Terkini...




0

LAPORAN AQSA2GAZA DI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

LAPORAN AQSA2GAZA DI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
 
10 FEB 2011

 
Salam.
 
AQSA2Gaza di Kolej Matrikulasi Selangor ini telah dihadiri oleh lebih 1300 orang yang terdiri dari pelajar dan pensyarah kolej berkenaan. Ceramah yang penuh bersemangat dan bertenaga oleh Ust Hasanudin selama hampir 2jam begitu menarik minat hadirin mengikutinya. Malah para pelajar termasuk yang bukan beragama Islam berlumba-lumba menjawab soalan kuiz spontan yang diberikan. Selepas selesai ceramah, hadirin dihiburkan pula dengan bacaan sajak dan nasyid bertemakan kemanusiaan yang disampaikan sendiri oleh pelajar (yang menurut Pengarah Hal Ehwal pelajar, inilah kali pertama pelajar membuat persembahan nasyid dalam mana-mana majlis di kolej ini).
 
Program malam tersebut berjaya mengumpul sumbangan derma berjumlah RM1718.65 (disertakan slip bank) manakala jualan produk kita yang diadakan sejak jam 5.30petang berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan berjumlah RM5460.00 (Rekod tertinggi jualan dalam satu program-Alhamdulillah). Coklat sebanyak 600keping habis sebelum program tamat. Ramai yang kecewa tidak sempat membeli. Buku-buku dari JIMedia khususnya yang berkaitan dengan isu Palestine juga mendapat sambutan yang menggalakkan.
 
Secara keseluruhan, pihak Kolej Matrikulasi Selangor amat berpuashati dengan perjalanan program tersebut dan mengharapkan semoga kerjasama dengan kita akan berterusan pada masa depan. Doakan moga ruang yang subur untuk dakwah ini mampu kita isi dengan sebaik-baiknya.
 
Ana mengambil kesempatan merakankan ucapan jazakallah kepada semua, pihak Ust Hasanudin bersama isteri dan anak-anak yang turut hadir, kepada semua ikhwah-akhawat Kuala Langat yang membantu secara langsung dan tidak langsung

 
Mohamad Yusri Dahrumi

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top