Terkini...




0

CINTA YANG SEMAKIN KABUR-siri 2

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, mana yang lebih berharga, kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga?

Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumah tangga.

Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawab si suami, "kerana isteri dan anak-anakku"

Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawapanya kerana suami dan anak-anak.

Malangnya, kita sering tertipu.

Betapa ramai antara kita yang telah melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak, semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa bahawa kemewahan hidup; harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencari matlamat.

Ertinya harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumah tangga kita.

Namun apa yang sering berlaku alat yang menjadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahgiaan rumah tangga sering dipertaruhkan dan tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita bekerja demi anak-anak, tetapi anehnya anak-anak kita abaikan mereka semasa bertungkus lumus bekerja.

Kita tidak sedar,

Kita terus memburu dan memburu.

Bangun daripada tidur, bergegas terus keluar bekerja.

Hampir senja baru pulang.

Tidak cukup dengan itu, ada pula kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Atau kita keluar bertemu pelanggan dalam kerja-kerja "part time".

Begitulah kita hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Ketika itu, hati kita masih mampu memberi alasan.

Aku sibuk.

Aku sedang mengejar kejayaan dalam karierku.

Sedikit masa lagi, nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.

Nantilah, aku akan ini, aku akan itu…

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah isteri, suami atau anak-anak "berkorban" sementara, nantilah kita akan bahagia!.

Jangan keliru.

Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Carilah bahagia yang ada di sepanjang jalan itu dengan sentiasa menggenggam rasa cinta selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.

Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya.

Jangan diabaikan cinta itu.

Tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua keadaan.

Antara hukum cinta yang paling diutamakan ialah cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya jangan kesibukan menyebabkan kita jarang memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat "kosmetik", tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasa.

Bersambung ............
 
ARMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top