Terkini...




0

Dulu Dia Yg Teruk, Kini Dah Baik!!!


Assalamualaikum,

Berjumpa dengan bekas pelajar yg pernah dibimbing melalui program usrah adalah sesuatu yg menyeronokkan. Apatah lagi melihat perkembangan yang menarik yg mereka tunjukkan.

Teringat saya akan bekas pelajar ini yg pernah mengikuti usrah saya sekitar 4 tahun lepas. Dia merupakan antara pelajar lemah dalam akedemik dan di tambah dengan masalah disiplin yg agak serius. Saya tahu ada beberapa guru ketika itu yang tak berapa senang dengan kumpulan ini. Setiap kali ada masalah berkaitan salah laku pelajar, maka dia antara yg pertama di 'suspect'. Di Hira mereka bergerak secara kumpulan dan kebanyakkan mereka mempunyai perangai dan perawatakan yg sama.

Di pendekkan cerita, selama setahun bersama dalam usrah, 3 dari mereka berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA (salah seorang dari mereka dah melanjutkan pelajar di seberang laut) , seorang bekerja dan seorang di Inst Latihan.

"Akh A buat apa sekarang??? tanya aku . "Nak cari kerja dan mungkin menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran pelajaran ke U, kalau ada rezeki. " Keputusan di Inst latihan dapat apa???, tanya aku.-"Cuma 3.4 CGPA jawabnya"- saya lihat slip keputusannya - 2A 4B-hebat tuuuu!!!!

Saya kagum dengan semangatnya yang ingin belajar lagi. Dia antara pelajar lemah di Hira dan pencapaiannya semasa SPM 4 tahun lepas, hanyalah 1A di samping beberapa C dan D dan E . Pernah dia datang meminta nasihat daripada saya berkenaan masa depannya.

Alhamdulillah setelah berbincang, saya bawa dia berjumpa dengan kenalan saya di Ins latihan dan dia di tawarkan belajar di situ di bidang Sijil Elektrik. Pencapaiannya cemerlang dan sekali lagi dia datang meminta nasihat untuk langkah seterusnya. Maka saya bawa dia berjumpa dengan kawan saya di Inst Latihan Lanjutan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Sekali dia menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjadi antara pelajar terbaik di Peringkat Diploma kursus tersebut.

Selain dari Sijil dan Diploma, dia juga memperolehi sijil kemahiran elektrik dan saya kira dengan semuanya itu , senang-senang jika dia memasuki pasaran pekerjaan sepenuhnya, maka gajinya akan sebanding dengan mereka kelulusan ijazah.

Apa yang saya ingin bawakan disini, bahawa budak-budak yang lemah jangan kita sisihkan tetapi cuba cungkil dimana potensi diri mereka yang boleh kita bangunkan. Pelajar yang lemah, ataupun yang mempunyai disiplin kurang baik ada puncanya. Jika kita berjaya mencari puncanya, maka insyaAllah mereka akan menjadi manusia sebenarnya.

InsyaAllah berjumpa lagi dengan cerita lain berkenaan pelajar-pelajar Hira di sepanjang perjalanan saya. Sejuk mata memandang melihat mereka berjaya di ketika mana kita memasuki alam senja.

ARMA
0

GAZA WALK DAN KONVOI PALESTIN KUALA LANGAT


Salam, ramadan karem.

IKRAM Kuala Langat telah menggabungkan program GazaWalk dan Konvoi Palestine pada 21 Ogos 2010 di perkarangan Surau Al-Falah Pekan Banting. Program bermula jam 1.00 petang dengan pembukaan gerai pameran/jualan. Selepas solat Zohor, para remaja/pemuda IKRAM Kuala Langat dalam 4 kumpulan telah bergerak sekitar Bandar Banting seperti stesen bas Banting, teksi, bazaar Banting, kedai-kedai dan pasaraya (MEGAH dan Econsave) untuk mengedarkan risalah dan jualan cenderamata Palestine seperti mafla dan lencana juga mengutip tabung untuk Palestine.

Bermula jam 3.30 petang pula majlis pelepasan konvoi Palestine yang disertai sebanyak 12 buah kenderaan disempurnakan oleh Hasnul Baharudin (Ahli Majlis daerah Kuala langat). Konvoi singgal di Masjid Kampung Medan untuk solat Asar dan mengedaran risalah. Akhirnya konvoi selamat sampai di masjid Negeri Shah Alam pada jam 5.30 petang.
0

Program Penghayatan Ramadhan Kaum Ibu

Assalamualaikum.

Surau Fatimah Syeikh Soltan, Taman Pewira, Sijangkang telah dapat menjalankan program Penghayatan Ramadhan untuk kaum ibu dengan kerjasama akhawat IKRAM dengan lancar.

Seramai lebih kurang 40 orang kaum ibu telah hadir. Program dimulai solat Dhuha dan solat Hajat diimamkan oleh Ustazah Zainon dan solat Tasbih diimamkan Ustazah Hasnita.

Selesai solat tazkirah diberikan oleh Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat, Dr Ruziatun dengan tajuk tazkirah 'Puasa dan Kesihatan Wanita'. Gerai Aqsa Syarif juga telah dibuka.

Program ini telah dapat memperkenalkan IKRAM dan Aqsa Syarif kepada penduduk setempat selain ingat mengingati untuk menghayati Ramadhan yang mulia ini.

Noraznayati Abd Manap
0

Ihya Ramadhan Hawa 1431H


Salam, Ramadan Kareem.

Masjid Ar-Raudhan Kampung Sg Kelambu dengan kerjasama JKKK Kg Sg Kelambu dan IKRAM Kuala Langat telah menganjurkan program IHYA RAMADAN HAWA pada 28 Ogos yang lalu. Program yang dihadiri hampir 80orang yang terdiri dari kaum ibu dimulakan pada jam 8.30pagi dengan solat dhuha, hajat dan tasbih yang dipimpin oleh Ust Nor Hisham (Pengerusi Tarbiah IKRAM Kuala Langat). Kemudian Ust Nor Hisham memberikan tazkerah ramadan yang berjaya menarik perhatian pada hadirin. Selepasnya, Dr Ruziatun (Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat) pula memberikan pengisian disekitar tajuk "Ramadan dan Kesihatan". Program ditutup dengan program Khatam Al-Quran yang merupakan kesinambungan program tadarus yang disertai oleh kaum ibu sejak awal ramadan lagi. Program bersurai sebelum jam 1 petang.

Dalam program ini, gerai pameran dan jualan Aqsa Syarif turut dibuka dan berjaya menarik perhatian para hadirin. Dihujung program, jumlah derma Palestine yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM200.50. Program berkenaan menjadi platform untuk kami memperkenalkan IKRAM dan juga Aqsa Syarif kepada masyarakat.

Sekian, wasalam.
Cikgu Yusri.
0

Majlis Khatam Quran Masjid Sultan Alaeddin


Assalamualaikum wrb,

29/8/10 (Ahad), selesailah sudah program bersama kariah wanita Kg.Bandar dalam majlis Khatam Quran sebagai salah satu program penghayatan ramadhan. Program ini adalah program kemuncak kepada program tadarus yang diadakan setiap minggu dalam bulan ramadhan ini selain daripada program berkala yang berupa kuliah mingguan sebagai persiapan ramadhan termasuklah program tips kesihatan.

Program ini adalah anjuran Biro Wanita Masjid Sultan Alaeddin dengan kerjasama Maahad Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB) dan Aqsa Syarif / IKRAM K.Langat.
Dengan kehadiran sekitar 40 orang terdiri dari ibu2 dan anak2 remaja, Alhamdulillah program telah berjalan lancar.

Dimulai dengan solat sunat Dhuha, taubat, hajat dan tasbih dibawah pimpinan Ustazah Norwani dari MITIB dan diikuti dengan majlis berkhatam Quran.

Sessi tayangan multimedia palestin/Aqsa Syarif berjaya menarik perhatian para hadirin dan sedikit sebanyak memberi pendedahan dan kesedaran untuk membantu dengan membeli sambil menderma barangan yang dijual serta mengisi tabung palestin. Hasil kutipan dari jualan dan derma dianggarkan sekitar RM200.

Majlis diakhiri dengan tazkeerah oleh Pengetua MITIB, Y.Bhg. Ustaz Anas b. Ayob.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ikhwah/akhwat yang hadir Ukhti Dr.Fuziah, Ukhti Noor Alistri dan anak2, Ukhti Poniah, anakanda Amal dan lain-lain.
Prog ini Alhamdulillah dpt memperkenalkan IKRAM/AS kpd hadirin.

Wassalam
Ummu Salam
0

Majlis Iftar bersama PERKIM


MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SAUDARA BARU ANJURAN BERSAMA IKRAM KUALA LANGAT DAN PERKIM KUALA LANGAT.

IKRAM Kuala Langat berjaya membuka medan baru yang selama ini telah pun digerakkan di peringkat pusat iaitu program bersama saudara baru. Program ini dilaksanakan pada 28 Ogos 2010 yang lalu di pejabat Perkim Kuala Langat (selang satu blok dengan pejabat IKRAM Kuala Langat). Program dimulakan dengan Tazkerah ramadan yang disampaikan sendiri oleh YDP IKRAM Kuala Langat, Ust Asmadi Mustakim.

Dalam majlis ini, IKRAM telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang manakan Perkim menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan seperti beras, tepung, gula dan lain-lain kepada 21 keluarga saudara baru. Program berakhir sehingga selepas solat terawikh. Secara keseluruhan pihak Perkim amat mengalu-alukan kerjasama dengan pihak IKRAM dan amat berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Sekian, wasalam.
Cikgu Yusri
0

MAJLIS IFTAR BERSAMA PERKIM KUALA LANGAT DAN IKRAM KUALA LANGAT

'klik gambar di atas untuk besarkan'
0

MAJLIS IFTAR BERSAMA PERKIM KUALA LANGAT DAN IKRAM KUALA LANGAT

Assalamualaikum wbt.,

Ikhwah dan akhawat yang Allah kasihi.

Selamat menempuh Fasa Keampunan Allah, di fasa ke dua Ramadhan ini.

IKRAM Kuala Langat dalam usaha untuk mewujudkan kecemerlangan ukhuwwah bersama masyarakat, julung kalinya akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan bersama-sama dengan saudara-saudara (SB) yang bernaung di bawah Pertubuhan PERKIM Daerah Kuala Langat. Seramai 20 keluarga dijangka hadir dalam majlis tersebut. Pihak pengurusan PERKIM daerah amat mengalu-alukan program seumpama ini, demi merapatkan jurang perhubungan SB ini dengan masyarakat islam setempat.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 28/8/2010
Tempat : PERKIM Cawangan Kuala Langat
7 Jalan Emas 8
(Sebelah Restoran Pelanga & TESCO)
Bandar Baru Sungai Emas
Agenda :
5.45 ptg : Hadirin mengambil tempat
6.00 ptg : Ucapan Alu-aluan wakil PERKIM
6.10 ptg : Ucapan Aluan-aluan YDP IKRAM Kuala Langat
6.20 ptg : Tazkirah Ramadhan - Ustadz Mohd Norhisam Ahmad
7.20 ptg : Persediaan berbuka puasa
7.30-9.30mlm : Berbuka puasa, Solat Maghrib, Isyak & Tarawih berjamaah
9.35 mlm : Penyampaian sumbangan kepada SB (* tentatif *)
9.50 mlm : Bersurai


Sebagai urusetia, saya amat mengharapkan sumbangan ikhlas ikhwah dan akhawat, samada berupa kewangan, tenaga dan sebagainya sekelian untuk menjayakan majlis ini.


Ramadhan yang mulia ini, limpahilah dengan sumbangan/sedekah/zakat kepada salah satu asnaf zakat yang masih lagi berjinak-jinak dengan islam dan iman.

Sumbangan/sedekah/zakat boleh disalurkan kepada Bendahari atau saya sendiri sebelum majlis tersebut.

Ikhwah dan akhawat diminta hadir, terutamanya kepda Ahli Jawatankuasa Daerah.

Pohon doa antum agar majlis tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Jzkk
Setiausaha
0

Laporan Program Tadarus Al-Qur'an

Assalamualaikum wbt.,

Program Tadarus Al-Qur'an untuk akhawat Kuala Langat telah diadakan di Pejabat Utama semalam (22/8/10). Program pertama ini, walaupun kehadiran hanya 8 orang dewasa dan remaja, ini tidak mematahkan semangat para akahawat untuk meneruskan program tersebut yang bermula pada 9.30 pagi sehingga tamat pada jam 11.30 pagi.

Bagi pihak Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan jazakumullah kepada semua yang hadir.

Sama-sama mendoakan agar ia lebih berjaya di masa hadapan.

Dr Fuziah Osman
0

PROGRAM WANITA IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA MASYARAKAT

PROGRAM WANITA IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA MASYARAKAT 1. PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN
Tempat: Surau Fatimah Syaikh Sultan / Taman Pewira, Sijangkang.
Tarikh : Jumaat - 27 Ogos 2010.


2. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN HAWA – MUSIM KE 2
Tempat : Masjid Ar-Raudhah, Kampung Sg. Kelambu.
Tarikh : 28 Ogos 2010.
Agenda : Solat Taubat / Dhuha / Tasbih.
Tazkirah : Ustadz Mohd Norhisham Bin Ahmad.
Tips Sihat dan Ceria Sepanjang Usia : Dr Ruziatun Hashim.
PIC : Nor Aisah Baharin (Biro pendidikan Masjid Sg. Kelambu)


3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Tempat : Masjid Kampung Bandar.
Tarikh : Ahad - 29 Ogos 2010.
Agenda : Ceramah Ramadhan, Madrasah Kecemerlangan Ummah. : Ustaz Anas
Pengetua, MITIB Selangor, Kg Bandar
PIC : Dr Siti Zariah Jali (Biro Wanita Masjid Bandar)


Meja jualan barang-barangan AqsaSyarif.com dibuka setiap tempat program.
PIC jualan : Alistri Ismail & Dr Fuziah Osman.

Marilah beramai-ramai ya akhawat mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak perempuan kita / rakan-rakan usrah / jiran tetangga / rakanita bagi menyuburkan pembangunan rohani ahli keluarga dan masyarakat.


Jazakumullah
DR FUZIAH OSMAN
Penyelaras
Biro Keluarga dan Aulad
0

Program Penghayatan Ramadhan


' klik gambar untuk besarkan'
0

Tabung IKRAM Kuala Langat

0

Mari Berhenti Di Stesen Besar Iman

Assalamualaikum wbt.,

Air tidak pernah melawan kekuasaan yang Allah ciptakan untuknya.

Ia mencari dataran rendah dan menjadi semakin kuat apabila disekat serta menjadi nyawa kepada kehidupan.

Api pula sentiasa menjulang.

Udara sentiasa mencari daerah rendah dari kawasan yang tinggi sehingga angin pun mampu berhembus.

Sistem orbit yang wujud dalam keluarga galaksi membuatkan manusia mampu :
a. Mencipta alat pengukur waktu.
b. Menulis sejarah.
c. Mencatat musim.

Semuanya bergerak dalam suasana harmoni yang menakjubkan.

Ruh pun dengan karakternya sebagai ciptaan Allah menerobos kesukaran menjelmakan dirinya ketika suasana tarikan graviti ‘jasad di bumi’ memberatkan penjelajahannya menembusi halangan dan badai cakrawala.

Namun di bulan Ramadhan, ruh itu menjadi begitu ringan menjelajahi ‘langit ruhani’.

1. Cubalah cari bulan lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang dapat mengkhatamkan tilawah Al Quran satu, dua, tiga hingga empat kali dalam sebulan.
2. Cubalah cari saat lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang dapat berdiri lama di malam hari menyelesaikan sebelas atau dua puluh tiga rakaat.
3. Cubalah cari musim kebajikan lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang begitu dengan mudahnya melepaskan ‘ular harta’ yang membelitnya.

Inilah saat yang membuka seluas-luasnya kesempatan ruh untuk :
a. Mewujudkan dirinya.
b. Mendakap erat-erat fitrah dan karakteristiknya.

KEDEKATAN DIRI DI TENGAH KETERASINGAN

Manusia di zaman kini mungkin mentertawakan muslim Arab Badui yang bersahaja ketika ia bertanya:

“Ya Rasulullah, dekatkah Tuhan kita sehingga saya cukup hanya dengan berbisik sahaja atau jauhkah Ia sehingga saya mesti berseru kepadaNya?”

Bagaimanakah rupa hati di mana Tuhan tidak lagi bertakhta di sana?

a. Betapa miskinnya anak-anak zaman kini di saat mereka saling benci membenci dan bantai-membantai.
b. Betapa sengsaranya mereka ketika menikmati kebebasan tanpa batas iaitu makan- minum berlebihan, seks luar nikah, riba, rasuah, syahwat dan lain-lain padahal mereka masih berpijak di bumiNya.
c. Betapa sedihnya apabila para pendakwah sendiri pening kepala dalam menghadapi kehidupan dan persoalannya, padahal merekalah yang memberikan arahan serta menuturkan pesanan suciNya.

Semua ayat dari 183-187 surah Al-Baqarah berbicara secara terang tentang puasa. Hanya satu ayat yang tidak menyentuhnya secara terus, namun sukar untuk mengeluarkannya dari inti hikmah puasa.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (katakanlah): ‘Sesungguhnya Aku ini dekat…” (QS Al-Baqarah : 186)

Apa yang berlaku kepada manusia dengan hati yang kosong dari kedekatan ini?

Mereka menjadi pandai untuk tampil dengan wajah tanpa dosa di depan masyarakat umum.

Namun beberapa minit sesudah penampilan tersebut :
1. Mereka menjadi “Dracula” yang haus darah dan bukan lagi menjadi nyamuk yang zuhud.
2. Mereka menjadi lalat yang terjun terus ke bangkai-bangkai dengan rakusnya.

Bagaimana mereka menyelesaikan masalah antara mereka?
1. Tebang pokok berhektar-hektar, hancurkan hutan demi kepentingan peribadi dan keluarga.
2. Berjuta pil pembunuh mengisi kekosongan hati ini.
3. Berapa lagi bayi yang akan lahir tanpa status bapa yang syar’ie?
4. Berapa lagi rakyat yang menjadi keldai tunggangan ahli politik yang rakus?
5. Berapa banyak lagi ayat-ayat dan pesanan yang dibacakan sementara hati tetap keras membatu?
6. Berapa banyak mangsa yang berjatuhan sementara sesama saudara Muslim saling tidak peduli?


NUZUL QUR’AN DI HIRA’ DAN DI HATI

Ketika pertama kali Al Qur’an diturunkan, ia telah :
a. Menjadi petunjuk untuk seluruh manusia.
b. Menjadi petunjuk bagi mereka yang menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
c. Menjadi suatu yang benar-benar berguna bagi kaum yang beriman dan menjadi kerugian bagi kaum yang zalim.

Kelak akan tiba masanya apabila seseorang menyalahkan panduan-panduan Al Qur’an, padahal tanpa panduan-panduan tersebut, kehidupan akan menjadi kacau.

Ada juga orang yang berfikir bahwa malam Al Qadr itu telah selesai kerana Allah menyatakannya dengan “Anzalnahu” (kami telah menurunkannya) tanpa melihat secara mendalam kepada perkataan “tanazzalul Malaikatu wal Ruhu” (pada malam itu turun menurunlah Malaikat dan Ruh) dengan kata kerja yang bersifat tetap.

Apabila malam menjelang ketika matahari terbenam, siapakah mereka yang tidak dapat menemui malam samada ia :
1. Kafir atau mukmin?
2. Fasik atau soleh?
3. Munafik atau shiddiq?
4. Yahudi atau Nasrani?

Jadi apakah malam itu malam fizikal yang meliputi semua orang di sesebuah kawasan?

Jadi ketika Ramadhan di gua Hira’ itu, malamnya disebut malam Al Qadr, ketika turun sebuah pedoman hidup yang terbaca dan terjaga.

Maka betapa bahagianya setiap mukmin yang sedar dengan turunnya Al Qur’an di hati mereka pada malam qadarnya masing-masing, ketika jiwa menemui jati dirinya yang sentiasa merindui dan mencari Yang Maha Pencipta.

Yang tetap terbelenggu selama hayat di kandung badan ialah badan itu sendiri di mana ia tidak dapat melampiaskan kesenangannya kerana sentiasa ada keterbatasan bagi setiap kesenangan.

1. Batas makanan dan minuman yang lazat adalah keterbatasan perut dan segala yang lahir dari proses tersebut.
2. Batas kenikmatan bersama isteri ialah apabila menghilangnya kenikmatan di puncak kegembiraan.
3. Batas nikmatnya dunia ialah ketika ajal tiba-tiba menemui tempat berhentinya iaitu kematian.


BACA AL QUR’AN DAHULU, KEMUDIAN YANG LAIN

a. Bacalah Al Qur’an iaitu ruh yang menghidupkan.
b. Sinarilah kefahaman dengan sunnah.
c. Perkayakan wawasan dengan sirah.

Niscaya Islam itu terasa :
1. Nikmat.
2. Harmoni.
3. Mudah.
4. Lapang.
5. Serasi.

Al Qur’an membentuk bingkai berfikir.

1. Ia adalah garis perjuangan yang utama.
2. Nilai-nilainya menjadi kayu pengukur keadilan, kewajaran dan kesesuaian dengan karakter, fitrah dan watak manusia.
3. Penguasaan tema-temanya menghindarkan kita dari pandangan yang juzi’yah.

Seruannya dengan kelengkapan sunnah yang sederhana begitu menyentuh dan tidak dapat disangkal lagi bahwa ianya akan memudahkan orang :
a. Memahami Islam.
b. Menjauhkan dari perselisihan.
c. Menjana tenaga ummah.

Betapa dakwah Al Qur’an dengan madrasah “tahsin”, “tahfiz”dan “tafhim”nya telah membangkitkan kembali semangat keislaman lebih-lebih lagi di jantung tempat kelahirannya sendiri di mana ahlinya sentiasa menjadi pelopor jihad di garisan hadapan jauh sejak awal sejarah ummat ini bermula.

1. Apabila Rasulullah saw meminta orang menurunkan jenazah, dimintanya yang paling banyak penguasaan Qur’annya.
2. Bila menyusun komposisi pasukan, diletakkannya pasukan mereka yang lebih banyak
hafalannya.
3. Bahkan di permulaan dakwah, apabila di Tanya : ‘Siapakah yang berani membacakan surah Ar Rahman di Ka’bah?’. Lalu tampil Ibnu Mas’ud dengan berani dan tidak menyesal atau takut walaupun pingsan dipukul oleh musyrikin kota Makkah.


PUASA ADALAH DAKWAH, TARBIYAH, JIHAD DAN DISIPLIN

a. Orang yang ditempa dengan makan sahur di saat enaknya manusia lain yang tertidur lelap.
b. Orang yang berdiri lama di malam hari dalam qiyam Ramadhan setelah siangnya berlapar dahaga.
c. Orang yang menahan segala pembatal puasa zahir dan batin.

Sudah semestinya golongan di atas mampu mengatasi masalah-masalah dakwah dan kehidupannya tanpa :
a. Keluhan.
b. Keputusasaan.
c. Kepanikan.

Musuh-musuh ummat ini semestinya belajar untuk mengerti bahwa :
1. Bayi yang dilahirkan di tengah badai tidak akan gentar menghadapi deruan angin.
2. Yang biasa menggenggam api jangan diancam dengan percikan air.

Mereka adalah ummat yang biasa :
1. Menentang kedinginan air di akhir malam.
2. Lapar dan dahaga di bawah panas terik matahari siang.
3. Memburu dan menunggu sasaran perjuangan, jauh sehingga sampai ke akhirat negeri keabadian dengan kekuatan keyakinan yang melebihi kepastian fajar menyingsing.

Namun bagaimana mungkin kita boleh mengajar orang lain sedangkan kita tidak mampu memahami ajaran kita sendiri?

Yang tidak punya apa-apa tidak akan mampu untuk memberi apa-apa.

1. Wahyu pertama turun di bulan Ramadhan.
2. Pertempuran dan inisiatif awal di Badar juga di bulan Ramadhan.
3. Kemenangan dan pembukaan wilayah juga berlaku di bulan Ramadhan.

Ini menjadi inspirasi betapa madrasah Ramadhan telah menghasilkan produk yang begitu banyak di samping alumni-alumninya yang unggul di mana kemuliaan membentang dari Timur ke Barat zaman.

Bila mulut mereka bergetar dengan ayat-ayat suci dan hadits-hadits, mulutmu juga menggetarkan kalimat yang sama.

Adapun HATI dan BUKTI, itulah soalan besar yang menunggu jawaban serius.

Ya Allah, kami memahami bahwa Ramadhan adalah sebuah stesen besar dalam perjalanan iman kami. Kami perlu berhenti di sini untuk mengambil bekalan-bekalan yang cukup sebelum kami boleh meneruskan perjalanan menuju kehidupan abadi di sisiMu. Mudahkanlah kami mengutip bahan-bahan yang cukup bernilai dan berharga di dalamnya sehingga kami dapat menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti dan diterima di sisiMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
0

Majlis Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat

Assalamualakum wbt.,

Seramai lebih daripada 100 orang telah menghadiri Majlis Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat pada 14 Ogos 2010. Mereka terdiri daripada ahli IKRAM daerah,anak-anak, saudara baru, rakan-rakan dan penduduk setempat. Majlis telah diadakan di Kediaman Haji Abdullah Sani, berdekatan dengan Masjid Alauddin Syah Kampung Bandar, sebuah kampung bersejarah di sini.
Aturcara yang bermula sejak dari pukul 6.00 petang itu dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Yang Dikasihi, Ustadz Mohd Norhisam Ahmad yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Kuala Langat.

Dalam tazkirahnya, Ustadz mengingatkan agar hubungan dengan ibu bapa hendaklah ditambahkan keeratannya biarpun telah berkeluarga. Beliau mengambil kisah seerah sahabat Uwais Al-Qarni – calon ahli syurga menurut ArRasul, yang setia membelai dan mengurus kedua-dua ibu bapanya yang telah lanjut usia, dengan penuh ketaatan dan kesabaran serta mengharapkan redha Allah semata-mata. Sahabat ini amat mengutamakan ibu bapanya daripada dirinya sendiri.

Dalam ucapan Ustadz Muhammad Asmadi Mustakim selaku YDP IKRAM daerah, beliau mengingatkan

semua ahli IKRAM agar sentiasa sensitif dan beristiqamah menghadiri program-program IKRAM walaupun tanpa menerima arahannya. Para ahli seharusnya bersikap tegas memberikan keutamaan kepada aturcara yang dianjurkan oleh IKRAM daerah.

Hidangan ‘buffet’ telah disediakan dengan menu terdiri daripada kari kambing masalla, ayam merah, nasi tomato dan lain-lain, ditambah seri juadah yang dibawa oleh para hadirin. Amat menyelerakan. Para hadirin dan tetamu juga telah dibekalkan dengan bungkusan lauk-pauk untuk hidangan bersahur mereka.

Seusai bersolat Isyak dan Tarawih, para tetamu telah beramah mesra antara satu sama lain sambil menghadapi hidangan moreh.

IKRAM Kuala Langat mengucapkan Jazakumullah khairan khatira kepada Tuan Rumah yang telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk majlis tersebut.

Moga Allah rahmati.

Sekian.
Setiausaha
0

Menanam Pokok Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.,

Ibarat sebuah tanaman, amal-amal soleh di bulan Ramadhan adalah pokoknya dan musimnya adalah bulan Ramadhan.

Apa sahaja pokok yang kita tanam di sepanjang Ramadhan, itulah buah yang akan kita petik dan nikmati kerana :

"Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai".

Persoalannya adalah pokok apakah yang perlu kita tanam di bulan suci ini?

Paling tidak ada sepuluh (10) pokok yang mesti kita tanam di sepanjang bulan Ramadhan ini :

POKOK PERTAMA - Puasa

Puasa bukan sekadar menahan perkara-perkara yang membatalkan puasa samada makan, minum atau hubungan biologi antara pasangan dari sejak terbit fajar sehingga terbenamnya matahari sahaja.

Ini adalah kerana, kalau hanya sekadar menahan yang demikian, boleh jadi anak kecil yang belum baligh sekalipun sudah mampu melakukannya. Betapa anak-anak kita sudah belajar berpuasa semenjak di bangku sekolah lagi bukan?

Jadi, kalau demikian, apakah bezanya puasa kita dengan mereka?

Mesti kena ada nilai yang lebih, iaitu menjaga dari yang membatalkan nilai dan pahala puasa.

Apakah yang membatalkan nilai puasa?

Di antaranya :

Bercakap bohong.
Mengejek.
Melaga-lagakan.
Mengumpat.
Hasad dengki.
Oleh yang demikian, mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan anggota badan kita kena ikut sama berpuasa.

"Betapa ramai orang yang berpuasa, tidak mendapatkan sesuatu kecuali hanya rasa lapar dan dahaga semata-mata." Begitulah penegasan Rasulullah saw.

POKOK KEDUA - Sahur

Sahur bukanlah pengganti kepada sarapan pagi dan bukan pula penambah kepada makan malam namun sahur yang penuh berkat itu dilakukan di akhir waktu menjelang fajar.

Di sinilah waktu-waktu yang sangat mahal di mana doa dikabulkan dan segala permintaan dipenuhi sehingga ketika kita melaksanakan sahur, jangan sekali-kali sambil :

Menonton televisyen.
Mendengar hiburan yang melalaikan.
Sibukkanlah diri dan keluarga kita dengan mensyukuri nikmat Allah dengan bersama-sama melaksanakan sunnah sahur ini dengan penuh berkat dan perasaan kekeluargaan.

"Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada keberkatan." Begitulah sabda Rasulullah saw yang mengajarkannya kepada kita.

POKOK KETIGA – Berbuka Puasa

Adalah menjadi sunnah menyegerakan berbuka puasa. Ketika kita mendengar berkumandangnya azan Maghrib, segeralah berbuka puasa. Jangan dilambat-lambatkan atau ditunda selepas solat sunat tarawih dan sebagainya.

Dengan apakah kita berbuka?

Sunnahnya dengan "ruthab" atau kurma muda.

Berapa biji?

Ikut bilangan ganjil satu atau tiga biji, namun kalau tidak ada, boleh dilakukan dengan seteguk air kosong. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Berbuka puasa bukanlah acara balas dendam di mana setelah seharian menahan lapar, ketika beduk Maghrib berbunyi, seakan-akan kita ingin melampiaskan rasa lapar kita dengan memakan semua yang ada. Perilaku seperti ini tentunya tidak akan membawa kesan perubahan dalam kehidupan pelakunya.

Justeru dengan berlapar sambil merenungkan hikmah puasa dan menjadi bukti kesyukuran adalah sebahagian dari tujuan berpuasa sehingga dengan secara sedar dan insaf, kita berdoa di saat berbuka:

"Ya Allah, kepadaMu aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang rasa haus (dahaga) ku, kerongkongan telah basah, kerana itu, tetapkan pahala bagiku, insya Allah."

POKOK KEEMPAT – Solat Tarawih

Tarawih berasal dari akar kata "raaha-yaruuhu-raahatan-watarwiihatan" yang bererti :

Rehat.
Istirehat.
Bersenang-senang.
sehingga solat tarawih diumpamakan sebagai solat yang dilaksanakan dengan :

Thuma'ninah.
Mudah.
Khusyu'.
Penuh penghayatan.
bukan hanya sekadar mengejar sasaran bilangan rakaatnya sahaja.

Kalau kita mahu buat lapan, dua puluh, tiga puluh enam, sila kerjakan asalkan kita memperhatikan rukun, wajib, dan sunnah solat.

Kalau kita disuruh memilih,

Apakah solat tarawih di masjid yang dalamnya dibaca "idzaa jaa'a nashrullahi wal fathu".
atau

Solat tarawih di masjid yang dibaca "idzaa jaa'akal munaafiquna qaaluu nasyhadu innaka larasulullah…"
Kita pilih yang mana?

Kita tidaklah dalam keadaan ingin membandingkan surah yang dibaca, semuanya adalah surah dalam Al-Qur'an, namun kita ingin membandingkan sikap kita, apakah kita pilih yang panjang-panjang namun khusyu' atau pilih yang pendek-pendek namun secepat kilat.

Umat Islam mesti berani membuat penilaian diri dalam hal pelaksanaan solat tarawih ini kerana sudah kesekian kalinya kita melaksanakan solat tarawih dalam hidup kita, namun kita belum :

Mampu meresapinya dalam hati.
Merenungkan dan mendapatkan rasa lazatnya solat.
Bermunajat kepada Allah swt secara langsung.
Bukankah Rasulullah saw telah menunjuk ajar kepada kita bahwa ketika beliau solat tarawih, di raka'at pertama setelah beliau membaca surah Al-Fatihah, beliau membaca surah Al-Baqarah sampai selesai.

Para sahabat mengira bahwa beliau akan ruku', namun beliau meneruskan membaca surah An-Nisa' sampai selesai.

Para sahabat kembali mengira bahwa beliau akan ruku', namun kembali beliau membaca surah Ali-Imran sampai selesai, barulah beliau ruku'.

Sedangkan ruku', i'tidal dan sujud beliau lamanya seperti beliau berdiri rakaat pertama…Subhanallah!

Tentunya kita tidak sekuat Rasulullah saw, namun yang kita patut contohi dari beliau adalah perlaksanaannya iaitu dengan cara yang thuma'ninah, khusyu' dan penuh tadabbur.

POKOK KELIMA - Membaca Al-Qur’an

Membaca Al-Qur'an atau yang masyhurnya disebut tadarus Al-Qur'an. Tadarus bukan hanya dilakukan di bulan suci ini, bahkan juga dilakukan setiap hari di luar Ramadhan, namun pada bulan suci ini tadarus lebih :

Diperkuatkan.
Ditambahkan kuantitinya.
Diperhalusi kualitinya.
setiap malam.

Rasulullah saw bergantian bertadarus dan mengkhatamkan Al-Qur'an dengan malaikat Jibril.

Imam Malik, ketika memasuki bulan Ramadhan, meninggalkan semua aktiviti keilmuan atau memberi fatwa. Semua ia tinggalkan hanya untuk mengisi waktu Ramadhannya dengan tadarus.

Imam Asy-Syafi'i, yang mazhabnya diikuti di negara kita, ketika masuk bulan Ramadhan ia mengkhatamkan Al-Qur'an sehari dua kali sehingga beliau khatam Al-Qur'an 60 kali selama sebulan penuh. Subhanallah!

Kita tidak perlu berdebat, apakah itu sesuatu yang mungkin berlaku ?

Bagaimanakah cara-caranya beliau boleh melakukan perkara tersebut?

Intipati yang jauh lebih penting adalah semangat dan mujahadah yang kuat, itulah yang mesti kita miliki dalam berinteraksi dengan Al-Qur'an.

POKOK KEENAM - Menyediakan makanan berbuka

Jangan memandang remeh menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa samada secara langsung ataupun melalui masjid walaupun hanya dengan :

Sebiji kurma.
Seteguk air.
Makanan.
Minuman.
dan lainnya.

Ini adalah kerana nilai dan pahalanya sama seperti orang yang berpuasa yang kita menyediakan untuk berbuka itu.

Di negara-negara Timur Tengah, tradisi dan sunnah menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa ini sangat kuat.

Hampir-hampir setiap rumah membuka pintu selebar-lebarnya bagi para musafir, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai untuk berbuka bersama dengan mereka.

Kita jadikan usaha menyediakan makanan berbuka bersama ini sebagai wasilah untuk :

Menyebarkan sikap kepedulian.
Membangunkan perasaan kekeluargaan.
Menjalin keakraban sesama Islam.
Berlumba-lumba ke arah membuat kebajikan.


POKOK KETUJUH - I'tikaf

Melaksanakan i'tikaf 10 hari di akhir Ramadhan adalah amalan sunnah muakkadah yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw semasa hayatnya.

Lebih dari 8 atau 9 kali beliau beri'tikaf di bulan yang mulia ini bahkan pada tahun di mana beliau wafat, beliau beri'tikaf 20 hari di akhir Ramadhan.

Beliau membangunkan isteri-isterinya, kaum kerabatnya untuk menghidupkan malam-malam mulia dan bernilai tinggi ini.

POKOK KELAPAN - Memburu Malam Al Qadr

Rata-rata usia umat Nabi Muhammad saw adalah 60 tahun. Jika lebih, itu dikira bonus dari Allah swt.

Namun usia yang relatif pendek itu boleh menyamai nilai dan makna usia umat-umat terdahulu yang bilangan umur mereka ratusan bahkan ribuan tahun.

Bagaimana caranya?

Ya, dengan cara memburu malam Al Qadr kerana orang yang meraih malam Al Qadr dalam keadaan beribadah kepada Allah swt bererti ia telah berbuat kebaikan sepanjang 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan.

Jika kita meraih malam Al Qadr sekali, dua kali, tiga kali dan seterusnya, maka nilai usia dan ibadah kita mampu menyamai umat-umat yang terdahulu.

Rahsia inilah pada hari akhirat kelak, umat Muhammad saw dibangkitkan dari alam kubur terlebih dahulu, dihisab terlebih dahulu dan dimasukkan ke syurga terlebih dahulu atau juga dimasukkan ke neraka terlebih dahulu, wal iyadzu billah.

Sabda Rasulullah saw :

"Pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya bererti ia telah benar-benar terhalang dari kebaikan." (HR Ahmad)

POKOK KESEMBILAN – Umrah

Melaksanakan ibadah umrah di bulan Ramadhan terutama 10 akhir Ramadhan adalah seperti malaksanakan ibadah haji atau ibadah haji bersama Rasulullah saw.

"Umrah di bulan Ramadhan sebanding dengan haji."

Dalam riwayat yang lain : "Sebanding haji bersamaku." (HR Bukhari dan Muslim)

POKOK KESEPULUH - Mengeluarkan zakat, infaq, sedekah dan wakaf

Zakat, infaq, sedekah dan wakaf adalah merupakan ibadah yang berkait dengan harta dan kesannya amat ketara untuk manfaat sosial.

Mengeluarkan zakat tidak hanya tertentu dalam bulan Ramadhan, kecuali zakat fitrah yang memang perlu dikeluarkan sebelum solat sunat Aidil Fitri, sedangkan zakat-zakat yang lain, sedekah, infaq dan wakaf boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja, namun kerana bulan Ramadhan menjanjikan kebaikan berlipat kali ganda, biasanya kesempatan ini tidak disia-siakan oleh umat Islam sehingga umat Islam berbondong-bondong menunjukkan kepeduliannya dengan melaksanakan perkara-perkara tersebut.

Ianya lebih baik lagi jika disalurkan melalui Lembaga Zakat atau Majlis Agama Negeri yang mengelola dana-dana umat ini sepanjang hari dan tidak hanya terbatas kepada acara tahunan semata-mata.

Bercakap tentang potensi zakat, infaq, sedekah dan wakaf di negara ini sangatlah besar jumlahnya di mana jika ianya mampu digali dan diperkasakan, maka ekonomi umat Islam akan menjadi lebih baik.

Inilah sepuluh pokok yang boleh kita tanam sepanjang bulan Ramadhan dan benarlah kata-kata hukama' :

"Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai", dengan izin Allah swt.

Ya Allah, kami mengharapkan semoga Engkau menghidupkan pokok-pokok yang kami tanam di bulan Ramadhan ini dan hasilnya dapat kami kecapi apabila kami bertemu denganMu di akhirat nanti. Hindarkanlah tanaman-tanaman kami dari menjadi gersang yang tidak dapat memberi manfaat apa-apa kepada penanamnya walaupun kami membanting tulang mengusahakannya disebabkan oleh kami tidak mengikuti cara-cara penanaman pokok yang betul yang mampu mengeluarkan hasil yang berlipat kali ganda.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
0

Operasi Menggantung Banner Ramadhan

Assalamualaikum wbt.,

Saudara dan Saudari sekelian.

Tahniah diucapkan kepada ikhwah yang telah berjaya mengalahkan kekangan masa dan rehat, untuk menyediakan dan memasang lima helai 'banner', dibeberapa lokasi strategik di sekitar Daerah Kuala Langat.

Operasi pada Ahad 8 Ogos, bermula pada pukul 10.30 malam. Berkumpul di Masjid As-Syarif Telok Datok Taman Seri.

Banner pertama dipasang di Masjid As-Syarif Telok Datok, yang ke dua di Masjid Sungai Manggis, ke tiga di Masjid Kampung Medan Sijangkang, ke empat di Masjid Morib, dan yang terakhir di Masjid Jamek Banting.

Kerja-kerja akhirnya berjaya diselesaikan pada jam 1.00 pagi. Tahniah kepada semua yang menjayakan operasi ini teristimewa buat saudara Yusri yang juga merupakan TYDP IKRAM Kuala Langat dan saudara Md Jamaluddin.

Disertakan sebahagian banner-banner di beberapa lokasi.

Moga bersemaraklah kehangatan ramadhan dengan kehadiran banner-banner tersebut. Moga Allah menerima amal-amal baik kita.

Laporan
Setiausaha
0

Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat - 14/08/2010

Klik untuk besarkan...
0

Ramadhan Mengukuhkan Institusi Rumah Tangga

Assalamualikum.

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan Ramadhan di sudut amal ibadah, kesihatan, ekonomi dan lain2 lagi. Namun saya jarang membaca atau mendengar ceramah atau tazkeerah bagaimana Ramadhan Kareem akan memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

Pegalaman saya , menyaksikan kebanyakkan inst keluarga akan lebih intim dan harmoni lagi. Bermula dari awal pagi untuk solat malam dan bersahor, solat berjamaah, bertadarus, tazkeerah dan iftar bersama dan seterusnya ke masjid/surau untuk solat tarawikh. Seronok dan gembira mendengar isteri dan anak-anak bertadarus samada berjamaah atau bersendirian. Masing-masing berlumba2 mengejar membuat amal.Agaknya di bulan Ramadhan , si isteri kurang sikit 'membebel' atau 'mengomel'

Suasana sebegini susah untuk di dapati di bulan-bulan yang lain. Hanya Ramadhan sahaja yang suasana ini dapat dirasai. Saya dapat bayangkan betapa indah dan seronoknya jika satu keluarga dapat melakukan amalan Ramadhan di Mekah dan Madinah.

Bagi suami isteri yang bekerja, di bulan Ramadhan ini perlu di’perlahankan’ (tarik gear slow) kerja-kerja harian di pejabat atau diluar, sebaliknya perbanyakkan masa untuk bersama dengan family. Saya kira kebanyakkan majikan samada kerajaan atau swasta memang memberi kelonggaraan tersebut.Gunakan kelonggaran tersebut dengan sebaik mungkin.Saya amat tidak menggalakkan ada staff saya yang dah berkeluarga untuk pulang lewat di bulan Ramadhan. Rezeki boleh di cari tetapi keharmonian rumahtangga perlu di bina.

Kurangkan membeli juadah berbuka puasa di pasar/bazaar Ramadhan.Maaf, pernah tiga tahun lalu saya beli diluar, dan terbeli kuih muih yang 'dah expired' rasanya. Sejak dari itu memang saya tak pernah beli lagi di pasar Ramadhan. Ini kerana masakan dari tangan isteri di bulan Ramadhan adalah lebih aula daripada membeli di luar sana.Kekadang dengan hanya satu juadah masakan isteri serta air setegok yg di bancuh oleh isteri sudah cukup menyelerakan dan mengenyangkan.

Pada semua bapa ibu, marilah kita jadikan Ramadhan sebagai penyubur kasih sayang yang kita harapkan ianya akan berkekalan selepas Ramadhan berakhir. Gunakan peluang ini sebaik mungkin dan banyakkan masa bersama dalam melakukan ibadah di bulan Ramadhan.

ARMA
0

Ramadhan Kareem


0

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahya ng sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan , terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

" ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون "


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ { surah al-Baqarah, ayat 183)

Firmannya lagi:

وتزودوا فان خير الزاد التقوى " “

Maksudnya: “ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa “ { Surah al-baqarah, ayat 197 )

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a .w menerusi hadis baginda :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:


" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه
فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه
كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة
وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له
مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء .
قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله
هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن .
وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه
من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما
الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء
بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ
حتى يدخل الجنة "


Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Selamat berpuasa.

Wassalamualaikum

Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
28 Shaaban 1431H
9 Ogos 2010
0

Operasi Banner Semarak Ramadhan

Operasi menggantung banner
Semarak Ramadhan
Berkumpul di Masjid Telok Datok
08/08/2010 jam 10.00 mlm
Hubungi TYDP IKRAM Kuala Langat
Sdr. Yusri 019-3866570
0

Rindu Ramadhan


08 Ogos 2010, Ahad. Kuliah Persiapan Menghadapi Ramadhan bertajuk Rindu Ramadhan telah berlangsung di Pejabat Utama IKRAM Kuala Langat pada 8 Ogos dari jam 9.30 - 11.30 pagi. Penyampaian bertenaga tapi santai oleh Ustaz Mohd Norhisam Ahmad telah memukau seramai lebih 50 hadirin yang terdiri daripada ahli IKRAM, orang awam, pelajar IPT serta anak-anak ahli untuk tidak berganjak dari kerusi masing-masing.

30 persiapan utama persiapan menghadapi ramadhan telah dibentangkan oleh Ustaz.

Ustaz Asmadi selaku YDP IKRAM Kuala Langat telah menerangkan tentang beberapa aktivisma yang berlaku di peringkat Nasional, Negeri Selangor dan Daerah.

Juga telah diedarkan Brosur Rayuan Ramadhan JIM 1431H, untuk para ahli mengedarkannya kepada individu yang berminat dan juga berpotensi untuk menderma sempena ramadhan.

Dimaklumkan juga, Iftar Ramadhan Jamaiy IKRAM Kuala Langat akan diadakan pada Sabtu 14/8/2010 di Pejabat Utama Kuala Langat (cadangan awal).

Sekian laporan dari Setiausaha.
ZulSaid
0

Pendakwah Sebagai Pengalir Tenaga

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam memberikan "taujih" (pengarahan) tentang tugas dakwah, Imam Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya :

"Di setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu, tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan."

Demikianlah, Allah swt telah menurunkan Al Qur'an Al-Karim kepada kita dan dialah sebesar-besar tenaga dalam kehidupan ini.

Allah swt berfirman :

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (QS Al-Maidah : 15-16)

Begitu pula dengan Al-Qur'an Al-Karim di mana ia adalah pusat penjana "tenaga" bagi kaum muslimin.

Namun, sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh kaum muslimin sendiri sehingga hati mereka menjadi gelap dan susunan atau tatacara kehidupan pun menjadi rusak.


TUGAS PENDAKWAH

Tugas kita sebagai pendakwah adalah seperti tugas para pegawai elektrik iaitu :

Mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya.

Allah swt berfirman :

"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am : 122)

Tatkala kita ingin memikat hati objek dakwah, kita mesti ingat bahwa kita adalah :

Seorang PENDAKWAH.

BUKAN

Seorang ULAMA’ ATAU FUQAHA’.


Tatkala kita berdakwah, kita mesti ingat bahwa kita sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka kita mesti mempertimbangkan hadiah apa yang sepatutnya kita berikan dan bagaimana cara memberikannya.


HALANGAN DAKWAH

Permasalahan yang menghalang seorang pendakwah di tengah-tengah medan dakwah adalah permasalahan yang muncul dari dalam dirinya, padahal orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan mampu memberikan sesuatu.

Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sukar baginya untuk masuk.

Manusia yang hatinya terkunci sehingga sukar dimasuki oleh dakwah, bagaikan sebuah peti besi besar yang sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil.

Demikianlah persoalannya, yang sesungguhnya kembali kepada diri pendakwah itu sendiri, iaitu berkaitan dengan :

1. Potensi dirinya secara ruhiah.
2. Kecekapannya untuk membuat program.
3. Ketahanan dalam mewujudkannya.

Jika kita telah faham bahawa syaitan juga membuat program untuk para pengikutnya dengan langkah-langkah yang bertahap sebagaimana firman Allah swt :

"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan." (QS Al-Baqarah: 168)

Maka sudah selayaknya seorang pendakwah juga membuat program dan langkah-langkah dalam mengambil simpati objek dakwahnya.

Sungguh sangat jauh perbezaan antara tujuan syaitan dengan tujuan orang-orang yang beriman.

Allah swt berfirman :

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kamu). Jika kamu menderita kesakitan (kekalahan), maka mereka sesungguhnya juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya. Sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa' : 104)

Oleh kerana itu, seorang pendakwah hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

Tugas seorang pendakwah adalah seperti tugas seorang :

1. Pengajar.
2. Doktor.

Di mana mereka akan memberikan formula / ubat yang sesuai dengan masalah / penyakit yang dihadapi oleh pelajarnya / pesakitnya.

Tidak masuk akal kalau semua pelajar / pesakit diberi formula / ubat yang sama kerana pelajar / pesakit mereka tentu berbeza-beza tahap permasaalahannya antara satu sama lain.

Pengajar dan doktor adalah pendakwah yang paling berjaya jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dengan berdasarkan keimanan kepada Allah dan untuk menegakkan agamaNya.

Berdasarkan kepada alasan inilah, para pengembang agama Kristian dalam memerangi dunia Islam memusatkan perhatian mereka pada universiti-universiti dan hospital-hospital serta menyalurkan berbagai bentuk bantuan.

Tugas pengajar adalah menghayati :

a. Hati pelajar.
b. Pola pemikiran pelajar.

Lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

Manakala tugas doktor pula adalah :

a. Menghapuskan penderitaan pesakit dengan kata-kata yang dipenuhi keimanan.
b. Memberikan ubat yang sesuai.

Mungkinkah seorang pendakwah mengajak orang lain untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam tanpa memberikan kasih sayang kepadanya?

Perilaku dan keteladanan seorang pendakwah yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah.

Ibarat "remote control" yang dapat digunakan untuk menukarkan siaran televisyen dari jarak yang jauh tanpa perlu menggunakan kabel.

Begitu juga dengan seorang pendakwah yang ikhlas dan penuh kasih sayang, ia tidak akan menghadapi kesukaran memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.

Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa irihati dan dengki itu dapat memberikan mudharat.

Maka

Tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih saying akan menimbulkan cinta dan keimanan.


KEPENTINGAN PANCAINDERA

Dari sini kita dapat mengetahui betapa berharganya pancaindera yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia.

Pancaindera adalah bahagian terpenting dari tubuh manusia sedangkan jasad secara keseluruhannya adalah sebagai tempat tinggal bagi pancaindera tersebut.

Allah swt berfirman :

"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu?' Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)." (QS Al-An'am : 46)

"Katakanlah, 'Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati." (QS Al-Mulk : 23)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (QS Al-A'raf : 179)

Orang yang tidak mengetahui dan mensyukuri nikmat Allah swt berupa pancaindera adalah orang yang tidak mengetahui sumber kehidupan yang amat besar.

Allah swt berfirman ;

"Ataukah seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya lagi awan; gelap gulita yang tindih-menindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tidaklah dia mempunyai cahaya sedikitpun." (QS An-Nur : 40)

Dengan kehilangan pancaindera, manusia akan menjadi sebentuk makhluk yang tidak hidup dan tidak mati. Ia menjadi makhluk yang tidak berguna.

Kalau sudah begitu, maka ia tidak akan mampu memberikan pengaruh kepada orang lain kerana alat pengirim dan penerima sudah tidak lagi berfungsi seperti orang yang tidur di atas katil empuk tetapi ia tidak menyedarinya kerana pancainderanya sudah tidak berfungsi lagi.

Manusia yang sedemikian itu memerlukan orang lain yang boleh membangunkan dirinya dari tidurnya yang lelap.

Allah swt berfirman :

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan itu ia dapat berjalan di tengah-tengah manusia, serupa dengan orang yang keadaannya dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am : 122)

Marilah kita perhatikan gambaran-gambaran berikut :

"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Bagi mereka siksa yang amat berat." (QS Al-Baqarah : 7)

"Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kamu menyebut Tuhanmu sahaja dalam Al-Qur'an, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya." (QS Al-Isra' : 46)


AKIBAT TIDAK MENGGUNAKAN PANCAINDERA

Orang yang tidak menggunakan pancainderanya adalah orang yang hidup dalam "dunia khayalan" sehingga alam sekitarnya tidak akan melihat dan merasakan keberadaannya serta tidak akan sedih jika ditinggal pergi.

Mereka tidak memahami :

1. Makna hidup yang sebenarnya.
2. Tujuan penciptaan.
3. Tanggungjawab yang ditaklifkan.

Adapun pendakwah, ia ibarat "qalbu" (hati), maka barangsiapa yang tidak melaksanakan fungsi hatinya, ia tidak akan mendapatkan sambutan dari masyarakatnya.

Allah swt berfirman :

"Maka disebabkan rahmat Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS Ali Imran : 159)

Hati yang beriman adalah sumber penggerak sebagaimana firmanNya :

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan seizin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (QS At-Taghabun : 11)


PERASAAN DAN KASIH SAYANG “BAHASA” ANTARABANGSA

Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" antarabangsa yang digunakan oleh pendakwah dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang yang bisu sekalipun.

Dengan rahmat Allahlah kita berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kita bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhi kita, wahai para pendakwah.

"Bahasa" ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk digunapakai oleh setiap negara secara sejagat.

Dengan "bahasa" inilah, generasi pertama umat ini dapat menaklukkan dunia. Mereka adalah lampu kehidupan.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya." (QS Qaaf : 37)

Oleh kerana itulah, barangsiapa yang tidak :

Mengingati.
Merasakan.
Terpengaruh.
oleh setiap keburukan atau keindahan, maka dia adalah orang yang tidak mempunyai hati.

Ya Allah, jadikanlah kami pengalir tenaga yang akan mengalirkan tenaga dari sumber tenaga yang tidak akan kehabisan iaitu kalamMu, Al Qur'an Al Karim. Berilah kekuatan kepada kami sehingga kami mampu menggunakan setiap pancaindera yang dikurniakan oleh Engkau bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dengan betul dan limpahkanlah perasaan halus dan kasih sayang dalam hati kami yang akan menjadi senjata kami untuk menaklukkan setiap hati manusia walau di mana mereka berada.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
0

Semarak Ramadhan

Sebuah video oleh
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor
sempena menyambut kedatangan Ramadhan 1431H

0

Jaminan halal

Jaminan halal
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/08/01
sebelum - selepas

Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat, bantu pastikan restoran tepati piawaian Syariah

AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini. Persoalannya, selain logo halal disahkan kerajaan, apakah ada cara lain dapat membantu menangani isu ini, khususnya mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan? Jawapannya - alat HaFSY atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM). Malah, pada tempoh terdekat ini, jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

Alat itu sebenarnya adalah pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak.

Ia dibangunkan IPPH selama lebih setahun yang terbukti berkesan, pantas mendapatkan keputusan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk akan dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Kini, ia cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak.
Bersesuaian moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam) sudah menceritakan kelebihannya.

Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin PCR dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam.

Bak kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.

“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.

“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dikatakan DNA iaitu bahan baka di dalam tubuh manusia dan hampir semua organisma lain.

Maklumat dalam DNA disimpan sebagai kod yang terdiri daripada empat asas kimia iaitu Adenine (A), Guanine (G), Citosin (C), dan Thiamin (T).

Jika dibuat kajian saintifik terhadap sesuatu produk dan ada jujukan atau urutan DNA daripada sumber haram dan sepadan dengan rekod DNA babi, secara automatik ia akan menunjukkan laporan positif. Begitu juga sekiranya ada DNA dari haiwan lain yang haram dimakan mengikut syarak.

Dr Yaakob menjelaskan, IPPH menjalankan penyelidikan mengikut kaedah penentuan kehadiran DNA daripada spesis haiwan yang tidak halal seperti babi bagi mengesahkan kehadirannya.

“Kami reka bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris, dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal. Hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif,” katanya.

Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.

Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.

Banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, tetapi produk HaFYS yang lebih terperinci diakui satu satunya produk di dunia yang dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal. Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” katanya.

Ketika ini produk ini yang mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat di Utah, Amerika Syarikat sudah pun diluluskan dan bersedia memasuki pasaran tempatan serta antarabangsa.


'Berpotensi jadi kaedah piawaian antarabangsa'

PRODUK pengesan produk halal atau haram melalui pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA), HaFYS (Halal Verification System) berpotensi dipasarkan serta digunakan di seluruh dunia berdasarkan kaedah penggunaannya yang tepat dan mudah.

Ketika ini, produk hasil kajian dan penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sudah mula diperkenalkan di serata dunia termasuk kepada 80 peserta luar negara mewakili agensi persijilan halal sempena MIHAS 2010, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah IPPH merangkap penyelidik, Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa, berkata pihaknya banyak bekerjasama dengan negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Turki dalam usaha mengenengahkan penggunaan HaFYS.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam menentukan status produk halal dilihat sebagai peluang keemasan untuk memantapkan penggunaan produk halal di peringkat tempatan dan luar negara.

“Kami mempunyai hubungan erat dengan JAKIM dan bekerjasama memberikan penerangan dan melatih pegawai mereka dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

“IPPH cukup yakin, melalui JAKIM, produk HaFYS ini berpotensi menjadi kaedah standard dan boleh digunakan di seluruh dunia. Walaupun JAKIM mengeluarkan cop Halal tetapi bagaimana kita nak pastikan produk mereka betul betul halal,” katanya.

Selain itu, IPPH turut menganggotai banyak jawatankuasa di JAKIM serta bertanggungjawab melatih pegawai agensi itu dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

Katanya, kaedah penggunaan produk itu dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas.

“Sampel itu dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian, ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Itulah yang membezakan produk ini kerana PCR kami adalah satu satunya mesin mempunyai ‘primer dan probe’ yang khas untuk DNA babi,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh bagaimana ikan patin dan ikan keli yang didakwa diberi makanan bercampur unsur babi boleh dikesan sama ada mempunyai DNA haram atau tidak dengan cara mengkaji salah satu daripada sampel makanan, perut ikan, air kolam, lendir pada ikan dan lumut.

Dalam erti kata mudah, produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram.

Kesimpulannya, dalam konteks sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

Itu bermakna konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam al-Quran menepati makna sebenar produk halal yang tidak perlu diragui.

Info
Kaedah lain mengesan unsur haram

•Protein (ELISA)
•Lemak (Kromatografi, FTIR)
•Electric Nose
•Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
•Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
•Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
•Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik

•Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS
•Setiap mesin bernilai RM50,000
•Satu cartridge bernilai RM200
•Berat maksimum mesin: 4 kilogram
•Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
•Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.
0

Jalan Menuju Jannah


Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top