Terkini...




0

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN - 8 Ogos 2010

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi akan menemui kita semua. Tentunya tuan-tuan dan puan-puan telah bersedia dan menanti-nanti dengan persiapan jasmani dan roh yang kuat bagi menghadapinya. Kami yakin, anda tentunya dalam ramadhan ini mempunyai matlamat-matlamat khusus dan tinggi dalam peningkatan keakraban dengan Allah SWT. Seterusnya beriltizam akan memperbaiki dan menjadikan ramadhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan sebelumnya.

Justeru, sebagai menambahkan nilai yang telah sedia ada JK Tarbiah IKRAM Kuala Langat akan mengadakan kuliah khusus sebagai suntikan motivasi untuk semua.

TAJUK : PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN
TARIKH : Ahad - 8 Ogos 2010
MASA : 9.30 pagi - 11.30 pagi
TEMPAT : Pejabat Utama IKRAM Kuala Langat
Bandar Sungai Emas Banting

PENYAMPAI : Ust Mohd Norhisham Ahmad
(Pengerusi JK Tarbiah-PSM IKRAM Kuala Langat)


Moga kehadiran tuan-tuan & puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwwah dan kekuatan IKRAM Kuala Langat.

Ukhuwwah Teras Kegemilangan
0

BERITA PAMERAN AQSA SYARIF SEMPENA KARNIVAL MASJID KUALA LANGAT 16-17 JUL 2010

IKRAM Kuala Langat telah mengendalikan gerai jualan AQSA SYARIF sempena Karnival Masjid Kuala Langat di perkarangan masjid Banting anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat pada 16-17 Jul 2010 yang lalu. Disamping menjual barang-barang cenderamata AQSA SYARIF, Tabung Palestine juga disediakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung. Antara barangan yang paling mendapat sambutan ialah kurma, stiker, lencana, topi dan pen. Jumlah kutipan derma Palestine yang dapat dikumpul sepanjang karnival tersebut ialah sebanyak RM552.00 + USD50.00.
0

Penulis Yahudi Terkemuka Kembali Kepada Islam

صبحان الله

Penulis Yahudi Terkemuka Kembali Kepada Islam

Penulis Yahudi terkemuka berbangsa Jerman, Henryk Broder mengumumkan kembali kepada Islam, setelah berjela panjang tulisan-tulisannya yang sangat menggambarkan memusuhi Islam dan kaum Muslim.

Surat kabar “Palestin Online” menyebutkan bahawa Henryk Broder adalah seorang veteran jurnalis majalah yang begitu popular di Jerman, Der Spiegel, serta penulis buku best seller di Jerman pada tahun 2007, berjudul “Hei Eropah…. Anda menyerah!” Sehingga beliau dianugerahi sebagai penulis terbaik Jerman pada tahun itu.

Diantara perkataannya yang terkenal sebelum beliau menyatakan keIslamannya : “Saya tidak ingin Eropah menyerah kepada kaum Muslim!” Kenyataan itu disampaikan beliau ketika Menteri Kehakiman Jerman mengatakan bahawa “Boleh saja syariat Islam adalah dasar perundangan. Eropah harus menerima kenyataan ini. Islam menjadi ideologi yang berkaitan dengan permusuhan terhadap gaya hidup moden di Barat. Saya menyarankan kaum muda Eropah agar berhijrah. Eropah sekarang tidak akan tetap seperti ini setelah lebih dari dua puluh tahun. Eropah akan beralih kepada Islam secara demografi. Kami memberikan persetujuan secara aneh bagi membangkang tindakan kelompok fundamentalis Islam.”

Henryk Broder (61 tahun) ketika mengumumkan bahawa dirinya kembali kepada Islam berteriak dengan keras, untuk menegaskan keyakinannya, “Marilah dengarkan bahawa saya sesungguhnya telah kembali kepada Islam!”

Broder mengumumkan kembalinya kepada Islam setelah mengalami konflik internal yang begitu mengganggu dalam dirinya selama bertahun-tahun. Pengumuman itu dilakukan dalam sebuah diskusi dengan Imam Masjid Ridha di Nyukuln. Di mana beliau menjelaskan bahawa akhirnya beliau merasa sangat tenang kerana dapat menyingkirkan penindasan kebenaran yang dilakukannya terhadap anggota badannya.

Kembali Kepada Agama Fitrah

Banyak komentar pertanyaan tentang mengapa beliau meningalkan agamanya (Yahudi), maka Broder berkata bahawa dia tidak meninggalkan agama melainkan kembali kepada Islam, iaitu kepada Agama Fitrah yang dijanjikan oleh kita sedari dalam kandungan ibu lagi.

Penulis Jerman ini mengucapkan dua kalimat syahadat di depan dua orang saksi dan kemudian mengubah namanya menjadi Henry Muhammad Broder. Setelah itu beliau berkata dengan bangga : “Aku sekarang menjadi anggota dari sebuah umat yang berjumlah 1,3 juta orang di dunia, yang dihina terus-menerus dan mereka pun melakukan tindak balas atas penghinaan itu. Sungguh aku bahagia kembali ke rumah di mana aku dilahirkan.”

Kembali kepada Islamnya seorang penulis, yang sebelumnya sering menyerang akidah Islam dan perbuatan kaum Muslim dalam menjalankan agamanya ini disambut gembira kaum Muslim. Kerana beliau yang telah meneriman penghargaan sastera ini akan menolak memberikan sokongan terhadap para pembela pola fikir anti-agama di antara orang-orang Yahudi itu sendiri.

JOM Teruskan Dakwah!!
0

Program Tautan Kasih

Program Tautan Kasih
di Pusat Komuniti IKRAM Kuala Langat
Bandar Sg Emas, Banting
pada 18hb Julai 2010
(ditunda ke satu tarikh yg akan dimaklumkan)

Semua di jemput hadir
Sila war-warkan pada semua saudara mara, rakan taulan dan kenalan anda.

Ayuh kenali IKRAM dengan lebih dekat lagi

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
0

AQSA SYARIF di KARNIVAL MASJID BANTING (16-17 JULAI 2010)

AQSA SYARIF
KUALA LANGAT
bersama Masyarakat di
KARNIVAL MASJID BANTING
pada 16-17 Julai 2010

Jom ke sana bersama membantu perjuangan
Rakyat PALESTIN
Jika bukan kita siapa lagi...

Semua di jemput hadir
0

Lagu Rasmi IKRAM



IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan
0

Selamat Datang ke Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat

Pengenalan

 
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

 
Visi dan Misi

 
IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

 
  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Alamat Perhubungan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Langat
No. A-2-08, Blok A, Tingkat 2,
Jalan Bunga Pekan 9,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700 Banting, Selangor.

GPS: 2.811313,101.503486


Back to Top