Program Semarak Ramadhan 1436H.Anjuran bersama Ikram Daerah Kuala Langat, JKKK Kg Sg Lang Tengah dan Lembaga Zakat Selangor telah berjaya mengagihkan nilaian setiap org RM100 barangan dapur atau keperluan asas kepada 85 keluarga asnaf.
Pengisian seperti bacaan AlQuran oleh pelajar Tahfiz, pemeriksaan kesihatan oleh Dr Adib dan Dr Fuziah, Pameran pengenalan My Care , Aqsa Syarif turut diadakan.
Ceramah sempena menyambut kedatangan Ramadhan telah disempurnakan oleh Ust Ridwan.
Turut hadir JKKK, Ketua Kg, Ust Hj Kandar , TYDP Ikram Dr Mustafa, Penghulu, pegawai - pegawai Zakat dan telah diresmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat.