Terkini...




0

Program Palestin di Masjid DiRaja Sultan Ala'eddin, Jugra, Kuala Langat.


LAPORAN: SESI PERKONGSIAN DI MASJID DIRAJA SULTAN ALA'EDDIN,KG.BANDAR, JUGRA, KUALA LANGAT ,SELANGOR.-6 JULAI 2012.

Perjalanan ke Pekan Jugra pada petang Jumaat ,6 Julai 2012 ,membawa ana kepada satu amanat...menyampaikan pesanan 'Salam ukhuwwah dari saudara se aqidah di bumi barakah,Gaza,Palestin kepada saudara kita dibumi Malaysia....setibanya ana di perkarangan Klinik Dr.Siti Zariah, Teluk Panglima Garang,Kuala Langat ,Selangor disambut mesra oleh Ukhti Hjh Dr,.Siti Zariah yang telah menunggu kedatangan ana bersama anakanda beliau, Ukhti Hanani Hj.Abdullah Sani.

Kami terus ke perkarangan Dewan bersebelahan Masjid setelah selesai solat asar pada petang yang hening tersebut. Suasana di sekitar Dewan telah pun tersedia dengan penyediaan barangan jualan Palestin oleh AJK Aqsa Syarif & IKRAM Kuala Langat.Kelihatan bantin Aqsa Syarif di pasang di luar Dewan.
Kaum wanita kariah Masjid & anak-anak,pelajar Perempuan ,Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar,Jugra,Kuala Langat,Selangor. (http://mitibjugra.edu.my/ ) telah pun bersedia memasuki dewan dengan penuh ketenangan mengambil tempat duduk masing-masing.
Ana mulakan dengan sedikit pengenalan sejarah ringkas bumi barakah Palestin seperti yang termaktub dalam Al Quran ,sejarah peradapan Bani Israel semenjak zaman Nabi Isyak & Nabi Yaakub yang dikenali dengan nama "Israel".Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang.

Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.Namun kisah kehancuran mereka yang mendapat kutukan Allah atas keingkaran mereka terhadap perintah Allah dalam kitab Taurat, mereka telah dihalau keluar dari bumi barakah Palestin(Filistin) & hidup melata.
Seterusnya keberkatan Bumi Palestin ana kongsi dengan ayat 1 surah Isra' serta dua buah Hadis sahih riwayat Imam Bukhari & Imam Ahmad ,Ibnu Majah,Abu Dawud & Tabarani..

Maymunah Bint Saad (ra), "Wahai Rasulullah,maklumkan kepada kami mengenai Bayt Al-Maqdis (Jerusalem)". Baginda bersabda, "Lawati untuk solat". Beliau bertanya lagi, "Jika seorang daripada kita tidak boleh melawat, apa yang patut kita lakukan"? Baginda bersabda, "Jika kamu tidak boleh pergi untuk solat  hantarlah  minyak utk digunakan bagi menyalakan  lampunya, Ianya seolah-olah dia telah berdoa di dalamnya".
Hadis yang penuh bermakna ini mengingatkan kita tentang saranan Rasulullah saw tentang tuntutan Umat Islam bagi menyelamatkan Masjid Suci Al Aqsa di bumi Baitul Maqdis.

Jika kita tidak mampu kesana dengan "jihad fi sabilillah" maka kita usahakan dengan harta benda,wang ringgit ,kemampuan akal fikiran,idea,saranan & lain-lain.

Kita diberikan dua pilihansamada untuk bersama-sama bertindak dalam perjuangan ini atau hanya berdiam diri menunggu kemenangan yang hampir.
Kemudian ana kongsikan juga pengalaman kaum wanita Gaza yang hidup dalam keperitan,kepayahan dalam serba kekurangan, namun semangat mereka untuk meneruskan kehidupan tetap disanjung & menjadi obor pembakar semangat juang kepada pejuang-pejuang agama di bumi Allah.Mereka bagaikan pelita yang menyinari kegelapan malam.

Kegigihan mereka dalam mengharungi kehidupan mendapat perhatian Anggota misi kali ini, kami seakan-akan berada di lembah yang selamat di tengah medan pertempuran.Perkongsian dalam pemusafiran kali ini benar-benar menyentuh ke lubuk hati wanita untuk wanita.Projek kaum Wanita Rose2Rose yang di terajui oleh Aqsa Syarif benar telah membuahkan usahasama yang amat baik.Segala bentuk bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia telah disalurkan ke Bumi Barakah Gaza dalam pelbagai misi yang telah & akan dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat.

Perkongsian beberapa buah sedutan video juga dikongsi kepada para pelajar.Semangat anak-anak di Dar Al Quran Al Karim Wa sunnah yang cintakan Ilmu dapat dilihat dengan jelas.Mereka merebut peluang untuk berkongsi ilmu bersama kami. Sungguh kekuatan dalaman mereka menimba ilmu amat terserlah.
Di slot soal jawab,seorang pelajar dari beberapa orang  pelajar, amat berminat & banyak bertanya soalan tentang keberadaban Yahudi Zionis...beliau baru berusia 16 tahun..MasyaAllah  ,munculnya 'srikandi' Palestin yang memang Aqsa Syarif sedia untuk menggalas serta menyantuni.

Jazakallahu khairan kathira & tahniah! kepada Aqsa Syarif Kuala Langat serta Ikram Kuala Langat atas penganjuran program ini.

Nota: Aqsa Syarif Kuala Langat akan menyusuli dengan beberapa lagi slot program Palestin bersama masyarakat dalam masa terdekat ini....Ramadhan Kareem!

Noorazian Anidin
Koordinator Aqsa Syarif Ampang Jaya.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top