleh perkara-perkara yang akan membawa kepada dosa.

Oleh kerana itu, seorang muslim di katakan buruk apabila hari ini lebih buruk dari kelmarin.

Selain itu, ia juga dikatakan rugi jika kelak selepas Ramadhannya itu, ia tidak meningkatkan kualiti hidup atau menurun kuantiti dan kualiti ibadahnya.

Mereka inilah yang digelar sebagai tidak berhasil dan tidak berprestasi dalam puasa Ramadhannya.

Inilah yang diperingatkan dalam sebuah hadits bahwa :

"Ramai di antara orang yang berpuasa hanya mendapatkan rasa lapar dan dahaga, dan ramai orang yang solat malam (namun) yang didapatkannya itu hanya terjaga dari tidur (belaka)." (HR Ahmad dan Hakim)

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kami kali ini sebagai medan perjuangan untuk kami harungi segala halangan dan ujian bagi mencapai matlamat yang telah Engkau tetapkan iaitu mendapat hadiah ketaqwaan yang akan menjadi benteng keselamatan bagi iman kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
0

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADAN 1433H IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA MASYARAKAT ASLI DAN MUALLAF PULAU CAREY




5.00 ptg  Ketibaan tetamu & Pendaftaran.
Pemeriksaan Kesihatan oleh IKRAMhealth
Pameran Palestine oleh AQSA SYARIF
Tazkirah Ramadan oleh Ust Muhamad Asmadi Mustakim (TYDP IKRAM Kuala Langat)
7.30 mlm Berbuka Puasa & Solat maghrib berjamaah.
Makan Malam
8.50 mlm Solat Isyak & Terawikh8+witir3
Penyampaian sumbangan & Moreh
10.00 mlm Bersurai.
__,_._,___


0

Jilsah Tadarrus dan Mabit Wanita Ikram Kuala Langat


Pada 29 Julai 2012 (Ahad), Ikram Kuala Langat, mengadakan Jilsah Tadarrus dan Mabit Wanita Ikram Kuala Langat di Masjid Rahimiah, Taman Sri Andalas, Klang.

Lebih 30 orang peserta hadir terdiri dari ahli wanita Ikram daerah, rakan ahli wamita Ikram serta anak2 IPT dalam dan luar negara yang sedang bercuti semester. .

Acara diisi dgn ucapan aluan KW Daerah, Solat Dhuha bersama, Tazkirah oleh Ustazah Siti Zainon Abdul Wahid
dan tadarrus Al Quran secara berkumpulan. Peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan dgn jangkaan akan dapat menghatamkan bacaan Quran yang telah dibahagikan juzuk2 yang perlu dihabiskan.

Program diakhiri dgn solat zohor berjamaah dengan ahli jamaah masjid sebelum 2 petang. .

Aqsa Syarif daerah jg telah membuka meja jualan di ruang hadapan pintu masjid. Selain menjual barangan Aqsa Syarif, ada juga ahli yang menjual jubah dari timur tengah.

Sebelum bersurai JK masjid mengumumkan bubur lambuk telahpun siap untuk agihan jamaah yang berminat di ruang dapur masjid.

Tahniah kepada JK penganjur. Moga majlis ini diberkati Alah hendaknya.

Selain dari itu pada 28/7 juga telah diadakan program tadarrus bersama masyarakat wanita di dua surau iaitu di Surau AnNur Bandar Puteri, Klang dikendalikan oleh group usrah Ust Marhamah dan JK Muslimat Surau An Nur dan di Surau Fatimah di Taman Perwira anjuran Aqsa Syarif.

Ahli wanita Ikram Daerah diketuai olih group usrah umum( Surau Fatimah ) Cikgu Noraznayanti terlibat langsung mengendalikan penyertaan muslimat dalam tadarrus yang jg dimulai dgn solat dhuha dan tasbih.

Peserta program di Surau Fatimah jg terdiri dari lelaki dan wanita penduduk Taman Desa Wira.






0

IFTAR JAMAI' IKRAM KUALA LANGAT


Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top