Terkini...




0

Anakku- Kini Kau Sudah Bergelar Perajurit

Assalamualaikum,

Tanggal 15 Jan 2011, kini tercipta satu sejarah bagi kami sekeluarga khususnya  kerana anak kami Abd Azim akhirnya telah di tauliahkan sebagai Leftenan di dalam TLDM. Tidak dapat di bayangkan betapa gembiranya melihat si anak bersama hampir 300 org lagi pegawai kadet yg lain melakukan kawat hormat di Raja dan menerima watikah perlantikkan sebagai pegawai Tentera dari DYMM Agong pada majlis tersebut. Alhamdulillah bukan nya mudah bagi pelajar SMI/Tahfiz untuk melalui program lima tahun sebagai pegawai kadet di UPNM. Kami sendiri ada tikanya mempunyai perasaan untuk memberhentikan nya dari UPNM mengenangkan betapa sukarnya untuk dia menghadapi cabaran hidup sebagai pelatih/pelajar di UPNM. Dua cara hidup yang berbeza antara hidup sebagai pelajar awam dan pelajar tentera.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT berbekalkan tarbiyah yang di dapati selama 13 tahun di Hira, banyak membantunya untuk berjaya melepasi rintangan tersebut . Terima kasih semua pada mualim/ah di Hira yang pernah mendidk nya semasa di Hira'. Kini Hira' insyaAllah boleh berbangga dengan adanya anak didik Hira'yg memasuki dunia ketenteraan sebagai satu karier.

Jika di iznkan Allah,insyaAllah dia akan melangsungkan perkahwinannya juga dengan seorang bekas pelajar Hira pada 22hb Jan di Shah Alam nanti.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua warga Hira yang pernah mendidik nya.
Doakannya semoga terus berjaya dan dapat memimpin TLDM satu hari nanti. Sesungguhnya impian hari merupakan kenyataan hari esok.

Hanya satu gambar di sertakan kerna filenya besar.
Sila lawati Facebook saya Abd Razak Md Ali untuk melihat gambar2 yang kami rakamkan dalam upacara yg bersejarah bagi kami sekeluarga.

ARMA

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top