Terkini...




0

PELANCARAN KRM-KELAB REMAJA MASJID DIRAJA SULTAN ALA’EDDIN KG BANDAR

KRM-KELAB REMAJA MASJID DIRAJA SULTAN ALA’EDDIN KG BANDAR DILANCARKAN 


Setelah selesai majlis,dari kiri Cikgu Azhar, Prof.Madya Razalli Hashim, Hj Abdullah Sani dan Ust.Anas Ayob(Pengetua MITIB)

AHAD, 29 Mei 2011 .

Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kampung Bandar telah dengan  jayanya melancarkan Kelab Remaja Masjid atau ringkasnya KRM.

Penubuhan Kelab Remaja ini adalah hasil kerjasama di antara AJK Masjid Diraja Sultan Ala’eddin dan  JKKK Kg Bandar dengan dibantu oleh badan bukan kerajaan IKRAM Malaysia Cawangan Kuala Langat. Kelab Remaja Masjid ini dianggotai oleh oleh anak-anak berumur diantara 10 hingga 17 tahun, dengan dua kategori umur iaitu 10-12 tahun dipanggil Remaja Junior dan 13-17 tahun dipanggil Remaja Senior. Penganjur merancang untuk mengadakan aktiviti secara berkala setiap bulan dan lebih kerap lagi sewaktu cuti sekolah. Manakala setiap aktiviti dimulakan dengan ceramah motivasi  kemudian diikuti dengan satu aktivti luaran  seperti gotong royong  atau  mendaki bukit atau khidmat masyarakat atau lawatan ketempat-tempat menarik,  dan  penutup kepada setiap program ini anak-anak ini akan dibawa mandi di kolam renang yang berdekatan dengan masjid ini. Setiap program akan tamat setelah peserta selesai mengerjakan solat zohor secara berjamaah di masjid.  Pihak penganjur yakin dengan gabungan kedua-dua kaedah iatu  pengisian dan aktiviti luaran akan dapat menambah minat dan penglibatan oleh anak-anak  remaja. Tiada sebarang  bayaran dikenakan kepada anak-anak remaja ini dengan syarat mereka mendaftar menjadi Ahli Kelab Remaja Masjid (KRM) ini. Lihatlah betapa seronoknya anak-anak ini …..(Foto di atas)


Bakal generasi pelapis masa hadapan… (foto kanan)

Program penubuhan kelab ini berlansung dari pagi hingga ke solat zohor dan telah  dihadiri lebih  80 orang peserta walaupun pihak penganjur pada awalnya menganggarkan kehadiran hanya disekitar 40 orang sahaja. Menurut pengendali program Hj Abdullah sani dan Dr Hjh Siti Zariah Jali, program ini merupakan program yang pertama kali diadakan di masjid ini. Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti yang bermanfaat untuk remaja , membantu anak-anak memahami dan beramal dengan Islam dan yang terpenting adalah mengisi masa cuti persekolahan dengan aktitivit yang menarik dan berfaedah serta dapat membina syahsiah mereka . Bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan tahun ini pula khususnya UPSR , mereka akan dibantu bagi mempersiapkan  diri menghadapi peperiksaan tersebut dengan menyediakan sessi mengulangkaji bersama-sama dengan dibantu oleh guru-guru di kampung ini.

 
Prof. Madya Rozalli Hashim menyampaikan ceramah

 S/U Masjid; Cikgu Azhar menyampaikan cenderamata

Anak-anak MITIB turut memeriahkan majlis

 Bergambar kenangan


Bagi pengisian  ceramah motivasi pula pihaknya menjemput Profesor Madya Rozalli Hashim dari Uitm Shah Alam.Beliau juga merupakan ahli PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA Daerah Klang. Penceramah berjaya  membuka minda anak-anak kepada keperluan mengimarahkan masjid dan menjadikan masjid pusat  aktiviti mereka, juga sebagai tempat meningkatkan ilmu dan amalan agama. Anak-anak juga ditekankan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam akademik bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Program pada hari ini ditutup dengan persembahan nasyid dari anak-anak Maahad Integrasi Sains Dan Teknologi Istana Bandar atau ringkasnya MITIB dan solat zohor secara berjemaah.


Ibu-ibu turut memberikan sokongan, membantu 
Laporan oleh:
Hj Abdullah Sani Sahbudin  dan 
Hjh Dr Siti Zariah Haji Jali
(AJK Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kg.Bandar)
(AJK IKRAM Daerah Kuala Langat)

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top