Terkini...




0

Fw: [AJK IKRAM] Membangun Keluarga Beruntung

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Berbicara masalah perkahwinan, seringkali orang menghubungkannya dengan "penyesalan".
  1. Ada orang yang menyesal mengapa tidak berkahwin sejak dahulu setelah ia merasakan banyak manfaatnya.
  2. Namun ada juga yang menyesal mengapa berkahwin setelah merasakan pahit getirnya hidup berumahtangga.

Sebagai orang yang beriman, kita mesti yakin bahwa berkahwin adalah ibadah. Ada banyak kebaikan di dalamnya. Kalau pun ada masalah, maka yakinlah bahwa itulah ladang amal dan wasilah untuk pendewasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt.

Persoalannya, bagaimanakah agar perkahwinan mendatangkan keridhaan Allah sehingga semakin lama usia sesuatu perkahwinan itu akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah.

Ada tiga (3) formula yang diterangkan dalam Al Quran dalam surah Al- Ashr.

Setiap kali bertambah hari, bertambah umur, kita akan kerugian kecuali tiga kelompok yang beruntung.

PERTAMA : RUMAHTANGGA YANG SENTIASA BERFIKIR KUAT BAGAIMANA KEYAKINAN KEPADA ALLAH AKAN TERUS MENINGKAT.

Semua kebahagiaan dan kemuliaan itu berkadar lurus dengan tingkatan keyakinan kepada Allah.

  1. Tidak ada orang yang ikhlas kecuali ia mesti yakin kepada Allah swt.
  2. Tidak ada kesabaran sebenar kecuali pengenalan yang sesungguhnya kepada Allah swt.
  3. Tidak ada orang yang zuhud kecuali orang yang faham akan kekayaan Allah swt.
  4. Tidak ada orang yang tawadhu' kecuali orang yang tahu akan kehebatan Allah swt.

Makin kita akrab dan kenal dengan Allah swt, semua perkara akan dipandang kecil. Setiap hari dalam hidup kita seharusnya kita fikirkan bagaimana kita akan dekat dengan Allah swt. Kalau Allah sudah mencintai makhluknya, segala urusan akan beres.

Oleh kerana itu, apa pun yang ada dirumah kita mesti menjadi jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Beli barang apa pun mesti barang yang disukai Allah supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah swt. Boleh mempunyai barang yang bagus tanpa diwarnai dengan takabur.

Persoalannya bukan benda mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah dapat dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak.

Rumah kita mesti bercirikan Allah "oriented". Kaligrafi dengan tulisan Allah beserta gambar-gambar masjid yang boleh mengingatkan kita kepada Allah.

Kita senang melihat rumah mewah tetapi suasana hendaklah Islamik. Jadikan semua harta benda kita alat dakwah dimulai dengan kereta sampailah kepada rumah yang kita miliki.

Apa yang ada dalam fikiran kita sebenarnya Allah sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang mesti kita fikirkan adalah bagaimana kita nak dekat dengan Allah, selebihnya, Allah yang akan mengurus urusan kita. Kalau hubungan kita dengan Allah bagus, semua urusan kita akan beres.

Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga.

Barangsiapa hatinya yakin kepunyaan Allah segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya.

Jadi, bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allahlah masalahnya.

KEDUA : RUMAHTANGGA YANG PALING PRODUKTIF DALAM KEBAIKAN.

Wang yang paling berkat adalah wang yang paling tinggi produktivitinya.

Kaya boleh, asalkan produktif. Boleh mempunyai rumah lebih dari satu asalkan diniatkan agar berkah demi Allah, itu akan beruntung.

Oleh kerana itu, teruslah mencari wang, bukan untuk memperkaya diri tapi untuk membahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukan dari umat ini.

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah.

Jadi fikiran kita bukan apa yang kita akan dapat tapi apa yang boleh kita perbuat?

Orang yang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan.

Selagi kita hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak akan dapat berbuat apa-apa.

Kalau sudah berusaha bersungguh-sungguh, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.

KETIGA : RUMAHTANGGA YANG DIHIASI DENGAN SALING NASIHAT MENASIHATI DALAM KEBENARAN DAN KESABARAN.

Kata-kata terbaik yang kita perlu keluarkan adalah yang berkaitan dengan meminta saranan dan nasihat.

  1. Anak-anak dinasihati supaya sentiasa patuh dan sayang kepada ibubapa.
  2. Suami menasihati isteri supaya sentiasa melaksanakan ketaatan kepada suami tercinta dan melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam keluarga.
  3. Ayah juga boleh meminta nasihat dari anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan kewibawaannya.

Kita tidak boleh menjadi penasihat yang baik sebelum kita menjadi orang yang boleh dinasihati.

Kita tidak akan dapat memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat.

Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kejayaan hidup.

Akhir sekali, membangun rumahtangga di mana ciri-ciri Islam dapat ditegakkan adalah menjadi kewajiban kepada setiap individu Muslim.

Apabila syakhsiah Islam telah berjaya dilahirkan dalam sesebuah rumahtangga itu maka barulah rumahtangga itu akan menjadi rumahtangga mithali dan menjadi "syurga" bagi penghuni-penghuninya sebagaimana konsep "Rumahku Syurgaku".

Setiap ahli dalam keluarga itu akan merasakan nikmat untuk berkorban dan melaksanakan tugas masing-masing bagi menjaga keharmonian dan kedamaian rumahtangga tersebut.

Inilah yang dinamakan "Jannatul Aajilah" iaitu Syurga yang dipercepatkan di mana suasana tenang dan damai dapat dirasai oleh setiap ahli dalam sebuah Baitul Muslim.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami sebagai penyejuk mata / hati kami dan jadikanlah kami pemimpin atau Imam orang-orang yang bertaqwa.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS


0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top