Terkini...




0

Daurah Usrah 1

Salam~

Alhamdulillah pada 12/3 yang lepas JK Tarbiah IKRAM K.Langat telah dapat menjayakan satu KPI IKRAM iaitu berusaha menambah keahlian dengan mengadakan Daurah Usrah 1, bertempat di Pusat Komuniti Ikram K.Langat di Sri Andalas. Tema program kali ini : Ukhuwwah Teras Kegemilangan.
2 Sesi penyampaian dikendalikan oleh Ust Marhamah & Haj Nahar menggantikan Ust Norhisham Ahmad( Ketua Lujnah Tarbiah Daerah). Tajuk : Ukhuwah Teras Kegemilangan dan Dakwah dan Jamaah.

Antara objektif program ialah:
1. Menyantuni ahli serta rakan aktif sehingga akhirnya dapat turut menyumbang dalam aktiviti dakwah setempat.

Kehadiran peserta sekitar 19 orang ahli 00. Jumlah kehadiran semua 30 orang termasuk AJK. Beberapa ahli 01 juga turut serta .Peserta terdiri daripada ahli usrah 00 dan rakan ahli yang merupakan madhu berpotensi yang bercita2 sama utk terlibat/menyumbang dalam aktiviti dakwah & kebajikan masyarakat setempat..

Ada beberapa peserta yang telah mengisi borang seusai program dijalankan. Diharap selepas ini lebih ramai peserta yang akan bertindak sama. Para Nuqaba' diharap akan meneruskan usaha menyantuni mereka.

Setelah berbincang dengan AJK pelaksana ,kami berpandangan program ini wajar dibuat bersiri utk peserta2 yang telah hadir. Jika perlu mungkin sehingga 4 siri sehingga akhirnya penyertaan mereka dgn semangat kesukarelawanan yang tinggi itulah yang diharapkan apabila menjadi ahli di akhirnya.

Dikongsikan beberapa gambar.
Jzkk & Tahniah  kepada semua AJK dan semua yang menyumbang tenaga dll sehingga program ini berjaya dilaksanakan, wlpn pd hari yang sama, sebenarnya  ada 3 program di KLangat, program Remaja diketuai oleh Ukht Nor Azanayanti & Dr Zariah, yg diadakan dgn kerjasama Surau Tmn Perwira , Program Aqsa Syarif dan Daurah Nuqaba' ini yg di ketuai oleh Pengarah Program Ukht Nor Aishah Bahrin.
Sekali lagi tahniah dan syabas..

Sekian.
Ust Marhamah
JK Tarbiah Daerah.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top