Terkini...




0

MUKHAYYAM WANITA KUALA LANGAT 2011

3hb April, 2011.
 
Alhamdulillah, Biro Wanita Ikram Kuala Langat telah berjaya menganjurkan buat julung-julung kalinya mukhayam akhawat Kuala Langat pada 2hb dan 3hb April. The Woods Resort, Ulu Yam telah menampung kami seramai lebih kurang 70 orang (termasuk ikhwah dan anak-anak) dengan  penyertaan peserta terdiri daripada akhawat Kuala Langat  dan Staff  Tadika & Taska Naim. Dengan tema "Ukhuwah Teras Kegemilangan",antara aktivitinya ialah Inilah Kami (ice breaking) , riadhah, permainan ukhuwah, Kembara Ukhuwah (treasure hunt) , Kembara Hati (Qiyam Qualiti dalam hirasah) dan kemahiran survival (kemahiran membakar roti di hutan).

Rombongan peserta menaiki sebuah bas dan beberapa kereta  tiba di  tapak perkhemahan sekitar 8.30 pagi hingga 11.30 pagi 2hb April dan bertolak pulang sekitar 12.00 tengahari 3hb. Mudah-mudahan program ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama akhawat dan melancarkan gerakerja dakwah di Kuala Langat untuk masa-masa akan datang.  Gambar2 sekitar program untuk dimuatkan dalam portal ikram kuala langat akan dihantar kemudian. InsyaAllah, post mortem program akan diadakan dalam waktu terdekat untuk laporan penuh program Mukhayyam Wanita 2011. Segala doa daripada sahabat bagi kelancaran program ini diucapkan jazakumullah hu khairan kathira.

NOOR ALISTRI ISMAIL
S/U Program

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top