Terkini...




0

IHYA' RAMADHAN 1433H @ 28 JUL 2012


0

PUASA DAN TARBIYAH RUHIYYAH


Penulis: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (Putrajaya)

Antara kehebatan Islam ialah ia dapat menyeimbangkan di antara material dan ruh dalam nisbah yang seimbang di mana seseorang itu mampu menikmati kepuasan dengan kedua-duanya serentak. Material adalah asas terbinanya jasad untuk menguatkannya bangun melakukan ibadat kepada Allah SWT. Begitu juga ruh merupakan asas dari sudut maknawi dalam diri manusia itu agar dia berupaya mengecapi kemanisan Iman dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Din (agama) dan Sayyidina Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.
Al-Quran telah menegaskan hakikat ini melalui firman Allah Azzawajalla:

﴿وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾ (77)
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas: 77)

Seorang muslim yang benar dan kuat Imannya akan menjadikan Allah SWT sebagai matlamat bagi segala amalannya, asasnya berdasarkan firman Allah Azzawajalla:

﴿قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ﴾(162)
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Al-Ana'am: 163)


Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah merupakan asas terpenting tarbiyah ruhiyah dan penyucian hati. Ia merupakan rawatan yang amat efektif bagi membuang segala jenis penyakit hati seperti keras hati, malas melakukan ketaatan dan menunaikan ibadat, sempit dada, penyakit lalai daripada mengingati Allah Ta'ala hingga terjerumus ke lembah pelbagai maksiat.

Puasa adalah perisai bagi jiwa manusia:

Puasa adalah madrasah tarbiyah ruhiyah, di mana ia membangunkan adab bagi jiwa manusia serta membetulkannya, membersihkan hati-hati manusia daripada mengabdikan diri kepada harta, menguat dan memperdalamkan keimanan kepada Allah Ta'ala, menyucikan ruh dan jasad daripada kezaliman material, seterusnya memelihara manusia daripada kekotoran syahwat kebinatangan jasad bilamana syariat Allah dicerobohi pada bulan mulia ini.

Puasa melindungi jiwa manusia daripada api neraka. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad hasan daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW:
Allah berfirman: 'Puasa itu adalah perisai yang berfungsi melindungi hamba daripada api neraka dan puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalasnya.


Kesan-kesan puasa dari sudut ruhiyyah:

Kesan puasa dari sudut ruhiyyah banyak, antaranya sebagai contoh:

Pertama: Puasa menambahkan ketaqwaan dan kebaikan, memeliharanya daripada penyelewengan dan maksiat. Asasnya adalah tarbiyah ruhiyyah. Allah SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾ (183)
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

Ayat ini menerangkan bahawa matlamat daripada puasa itu ialah taqwa.

Kedua: Puasa membawa kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan serta memelihara jiwa manusia daripada ketakutan dan kerisauan. Seorang muslim akan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan justeru membuat persediaan sebaik-baiknya kerana mengingati sabda Rasululllah SAW:
"Saat menjelangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu-pintu neraka dan dirantai segala syaitan". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Puasa melatih jiwa seseorang membiasakan diri dengan doa dan ibadat, lalu akan memeliharanya daripada sifat takabbur. Doa orang yang sedang berpuasa mustajab. Di tengah-tengah ayat-ayat puasa terdapat ayat tentang doa:
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾(186)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam Qadar yang kelebihannya lebih baik dari 1,000 bulan di mana orang yang berpuasa sentiasa digalakkan memperbnyakkan doa yang baik seperti hadis riwayat Aisyah RA berbunyi:
"اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني"

Keempat: Puasa menyuburkan jiwa seseorang muraqobah dalaman, di mana dia merasai bahawa Allah Azzawajalla sentiasa meniliknya dalam setiap urusan hidupnya. Badannya berpuasa, anggotanya berpuasa dan hatinya berpuasa. Dengan demikian puasa memeliharanya daripada setiap sesuatu yang akan merosakkan pahalanya. Allah SWT berfirman:
﴿وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير﴾ٌ(4)
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan".
Rasulullah SAW bersabda:
اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك""  
"Dan beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, kalau demikian maka percayalah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu".

Kelima: Puasa akan menambahkan seseorang keikhlasan dalam beramal seraya menjauhkannya dari sifat nifaq, riya' dan sombong. Puasa hanya bagi Allah Azzawajalla semata-mata dan hanya Allah yang membalas pahala orang yang berpuas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Rabbil Izzah, firmanNya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فهو لي وأنا أجزي به  
"Setiap amalan anak adam adalah baginya kecuali puasa, puasa itu kepuyaanKu dan Akulah yang akan membalasnya".

Keenam: Puasa melatih jiwa seseorang untuk berjihad dan memeliharanya daripada bersifat pengecut dan takut. Bermujahadah dengan jiwa yang sentiasa inginkan makan, minum, syahwat, sabar, kesusahan dan sebagainya akan memberi kekuatan kepadanya berjihad melawan musuh-musuh Islam.

Rawatan penyakit hati/jiwa

Puasa merupakan banteng bagi jiwa manusia dari terjerumus ke lembah maksiat yang terang maupun yang tersembunyi, dek kerana orang yang berpuasa sentiasa hidup dalam suasana keimanan di antara bacaan Quran, qiam, doa dan ibadat bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh.
Puasa juga merupakan ubat yang berupaya merawat hati yang keras kerana ia boleh melunakkan hati kepada Allah SWT yang telah menciptanya dan mengurniakan rezki kepadanya. Dia (Allah) lah juga yang akan memati, memasukkanya ke kubur, membangkitkannya kembali dan seterusnya menghisabnya pada hari yang tiada manafaat lagi harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Maka puasa adalah rawatan yang amat efektif menyelesaikan masalah futur (rasa lemah) yang menghinggapi jiwa manusia lalu bermalas-malaslah dia daripada melakukan ketaatan, ibadat di mana seorang yang berpuasa akan selalu bersama para hamba Allah di majlis-majlis zikir dan doa.

Pesanan buat pemilik hati yang berpuasa

Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyah hati agar ikhlas kepada Allah dan membersihkannya daripada sifat nifaq dan riya'.
0

Hebahan MIPHC: JOM SIMPAN TARIKH 4 OGOS 2012 (SABTU) & TEMPAH sekarang!





MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE 2012

Dengan Tema 

'JOURNEY TO JANNAH'

Tarikh

4 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433H


Tempat
 
Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3, Putrajaya
 

Aturcara & Masa
 
                                                4.00 ptg    :    Ketibaan Jemputan/Penyumbang
5.00 ptg    :    Forum  "Journey To Jannah"
          Panelis    :    Sham Kamikaze & Loo Jo Yee
          Moderator    :    Ally Iskandar
7.29 mlm    :    Iftar / Solat Maghrib
8.00 mlm    :    Makan Malam & Persembahan
9.00 mlm    :    Solat Isya'/ Tarawih
10.00 mlm    :    Tazkeerah dan Moreh

Jom persiapkan diri menambah amal di bulan Ramadhan yang mulia ini! Ajak keluarga dan kawan-kawan untuk berkongsi , jemput saudara baru untuk diraikan nanti.  Hubungilah kami untuk tempahan meja/kerusi dan sumbangan:

Sekretariat Program

Cik Alya 013-3137685
En Umair 017-6422868
Cik Shaharina 019-6743954
En Joannes 013-3040834
Pejabat 03-41073379


Antara bentuk sumbangan yang ditawarkan adalah :

Pakej Meja / kerusi :

RM 10,000.00 (1 Meja=10 kerusi) @ RM 1,000.00 (1 kerusi)
RM 5,000.00 (1 Meja=10 kerusi) @ RM 500.00 (1 kerusi)
RM 3,000.00 (1 Meja=10 kerusi) @ RM 300.00 (1 kerusi)
RM 1,000.00 (1 Meja=10 kerusi) @ RM 100.00 (1 kerusi)

Tuan/puan juga bolehlah menyumbang / membayar menggunakan e-banking atau pindahan atau tunai ke akaun berikut :

BIMB  - "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA" - 1202 9010 0628 12


4 OGOS 2012 - SAVE THE DATE & BOOK NOW!


0

Program Palestin di Masjid DiRaja Sultan Ala'eddin, Jugra, Kuala Langat.


LAPORAN: SESI PERKONGSIAN DI MASJID DIRAJA SULTAN ALA'EDDIN,KG.BANDAR, JUGRA, KUALA LANGAT ,SELANGOR.-6 JULAI 2012.

Perjalanan ke Pekan Jugra pada petang Jumaat ,6 Julai 2012 ,membawa ana kepada satu amanat...menyampaikan pesanan 'Salam ukhuwwah dari saudara se aqidah di bumi barakah,Gaza,Palestin kepada saudara kita dibumi Malaysia....setibanya ana di perkarangan Klinik Dr.Siti Zariah, Teluk Panglima Garang,Kuala Langat ,Selangor disambut mesra oleh Ukhti Hjh Dr,.Siti Zariah yang telah menunggu kedatangan ana bersama anakanda beliau, Ukhti Hanani Hj.Abdullah Sani.

Kami terus ke perkarangan Dewan bersebelahan Masjid setelah selesai solat asar pada petang yang hening tersebut. Suasana di sekitar Dewan telah pun tersedia dengan penyediaan barangan jualan Palestin oleh AJK Aqsa Syarif & IKRAM Kuala Langat.Kelihatan bantin Aqsa Syarif di pasang di luar Dewan.
Kaum wanita kariah Masjid & anak-anak,pelajar Perempuan ,Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar,Jugra,Kuala Langat,Selangor. (http://mitibjugra.edu.my/ ) telah pun bersedia memasuki dewan dengan penuh ketenangan mengambil tempat duduk masing-masing.
Ana mulakan dengan sedikit pengenalan sejarah ringkas bumi barakah Palestin seperti yang termaktub dalam Al Quran ,sejarah peradapan Bani Israel semenjak zaman Nabi Isyak & Nabi Yaakub yang dikenali dengan nama "Israel".Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang.

Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.Namun kisah kehancuran mereka yang mendapat kutukan Allah atas keingkaran mereka terhadap perintah Allah dalam kitab Taurat, mereka telah dihalau keluar dari bumi barakah Palestin(Filistin) & hidup melata.
Seterusnya keberkatan Bumi Palestin ana kongsi dengan ayat 1 surah Isra' serta dua buah Hadis sahih riwayat Imam Bukhari & Imam Ahmad ,Ibnu Majah,Abu Dawud & Tabarani..

Maymunah Bint Saad (ra), "Wahai Rasulullah,maklumkan kepada kami mengenai Bayt Al-Maqdis (Jerusalem)". Baginda bersabda, "Lawati untuk solat". Beliau bertanya lagi, "Jika seorang daripada kita tidak boleh melawat, apa yang patut kita lakukan"? Baginda bersabda, "Jika kamu tidak boleh pergi untuk solat  hantarlah  minyak utk digunakan bagi menyalakan  lampunya, Ianya seolah-olah dia telah berdoa di dalamnya".
Hadis yang penuh bermakna ini mengingatkan kita tentang saranan Rasulullah saw tentang tuntutan Umat Islam bagi menyelamatkan Masjid Suci Al Aqsa di bumi Baitul Maqdis.

Jika kita tidak mampu kesana dengan "jihad fi sabilillah" maka kita usahakan dengan harta benda,wang ringgit ,kemampuan akal fikiran,idea,saranan & lain-lain.

Kita diberikan dua pilihansamada untuk bersama-sama bertindak dalam perjuangan ini atau hanya berdiam diri menunggu kemenangan yang hampir.
Kemudian ana kongsikan juga pengalaman kaum wanita Gaza yang hidup dalam keperitan,kepayahan dalam serba kekurangan, namun semangat mereka untuk meneruskan kehidupan tetap disanjung & menjadi obor pembakar semangat juang kepada pejuang-pejuang agama di bumi Allah.Mereka bagaikan pelita yang menyinari kegelapan malam.

Kegigihan mereka dalam mengharungi kehidupan mendapat perhatian Anggota misi kali ini, kami seakan-akan berada di lembah yang selamat di tengah medan pertempuran.Perkongsian dalam pemusafiran kali ini benar-benar menyentuh ke lubuk hati wanita untuk wanita.Projek kaum Wanita Rose2Rose yang di terajui oleh Aqsa Syarif benar telah membuahkan usahasama yang amat baik.Segala bentuk bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia telah disalurkan ke Bumi Barakah Gaza dalam pelbagai misi yang telah & akan dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat.

Perkongsian beberapa buah sedutan video juga dikongsi kepada para pelajar.Semangat anak-anak di Dar Al Quran Al Karim Wa sunnah yang cintakan Ilmu dapat dilihat dengan jelas.Mereka merebut peluang untuk berkongsi ilmu bersama kami. Sungguh kekuatan dalaman mereka menimba ilmu amat terserlah.
Di slot soal jawab,seorang pelajar dari beberapa orang  pelajar, amat berminat & banyak bertanya soalan tentang keberadaban Yahudi Zionis...beliau baru berusia 16 tahun..MasyaAllah  ,munculnya 'srikandi' Palestin yang memang Aqsa Syarif sedia untuk menggalas serta menyantuni.

Jazakallahu khairan kathira & tahniah! kepada Aqsa Syarif Kuala Langat serta Ikram Kuala Langat atas penganjuran program ini.

Nota: Aqsa Syarif Kuala Langat akan menyusuli dengan beberapa lagi slot program Palestin bersama masyarakat dalam masa terdekat ini....Ramadhan Kareem!

Noorazian Anidin
Koordinator Aqsa Syarif Ampang Jaya.

0

Remaja Raikan Ramadhan di Masjid Nurul Huda



Salam.

Program Remaja Raikan Ramadhan - 3R di Masjid Nurul Huda Olak Lempit Banting.

Tepat jam 9.00 pagi majlis bermula. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Selamat Amat Judi, Ketua Kampung, Kampung Olak Lempit (merupakan Pengerusi Ketua2 Kampung Negeri Selangor).

Kehadiran sungguh amat memberangsangkan dengan penyertaan 129 peserta, berumur 13 hingga 17 tahun, walaupun kami hanya menyediakan keperluan untuk 100 peserta sahaja. Kami juga terpaksa menerima 3 peserta bawah 13 tahun yang merayu-rayu agar dapat turut serta kerana pernah hadir pada tahun lepas. Atas dasar kasih sayang, kami juga menerima mereka untuk turut serta.


Akhy Hafiz Bai dibantu 9 fasilitator mengendalikan sepenuhnya program ini.


Sekarang sedang dalam sesi 'Rumah Ku Sepanjang Ramadhan' @ Rumah Kediaman Mu Sepanjang Ramadhan.


Dikongsikan foto-foto sehingga kini.


Zulkipli Said
Langsung dari Dewan Solat
Masjid Nurul Huda
0

Program Majlis Sambutan Semarak Ramadhan bersama Asnaf Zakat

Program Majlis Sambutan Semarak Ramadhan Bersama Asnaf Zakat

15 Julai 2012 / 25 Syaaban 1433H (Ahad)
8.00 Pagi
Masjid Ar-Raudhah, Sungai Kelambu, Banting

  • Sumbangan Beras kepada Asnaf Zakat
  • Ceramah "SUASANA RUMAH KITA DI BULAN RAMADHAN' - Ustaz Muhammad Asmadi Mustakim (JAIS & TYDP IKRAM Kuala Langat)
Sumbangan dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukkan ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 12074010054933 (IKRAM KUALA LANGAT). Sila hubungi Sdr Anuar 019-3789026 untuk maklumat lanjut.
Anjuran Bersama:
IKRAM KUALA LANGAT
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
MASJID AR-RAUDAH SG. KELAMBU
0

3R BEST. Jom Recharge IMAN

 
 
0

Kempen menghadiahkan Kurma sempena Ramadan 1433H.


 
Assalamualaikum wbt,

Kepada Yg Berbahagia Dato'/Tuan/Puan/Encik/Saudara/Saudari;

Ramadan bakal menjelang lagi. Kita digalakkan mengucapkan kata-kata mengalu-alukan kehadiran Ramadan kepada semua sebagai tanda kegembiraan kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Sebagai tanda kesyukuran diberi kesempatan oleh Allah untuk berada dibulan mulia ini, marilah kita menghadiahkan KURMA yang terbaik kepada saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan kita yang mudah-mudahan apabila dengan kurma ini mereka berbuka nanti, kita akan memperolehi pahala yang berlipat ganda.

Aqsa Syarif Kuala Langat mengadakan KEMPEN MENGHADIAHKAN KURMA SEMPENA RAMADAN 1433H  yang diharapkan melaluinya, kita akan menyemarakkan Sambutan Ramadan tahun ini disamping memberi ruang kepada pembeli untuk menyumbang sebahagian daripada hasil jualannya kepada Tabung Palestin.

Aqsa Syarif menawarkan 2 produk kurma terbaik di pasaran iaitu:

MEHR KURMA BERTANGKAI dengan harga RM13.00 sekotak@500grams atau RM130.00sekarton (12kotakX500grams) KURMA QASSEIM dengan harga RM10.00 sekotak@500grams atau RM110.00 sekarton (12kotakX500grams).

Sebarang tempahan/pertanyaan sila hubungi  wakil Aqsa Syarif Kuala Langat :
En Yusri (019-3866570)
Hj Jumiran (019-3678204) 
En Anuar (019-3789026)
En Samsudin (016-3627193)
Pn Alistri (016-3627194)
Hj Abdullah Sani (016-6059494)

Sekian, wasalam.

"MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA"

Mohamad Yusri Dahrumi
Wakil Aqsa Syarif Kuala Langat
019-3866570
#Mohon sebarkan makluman ini kepada semua rakan dalam maillist tuan/puan. Terima kasih.
__._,_.___
0

PROGRAM RAMAH MESRA UTK PEMUDA & REMAJA

 
 
0

PROGRAM RAMAH MESRA & REHLAH UTK PEMUDA & REMAJA

 
 
0

PROGRAM KAMI MENANTIMU WAHAI RAMADHAN



Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top